Friday, May 3, 2013

Pilihan Raya Umum 2013 : Selamat Mengundi

Salam Jumaat semua..



2 hari sebelum menjelangnya pilihanraya.. ini kali pertama aku nak mengundi.. aku malas nak sentuh bab parti politik ni.. masing2 ada pendapat dan kepentingan sendiri.. jadi, kita sebagai rakyat Malaysia patutnya berdoa agar siapa pun pemimpin kita, bumi Malaysia ni sentiasa aman, makmur dan sejahtera.. jauhkan huru hara dan pertelingkahan hendaknya.. berdoa dan terus berdoa agar Malaysia akan terus dilindungi Allah hendaknya..

Petang ni rasanya ramai yang akan balik ke kampung untuk mengundi.. kebanyakan kita rasanya akan mengundi dekat kampung halaman daripada tempat tinggal kita kan.. kalau boleh, kita nak bantu keluarga kat kampung untuk dapat lebih banyak kemudahan.. dekat bandar kan dah banyak kemudahan katanya.. 

Selamat mengundi untuk semua.. pilihan mengundi adalah di tangan anda.. cuma, sentiasa beringat bahawa pilihan kita tu akan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita dan generasi kita yang akan datang.. 

Untuk yang pulang ke kampung untuk mengundi, hati2 di jalan raya.. jangan terlalu gopoh ketika memandu k.. sama2 nak balik mengundi, sama2 nak pilih pemimpin.. so, x perlu nak rushing2 sangat.. 

Dan aku rasa besarlah harapan rakyat Malaysia agar Isnin depan diberikan cuti umum kan.. hihihi.. syoknya kalau dapat cuti.. :)

Kalau ada yang belum mendaftar tu, cepat2lah mendaftar.. walaupun pilihanraya akan datang 5 tahun lagi, tapi x salah kalau mendaftar awal.. ajal maut di tangan Allah.. kalau ada kawasan yang buat pilihanraya kecil, bukan ke kawasan tu akan mengundi sekali lagi.. so kalau kena tempat kita, kita dah boleh mengundi pada masa tu.. 

Kalau ada yang kata buang masa balik mengundi ni, beringatlah bahawa kita perlukan pemimpin untuk pastikan negara kita ni lebih maju.. kalau tak nak mengundi, jangan kecoh2 nak berpolitik sana sini yer.. ni cakap pasal politik sana sini tapi rupanya tak mengundi pun.. adoooiiiiii...

Semoga pilihan raya kali ni membawa lebih banyak perubahan yang positif buat kita semua.. kena fikir juga untuk generasi akan datang..  :)

~SELAMAT MENGUNDI~

Salam sayang untuk semua!!

With love, 
~ aDieyZa ~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

13 comments:

  1. semoga kita semua dianugerahkan keselamatan semasa berkenderaan pergi & balik utk mengundi nanti...Insya Allah....Selamat Mengundi :)

    ReplyDelete
  2. hope semuanya berjalan lancar..selamat mengundi jugak..Sal balik kg dulu, lepas mengundi terus balik sini sebab en hubby mengundi di sini pulak..

    ReplyDelete
  3. betul.. betul.. daftar undi dulu baru leh kempen! hikhikhik! anyway selamat mengundi..

    ReplyDelete
  4. Selamat mengundi...hihi :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Mengundi zana.. kite pun br 1st time..hehe

    ReplyDelete
  6. selamat mengundi you. pilih yang untuk masa depan kita ok :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ