Thursday, June 23, 2011

Filem KL Gangster


Semalam ambik kesempatan untuk luangkan masa dengan encik suami.. kitaorang luangkan masa dengan tengok wayang bersama.. serius dah lama sangat aku x tengok wayang.. rasanya last tengok wayang bulan 3 hari tu.. giler lama.. sejarah betul, selalunya setiap bulan gie tengok wayang.. bz dengan keje punya pasal, sampai langsung x teringat nak tengok wayang.. huhuhu..

So semalam kitaorang tengok cerita yg hangat diperkatakan sekarang, KL GANGSTER.. encik suami beria2 nak tengok cerita ni.. aku x berapa nak tengok sangat sebab takut!!!

Memang la ni bukan cerita seram tapi aku takut la nak tengok aksi gaduh2 tu.. sedangkan kalau akak aku nak cubit anak buah aku pun aku dah x sampai hati nak tengok, ini kan pulak nak tengok aksi gaduh2 sampai pecah muka.. serius takut wei!!!


Tapi aku tetap gagahkan diri nak tengok cerita ni sebab nak temankan encik suami.. walaupun takut, tapi aku tetap layan cerita ni dengan penuh perhatian.. sebab apa?? sebab jalan cerita dia memang TERBAIK!!!

Pelakon semuanya bagi lakonan yang TERBAIK!! lakonan Aaron Aziz memang bagus terutamanya part aksi2 bergaduh.. betul2 menjiwai watak la Aaron Aziz tu.. sampaikan terus aku lupa yg dia pernah berlakon jadi Seth Tan.. hilang terus bayangan Seth Tan yg romantik tu.. huhuhu..

Lakonan Syamsul Yusof & Ady Putra pun kira bagus jugak.. mesti diaorang ni buat research berkaitan watak diaorang habis2an sebab lakonan diaorang dalam cerita ni memang boleh dipuji..

Walaupun ni cerita aksi, tapi pengajaran cerita ni banyak.. pengajaran terbesar tentang persahabatan dan kekeluargaan.. memang pengajaran cerita ni TERBAIK!!!

Bila sentuh bab persahabatan, aku terus ingat lakonan Zizan dalam cerita ni.. TERBAIK!!! banyak dialong Zizan yg buatkan aku & penonton lain tergelak besar.. serius best la watak Zizan dalam cerita ni.. ada lagi sorang pelakon yg aku suka lakonan dia, Sofi Jikan.. banyak jugak dialog dia yg buat aku gelak.. berkesan jugak lakonan Sofi Jikan tu.. walaupun badan dia x sebesar macam badan Aaron Aziz & Ady Putra, tapi watak gangster dia tetap menjadi..

Rasanya x rugi aku gie tengok cerita ni.. sampaikan bila part gaduh2 & tumbuk2 tu aku pulak yg rasa macam muka aku yg nak pecah.. huhuhu..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

12 comments:

  1. Rata2 yg review filem ni semua ckp best tp sy x berkesempatan lg nak tgk. Tunggu kuar youtube je la.. boleh? hehe

    ReplyDelete
  2. ni yg buatkan hati meronta2 nk gi tgk juga

    ReplyDelete
  3. tp tang aksi ganaih tu org kata buleh bikin budak2 zaman skrg tiru..tp sy tk tgk lagi lah..hihi

    ReplyDelete
  4. uissshh ni yang membuatkan hati akak mengeletis nak pegi tengok jugak nih huhuhuhu.

    ReplyDelete
  5. ni buat tak sabau nak tgk cite ni. uh. lambatnya esok.. opkos nak tgk abg jijan. hehe...

    ReplyDelete
  6. memang terbaik la citer Kl gengster nie..rugi saper yang tak g nonton kat wayang

    ReplyDelete
  7. mulanya takde hati pun nak tengok citer camni...bila dah tengok..wow..terbaik..memang best...sabtu lepas baru je gi tengok

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ