Tuesday, November 29, 2011

Gambar Hitam Putih Kepada Berwarna!

Hari tu aku ada post entry tentang gambar hitam putih menjadi gambar berwarna.. ramai jugak yang x tau hal ni.. so kali ni aku just nak kongsi tentang pengalaman abah aku hantar gambar hitam putih kat kedai gambar untuk diwarnakan..

Abah dan mak ada simpan sekeping gambar beberapa hari sebelum diaorang bernikah.. gambar terakhir bersama sebagai pasangan kekasih la kiranya ni.. hihihi.. so memandangkan gambar tu ada sentimental value yang agak tinggi bagi abah dan mak, so diaorang decided untuk warnakan dan besarkan gambar tu.. sebab gambar asal tu kecik jer..

Kenangan Lama Mengusik Jiwa
Tu la gambar asal yang abah dan mak nak warnakan dan besarkan.. masa mula2 aku tengok gambar ni, terus aku cakap kat abah, "wah, rock la abah!!"... abah kata lepas jer ambik gambar tu, abah gie kedai potong rambut sebab dah nak nikah so x nak bela rambut panjang lagi.. apapun, kitaorang adik beradik suka sangat tengok gambar tu.. maybe sebab klasik sangat!

Akhirnya, abah dan mak pergi kedai gambar untuk pastikan hajat diaorang tercapai.. Alhamdulillah segala proses nak warna dan besarkan gambar tu berjalan lancar.. hasilnya??


Ni la gambar selepas diwarnakan dan dibesarkan.. menarik kan!! baju mak dalam gambar tu pun berjaya diwarnakan dengan baik.. maklumlah, kan ada corak2, so rasanya macam payah gak nak buat.. 

Gambar sebelum dan selepas
Apa yang penting, abah dan mak puas hati sangat dengan hasilnya.. seronok bila dapat lihat senyuman abah dan mak masa tengok gambar ni.. lepas tu sambil tengok gambr, sambil imbas kenangan lama masa bercinta.. so sweet!!!

p/s: aku ambik gambar ni guna phone jer.. x scan lagi gambar tu.. tapi nanti memang nak scan untuk pastikan gambar ni jadi kenangan terindah buat kitaorang sekeluarga!!


Photobucket

Saturday, November 26, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H

1433H
Salam Ma'al Hijrah 1433H buat semua umat Islam.. semoga Tahun Baru ini akan membawa lebih keberkatan dan kejayaan buat kita semua.. sama-sama kota berdoa agar tahun ini lebih baik daripada tahun lepas dan semoga kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T hendaknya..


Photobucket

Maharaja Lawak Mega - Boboi

Dah masuk minggu ke 5 Maharaja Lawak Mega (MLM).. ini bermakna dah masuk 4 minggu jugak aku x pernah tengok MLM.. serius! langsung macam xde mood nak tengok MLM lepas tgk MLM minggu pertama.. minggu pertama sangatlah bosan!! persembahan yang aku boleh puji hanyalah kumpulan Boboi (Aflin & Harun Salim Bachik)..


So setiap minggu aku hanya akan tengok MLM kat youtube.. tu pun hanya tengok persembahan kumpulan Boboi.. yang lain memang x terlintas nak tengok.. padahal sebelum ni Raja Lawak or Maharaja Lawak aku tengok jer kat tv.. ntah kenapa MLM ni langsung x menarik minat aku.. oh, bukan aku jer, encik adiey pun x tengok MLM.. maybe sebab aku hasut dia x yah tengok kot.. hihi..

Persembahan dari Boboi memang x penah mengecewakan.. ternyata diaorang ada keunikan yang tersendiri.. aku yakin diaorang buat homework sehabis baik.. sebab persembahan diaorang setiap minggu memang boleh buat kita ketawa! diaorang ada kesinambungan cerita setiap minggu dan pandai selitkan isu2 semasa dalam persembahan diaorang.. itu yang buat diaorang BEST!

Kepada yang bosan2 tu, cubalah korang layan persembahan kumpulan Boboi tu.. fanpage kumpulan Boboi pun ada kat FB.. kat situ macam2 cerita terbaru korang leh tengok.. memang layan la.. lagi2 layan waktu hujung minggu macam ni.. boleh hilang kejap la bosan korang tu.. hihi..

p/s: ada gak aku tengok persembahan Adlin Aman Ramli.. pendapat peribadi aku, apakah????? kalau jadi juri bukan main hebat dia komen sana sini kurang.. tapi bila dia yang buat persembahan, terus macam apakah?????

Photobucket

Friday, November 25, 2011

8 "C" Sebab Suami Benci Isteri


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.. 

C2. CABUL 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOTTerdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET 
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

 C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya.. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… Ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tersebut..


Photobucket

Thursday, November 24, 2011

Facebook - 9 Panduan Privasi



SHARING IS CARING BUT OVERSHARING IS CARELESS!



 
1) Membuat satu "block list"

2) Hadkan aplikasi yang digunakan

3) Hadkan carian Profil anda di Facebook

4) Pastikan privasi kepada perkongsian anda

5) Jangan biarkan lokasi anda didedahkan

6) Hadkan informasi diri anda

7) Pastikan privasi kepada kandungan di Wall anda

8) Sentiasa sedar akan penceroboh akaun

9) Menyahaktifkan akaun jika perlu

Aku memang buat privasi untuk wall, link dan album aku kat FB.. ada beberapa orang "friends" yang memang x boleh nampak aktiviti aku kat FB.. memang "friends" tu x kan dapat tengok status, gambar & link aku kat FB walaupun mereka masih dalam friends list aku..

Aku buat semua tu atas arahan encik suami sebab "friends" tu memang terlalu banyak mengambil berat tentang kitaorang suami isteri... caring habis la kiranya.. semua benda nak diambil tahu.. lepas ambil tahu, haruslah mulakan cerita untuk dijadikan bahan umpatan!

p/s: MESTI "friends" tu baca entry ni!! so mesti diaorang dah jawapan kenapa diaorang dah x boleh tau apa2 tentang aktiviti aku kat FB.. hihihi.. so "friends", masih nak ambik tau hal saya??
Photobucket

Spontaneous Thursday - Husband & Wife

Respect!

Love!

TOGETHER!
Photobucket

Wednesday, November 23, 2011

Masa Berjumpa Cucu Tersayang


Cuti sekolah dah pun bermula.. masa yang dinantikan oleh abah & emak untuk berjumpa semua cucu kesayangan..
Sejak Isnin hingga hari ni, abah dan mak habiskan masa di PD bersama 8 orang cucu tersayang.. 2 orang kakak aku bawak anak2 pergi bercuti kat PD.. abah dan mak awal2 lagi dah x sabar nak jumpa cucu2.. cucu2 pulak x sabar nak mintak atok ajar diaorang berenang!

Minggu depan pulak, 4 orang cucu akan balik rumah mak dan abah.. nak stay kat sana 2 minggu.. masing2 dah sibuk menghitung hari nak balik kampung.. seronok sangat budak2 tu!

3 minggu lagi, anak2 buah aku akan datang rumah aku pulak.. nak "pow" pak su diaorang katanya.. macam2 permintaan yang diaorang dah senaraikan.. habislah pak su diaorang.. huhuhu.. maklumlah, bukan selalu dapat jalan2 kan.. masa cuti sekolah ni jer lah yang diaorang dapat jalan2 lebih lama.. tu yang diaorang seronok sangat tu!

P/S: Seronoknya bila dengar suara abah dan mak call bagitau yang diaorang tengah happy main dengan cucu2.. Ya Allah, semoga aku berpeluang untuk memberikan lebih kebahagiaan kepada abah dan mak dengan kehadiran "rezeki" daripada rahim ku sendiri..
Photobucket

Terima Kasih Pak Su!


Budak yang dulunya takut mandi laut, dah pandai mandi laut lepas pak su pujuk mandi laut..
 



Budak yang dulunya suka protes, dah mula relaks bila pak su ada bersama..
 



Budak yang dulunya suka menangis, mula jadi "abang" bila bersama pak su..
 



Budak yang dulunya pendiam, semakin petah bila dilayan pak su..




Thanks sayang kerana menjadi pak su yang hebat di mata anak2 kita semua!!

Photobucket

Tuesday, November 22, 2011

SignBoard/Iklan Salah Ejaan & Kelakar


Layan signboard kelakar untuk hilangkan rasa mengantuk di petang hari agar mata tidak terus terlena... 
 

Logi atau loji?

Istirahat atau istirehat?

Untuk dibaca oleh lembu atau pengembala lembu?

Akitek atau arkitek? xtau pulak ada artiket untuk pakaian dalam lelali.. hihihi

 
gambar sumber ihsan daripda Mrs Google Image (jangan tanya kenapa aku gelarkan mrs Google dan bukannya Miss or Mr.. huhuhuhu)
 
P/S: wah, eida jumpa kesalahan ejaan dalam entry ni.. terbaik!!!
Photobucket

Doakan Kesihatan Si Kecil

Malam tadi dapat berita dari kakak bagitau anak buah aku hampir sahaja ditahan di wad... gara2 demam yang terlalu panas sehingga hidung berdarah.. bertambah risau sebab si kecil tu ada asma.. makin cuak bila doktor kata suspek denggi la pulak.. kitaorang harap dia cepat sembuh sebab awal Disember ni sesi orientasi pra sekolah dia dah nak bermula..


Iman, cepat sembuh yer sayang.. lagi sebulan kita jumpa kat rumah mak su & pak su ok!! paksu dah janji nak bawak Iman jalan2 kan sayang.. sayang Iman!!!

p/s: Mohon doakan agar si kecil, Iman cepat sembuh yer.. hanya Allah yang mampu jasa baik korang semua..


Photobucket

Hari Bola Sepak

Hari ni sana sini cerita bola.. masa punch masuk office dah bising2 cerita bola sepak.. masa tengah breakfast heboh pasal pemain bola sepak.. masa baca surat khabar sana sini gambar dan cerita tentang bola sepak.. on radio pun topik pasal bola sepak.. sign in blog pun sana sini blogger buat entry tentang bola sepak.. status kat FB dari malam hanya bola sepak.. pendek cerita semua bola sepak!!

Sekarang ni baru pukul 8 lebih.. tengahri ni lunch dah tentu borak tentang bola sepak lagi.. petang nanti pun masa makan goreng pisang pun cerita bola sepak.. malam nanti nak tido pun cerita bola sepak lagi..

Dengan ini cik puan zana adieyza mengisytiharkan bahawa hari ni adalah Hari Bola Sepak Malaysia.. hihihi..

- korang tengok match bola sepak semalam x? kalau x tengok memang rugi besar la.. ini bukan isu lebih kepada nak dapatkan pingat emas tapi lebih kepada soal maruah negara!!


- semalam lepas jer habis bola macamne suasana rumah korang? kawasan rumah aku ada pulak yang bakar bunga api.. curlasssss betul diaorang tu..bunyi hon kereta, motor & jeritan suara penyokong makin membingitkan suasana!!

P/S: akhirnya, ibu segala pingat emas milik MALAYSIA!! tahniah MALAYSIA!!




Photobucket

Monday, November 21, 2011

Doa Pembuka Rezeki


Maksudnya: “ Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Dzat yang maha meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskan dan banyakkanlah rezeki ku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau ”

1) Doa pembuka rezeki dari pelbagai penjuru (dibaca 7kali selepas solat fardhu)

2) Telah dicerita bahawa sebahagian ulama berkata, "Barangsiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardhu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya..atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat, maka hutangnya akan lekas terbayar..sehingga dengan demikian, hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yang diberikan Allah kepadanya..
Photobucket
 

Menegakkan Benang Yang Basah

 Lumrah manusia, sedaya upaya akan mencari alasan untuk menyelamatkan diri sendiri.. tapi rasanya x perlulah nak menegankkan benang yang basah semta-mata untuk mengampu big boss..
Setiap kali mesyuarat, akan keluar segala alasan yang keluar demi mempertahankan diri sendiri.. benda yang biasa terjadi.. tapi rasanya kalau perkara tu x benar dan disebut semata2 untuk mengampu big boss rasanya sangat2 x beretika.. orang lain tau kot yang memang awak tu salah.. so bila awak sedaya upaya nak bagi alasan kat big boss, kami yang tau hal sebenar ni rasa sangatlah "menyampah"!!
 
Bila junior officer mula diberikan tanggungjawab untuk pantau senior officer, mulalah acara buli membuli.. 
 
"jangan bagitau big boss yer saya x update rekod tu lagi"
 
"nanti masa meeting awak jangan sebutlah pasal hal tu.. nanti big boss tau lak"



Masalahnya, kalau junior officer x bagitau bigg boss, nanti bila sampai masa audit atau keluar report, junior officer lah yang akan dipersalahkan oleh big boss if perkara tu x selesai lagi.. padahal junior officer dah jalankan tanggungjawab, cuma senior officer jer yang macam2 hal.. so siapa yang patut disalahkan??

p/s: maaf terluah perasaan x puas hati dalam blog.. x suka meeting Bahagian hari Isnin sebab akan buatkan sepanjang minggu rasa "penat"!



Photobucket

Terima Kasih Teknologi!!

Semalam aku teman encik adiey pergi melawat pak cik dia yang kemalangan.. memandangkan mak mertua aku x sempat lagi nak jenguk pak cik yang kemalangan tu, so kitaorang telah gunakan kecanggihan teknologi untuk menghubungkan mereka berdua..



Kitaorang guna Skype!

Memang seronok mak mertua sebab dapat tengok adik dia degan menggunakan Skype! lega agaknya perasaan mak mertua bila nampak pak cik makin sihat.. kerana kecanggihan teknologi, yang jauh pun dapat didekatkan..

Perkembangan teknologi ni kalau nak dikejar memang payah & perlukan kos yang tinggi.. tapi kalau kita x kejar, takut ketinggalan lak.. bagi aku, kejar ikut kemampuan jer la.. sebab tu semua kehendak bukannya keperluan.. tepuk dada tanyalah selera!

p/s:terima kasih untuk tekonologi!!!

Photobucket

Saturday, November 19, 2011

Tips Dapur Kemas Tersusun

Kalau dapur kemas tersusun, mood nak memasak pun akan rajin.. kalau dapur kemas tersusun, hati pun jadi lebih bahagia setiap kali memasak.. so, penting sebenarnya bab menjaga kekemasan dapur ni.. kali ni jom kongsi tips agar dapur kemas tersusun.. 



Tips Dapur Kemas Tersusun.. 

Tip 1

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan. Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. Masukkan kesemua barang tersebut ke dalam satu kotak. Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.

Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.


Tip 2

Selepas memasak, anda mesti membasuh kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.


Tip3

Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki selagi itulah pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.

Jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.


Tip4

Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita. Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur.  Pastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur. Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.



Photobucket

Friday, November 18, 2011

Petua Tradisional Untuk Kulit



Caranya :
- Ambil 5 atau 6 keping asam gelugur/asam keping.
- Rebus hingga mendidih.
- Biarkan sehingga airnya suam-suam kuku.
- kemudian rendamkan kaki kedalam air rebusan itu tadi selama 10 atau 15 minit.
- Sambil merendam kaki anda, gosok-gosokkanlah asam keping itu pada tumit yang pecah-pecah.
- Lakukan selalu insyaAllah tumit anda akan menjadi licin dan lembut.


Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun


Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
2. Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
3. Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
4. Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. 
5.Bilas dengan air dan biarkan kering.

* Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.

Cara-caranya:
-Ambil sedikit susu tepung bayi.
-Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat.
-Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit.
-Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali.
-Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan..
Photobucket

UMobile Broadband - Bill Sebulan Mengejutkan

Minggu ni genap sebulan aku guna UMobile Broadband.. selama sebulan ni, memang aku puas hati dengan broadband ni..

Download lagu laju, download movie laju, line sentiasa ok & yang paling best bila dapat tengok movie dekat youtube/tonton.com tanpa sebarang gangguan! memang puas hati..

Walaupun line internet UMobile Broadband x ada bila balik kampung, tapi aku x kisah.. sebab kalau balik kampung kat rumah mertua, boleh online guna streamyx.. kalau balik rumah parents aku, memang jauh sekali aku nak online sebabnya rumah aku tu sentiasa riuh dengan suara kitaorang sefamily.. ada jer benda nak cerita.. so masa untuk berborak terlalu padat.. x terfikir langsung nak online.. kadang2 tv pun x payah bukak sebab sibuk berborak.. hihihi.. so tanpa UMobile Broadband kat kampung pun aku x kisah..

Kalau dulu masa pakai "C" Broadband, selalu jer tension.. setakat nak bukak FB jer ok.. tu pun setakat nak update status, komen2 ok lah.. kalau nak upload gambar, memang bercinta menunggu.. kalau nak download2 ni, memang berkurun gak la menunggu..

Semalam baru dapat bill pertama UMobile Broadband, terkejut jap!! 


Kena bayar rm23.85 jer.. patutnya RM48 but UMobile kira ikut penggunaan.. since aku mula pakai pertengahan bulan Oktober, so kira separuh jer la.. syok!!! bulan ni punya bill maybe kena bayar macam biasa la kan.. x pelah, yang penting service broadband tu aku puas hati.. kalau tau service ni ok, dari dulu lagi dah tukar broadband "C" tu.. hihihi..

So, kalau ada yang rasa nak tukar broadband, maybe boleh pertimbangkan untuk guna UMobile Broadband.. kalau nak tau lebih lanjut, try la masuk website UMobile k.. kat situ banyak gak info yang boleh korang dapat..

Nota tambahan : aku ambik pakej yang RM68 sebulan.. tapi untuk 5 bulan pertama bayar RM48 sahaja.. since bulan pertama aku pakai untuk 2 minggu jer, so tu yang dapat bil murah cikit.. untuk bulan ke 2, 3, 4 dan ke 5 nanti aku kena bayar RM48..



Photobucket

Thursday, November 17, 2011

Tips Suami Kekal Ceria Semasa Shopping


Cabaran yang utama untuk berpasangan pergi shopping adalah bagaimana mengekalkan motivasi suami agar mampu bersama isterinya daripada awal masuk ke shopping complex hinggalah pulang ke rumah.. Isterilah yang patut memainkan peranan penting..

Kali ni jom kita kongsi tips yang boleh dilakukan oleh isteri apabila mengajak suami bershopping!


couple shopping!!



1) Setiba di shopping complex, terus bawa suami ke medan selera atau restoran makanan kegemaran suami.. layanlah dia makan sepuas-puasnya.. ini akan memberikan tenaga untuk suami dan akan melambatkan rasa keletihan serta tertekan nanti.. kesilapan yang berlaku adalah apabila meletakkan acara makan selepas selesai membeli belah.. pendekatan ini agak terlambat untuk mengembalikan keceriaan suami.. biasanya jika suami yang tadinya bermasam muka, pastinya selera makannya pun hilang.

2) Jika di shopping complex itu ada troli, biarlah suami yang menolaknya.. ini akan melekakan dirinya dengan 'mainan' itu.. memang orang lelaki suka barang mainan.. tugas isteri adalah cepat2 memberatkan kandungan troli agar bertambah 'macho' suami menolaknya..

3) Jika pasangan membawa anak kecil, eloklah letakkan di atas troli di ruang khas untukanak kecil.. jangan suruh suami mendukung anak kecil.. ini akan menyebabkan dia cepat letih..

4) Dari masa ke semasa, pantaulah tingkah laku suami.. setiap tiga puluh minit, lihat air mukanya.. jika kelihatan letih, cepat2 cadangkan dia pergi ke tiga jenis kedai yang dapat mencajkan semula hormon testosteronnya iaitu kedai komputer/telefon, kedai video atau kedai hardware.. 

5) Jika isteri inginkan pandangan daripada suami untuk membuat pilihan, sila senarai pendekkan pilihan itu hanya kepada dua sahaja.. ini memudahkan suami membuat pilihan.. jika beri pilihan lebih daripada dua, ia menyebabkan suami stress.. oleh itu, jangan tambahkan stress suami dengan pilihan yang lebih daripada dua..
 
6) Jika isteri berjanji untuk pulang pada waktu tertentu, sila tunaikan janji tersebut.. ini membolehkan suami itu memujuk mindanya..
 
7) Akhir sekali, jika isteri tadi puas ditemani suami bershopping dan semua barang serta kehendaknya tercapai, cepat-cepatlah puji suami itu di atas kesabarannya menemani dan mungkin boleh berikan sesuatu yang menajdi kegemarannya..

Sumber - Article by Pak Utih (Perunding Kekeluargaan) in Anis Magazine

Photobucket

BE November! Maybelline Fashion Week 2011


Alhamdulillah.. ada jugak BE yang sudi singgah kat blog ni untuk bulan November.. walaupun bulan ni macam kurang update & blogwalking sebab kesibukan kerja, tapi masih ada jugak rezeki untuk dapat BE.. thanks Nuffnang!!
 




BE dari Maybelline Fashion Show 2011!
 
Kalau cakap pasal Maybelline, aku memang suka pakai mascara Maybelline.. sebabnya dengan pakai mascara tu, ada beberapa orang tegur aku pakai bulu mata palsu.. salah sorang yang tegur adalah mak mertua! hihihi.. dia tegur masa raya hari haji hari tu.. bila aku cakap pakai mascara dia tengok balik mata aku.. hahahahaha.. comel jer..
 
Tadi masa buka website Maybelline, aku nampak mascara baru dari Maybelline.. cun gak! teruja sebab nampak warna pink! hihihi.. nanti boleh try la.. 
 



 
 So, thanks pada semua yang rajin singgah blog picisan ni.. aku hargai sangat.. maaf pada yang dah lama aku x tinggalkan jejak kat blog korang.. kesibukan melanda la minggu ni.. but weekend nanti akan ada banyak masa terluang untuk blogwalking yer! insyaAllah weekend nanti akan balas kunjungan rakan blogger yang x henti2 singgah2 blog ni.. terima kasih semua!!
 
Photobucket