Monday, May 6, 2013

PRU 13: Pengalaman Kali Pertama Mengundi

Pengalaman kali pertama mengundi.. harus catat dalam blog kan.. kenangan tu babe.. macam kenangan kali pertama bercinta la kiranya.. hehehe..

Semalam, pukul 7.45 pagi lagi aku dah siap.. memang nak mengundi awal sebab aku pergi mengundi sekali dengan kakak aku yang nak balik ke Johor seawal mungkin sebab abang ipar mengundi kat Johor.. semalam pergi naik kereta abah sebab abah dan mak memang bertugas untuk menghantar dan mengambil para pengundi yang nak ke tempat mengundi.. 

Pusat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu.. sebelum masuk pintu pagar, kena semak nama dekat kaunter semakan daftar pengundi.. dan diberikan sehelai kertas yang tertera nombor siri dan saluran tempat mengundi.. yang ni sebenarnya dari awal dah boleh tau, tapi prosesnya memang kena check kat kaunter tu, so kita check jer la.. tak sampai seminit urusan dekat kaunter semakan ni.. maybe sebab aku datang awal pagi kan..


Time beratur dekat saluran 5 tu, depan aku ada 10 orang jer.. 7 daripadanya ialah junior sekolah aku.. 2 orang senior aku dan sorang member sekolah aku.. memang tak ramai dan waktu menunggu kat saluran 5 ni hanyalah 10-15 minit..

Once dah masuk tempat pengundian, tetiba aku nampak yang pemerhati tu adalah anak kepada calon yang bertanding.. aku pun boleh dapat rasa dia kenal aku sebab dia senior sekolah aku.. *budget macam semua orang kenal ko eh zana??.. hahaha.. xdelah, aku rasa dia kenal plus bila sebut nama abah aku tu rasanya memang dia akan confirm kenal aku since memang nama abah tu ada 1 jer kat kampung aku..  dan aku pun boleh dapat rasa dia tau aku akan pangkah mana kot.. hukhukhukhuk.. *so adakah undi saya adalah rahsia?? hikhikhik

Masa masuk jer tempat mengundi, terus bagi IC kat pegawai yg bertugas.. bila dia check ada nama aku then terus dia baca nombor bilangan pemilih, nama & no.ic aku.. masa nama aku disebut tu, rasa macam "wah, aku ni dah dewasa sungguh! dah layak nak memilih pemimpin".. *giler poyo perasaan masa tu.. habis ko ingat ko muda lagi ke Zana sampai baru sekarang ko rasa ko tu dah dewasa?? hahaha.. 

Masa nak calit cari dengan "dakwat kekal", aku berdoa agar orang tu calit cantik jer kat jari aku.. hahaha.. risau kalau comot2 nanti nak masuk blog tak cantik.. hahahaha.. *again, statement poyo daripada aku sebagai seorang blogger.. tapi nasib baik dia calit cantik tau!

Since dah tau nak pangkah parti yang mana, terus jer pangkah X pada kotak yang berkenan.. tapi sebelum tu ada jugak belek kertas mengundi tu.. mana tau ada tanda2 or titik2 yang tak sepatutnya.. nak pangkah pun macam takut terlebih kotak or terkecik sangat.. nanti jadi undi rosak pulak.. eh, 1 undi pun berharga ok!!


Dah selesai mengundi, aku lalu dekat saluran kakak & mak aku.. panjang lagi barisan diaorang.. aku terus keluar dari pusat mengundi tu sebab memang pemerhati tak bagi yang dah mengundi berada di dalam pusat mengundi terlalu lama.. 

Sementara menunggu kakak dan mak mengundi, ambik gambar tangan dekat dalam kereta.. pelik abah tengok perangai aku.. hahhaa.. pukul 8.45 pagi dah ada kat rumah.. tu pun kalau ikutkan pukul 8.30 dah ada kat rumah tapi sebab menunggu mak dan kakak lama sangat kan.. 

Maybe aku keluar awal, sebab tu tak perlu beratur panjang.. macam abah aku, dia mengundi pukul 1 tengahari.. lagi sekejap!! maybe sebab tengahari semua orang malas nak beratur panjang2 kan.. akak aku yang nombor dua mengundi petang, ni pun tak berapa ramai.. aku rasa yang ramai tu sekitar pukul 9pagi hingga 12 tengahari.. tu rasanya time kemuncak kot kan.. 


Semalam gambar jari memang trending kat FB dan Instagram.. bagi aku ok jer.. tu menunjukkan semangat rakyat Malaysia yg keluar mengundi.. tu jugak menunjukkan yg kita yang layak mengundi telah mengundi!!! ini jugak salah satu sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia kepada negara.. 


Jari kami suami isteri.. walaupun duduk sebelah kampung, tapi kami mengundi untuk DUN dan Parlimen yang berbeza2.. adakah kami berdua menyokong parti yang sama?? UNDI KAMI ADALAH RAHSIA!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

7 comments:

  1. Assalamualaikum zana. bestnya kampung sebelah2. nyesal sheila tak tukar alamat kampung. heee. tunggu la lagi 5 tahun sheila update jari laki bini. hehehhee ;p

    ReplyDelete
  2. wahh..tahniah sbb pergi mengundi :)

    p/s : jom support blogshop sy

    ReplyDelete
  3. huhu sameeeee undi kali pertama !!!

    ReplyDelete
  4. betul la zana..ramai yg duk tunjuk jari dlm fb smlm..hihi

    ReplyDelete
  5. memula.. nak gi pagi.. semangat ni.. kejut adik beradik yg lain.. no neng no neng.. kol 1.30 baru sorang pergi.. yg lelaki.. tak sampai 10 minit die call.. org tak ramai.. datang copek... ktorg pon turun lopeh tu.. bukan tak ramai.. x do org... hahahahah ktorg ber6 sumo skolah sama.. mak abah lain tpt.. sama dun.. lain tpt undi..
    syok.... eh.. nak wat entry snediri la.. bai.. hahahahaha

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ