~Zana Adieyza~
Hidup ini lebih indah jika kita menghargai setiap saat yang berlalu dengan hati yang bahagia...
Friday, May 10, 2013
Semuanya Hanyalah Pinjaman Daripada Allah
Untuk kita hidup lebih bahagia dan tenang, lihatlah ke bawah dan janganlah lihat ke atas.. kerana dunia ini bersifat seperti air laut, semakin diminum, semakin haus kita jadinya..
Dengan mensyukuri segala yang kita ada, maka ianya akan menambahkan rasa terima kasih serta bersyukurnya kita kepada Allah Yang Maha Pengasih..
Segala apa yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman Allah.. keluarga, suami, isteri dan anak yang kita sayang juga hanyalah pinjaman sementara daripada Allah.. mereka semua adalah amanah daripada Allah yang perlu kita jaga.. jadi, jangan pernah berasa diri kita terlalu sempurna kerana memiliki segalanya, sedangkan segalanya itu adalah pinjaman Allah..
amin
ReplyDeletep/s : moga kita semua sentiasa menjaga amanah yg diberikan-Nya dgn sebaik mgkn :)
semuanya milik DIA..hanya DIA yang maha mengetahui setiap yg diciptanya...
ReplyDeletesemua yang kita sayang n apa yang kita ada milik Allah.. rindunya arwah abah.. al fatihah
ReplyDeletehttp://ourlovebonding.com