Thursday, June 9, 2011

Tarikh Keramat Suami Isteri

43 hari lagi menjelang satu tarikh yg amat bermakna.. pertama kali untuk menyambutnya.. pertama kali untuk merasainya..

Perasaan?? Gembira, excited, berdebar & terselit juga sedikit emosi..


43 hari lagi aku & encik suami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yg pertama.. sesungguhnya meraikan ulang tahun perkahwinan merupakan saat2 yg indah untuk setiap suami isteri.. semestinya tarikh keramat itu dinanti dengan penuh kebahagiaan terutamanya untuk pasangan yg pertama kali meraikan..

Semestinya si isteri dah mula sibuk memikirkan tentang perancangan untuk tarikh keramat tu.. si suami pula semestinya tengah memikirkan hadiah istimewa untuk diberikan pada si ratu hatinya.. semoga segalanya terjadi dengan indah!!!


Menginjak ke tahun pertama perkahwinan, semestinya telah banyak yg mula dipelajari.. lebih mengenali pasangan dengan lebih mendalam.. mula belajar untuk lebih bertolak ansur..mula bersikap untuk lebih matang dalam menyelesaikan masalah.. mula faham erti tanggungjawab sebenar sebagai seorang isteri & suami yg dituntut oleh-Nya ..

Bahagia menanti tarikh keramat itu.. teruja untuk meraikan tarikh keramat itu.. namun tercalit juga sedikit emosi.. berharap agar dikurniakan "anugerah & rezeki" yg sememangnya dinanti dari Yang Maha Esa..

P/S: Perkahwinan sememangnya indah!!


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

14 comments:

  1. kjap kan da stawon...mcm x pcaya jekk...

    ReplyDelete
  2. semoga bahagia ke akhirnya..amin

    ReplyDelete
  3. wawawa..zana..semoga kekal bhgia selamanya..dan dikurniakan rezki itu ye..amin

    ReplyDelete
  4. semoga berbahgia..dan sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
  5. tarikh keramat kami lg 33 ari...hehehe..nak jugak tarikh keramat.. weeding anni kami yg ke-3..

    ReplyDelete
  6. Congrattt!!! moge bahgia hingga akhir hayat...pepom sabar tu tunjang utama

    ReplyDelete
  7. wahh,beshnye akk...
    agk2 dpt surprise ape yer?
    hihi:)

    ReplyDelete
  8. tahniah ye...kayrul dulu time 1st time sambut anniversary kitorang g honeymoon kat tempat 1st honeymoon lepas kahwin....

    ReplyDelete
  9. tahniah utk kalian berdua..semoga aksih sayang kalian terus berkekalan sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  10. semoga kebahagian sentiasa menjadi milik kalian.. semoga dimurahkan rezeki juga..

    Salam kenal yer..

    ReplyDelete
  11. hepi anniversary dear...kejap je dah 1thn kan?

    ReplyDelete
  12. Lagi 36 hari nanti baru akak wish! hahahaha boleh yea cenggitu hiks

    ReplyDelete
  13. kejap aje kan setahun?btw tahniah!semoga bahagia bakal menanti kalian ;)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ