Friday, June 3, 2011

Tips Memujuk Lelaki Merajuk

Jumaat yg indah!! hati berbunga2 riang.. perasaan yg cukup bahagia..

Hari ni jom kita kongsi tips lagi.. kali ni tentang tips memujuk lelaki merajuk.. siapa kata perempuan jer tau merajuk.. lelaki pun ada kalanya merajuk jugak.. tapi merajuk lelaki ni lagi susah untuk dipujuk.. kalau perempuan tu, cepat hilang merajuknya sebab hati perempuan ni kan lembut & mudah tersentuh.. kalau kena ayat2 manis masa tengah merajuk tu, cepat jer cair..

Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

P/S: korang kuat merajuk x?? antara lelaki & perempuan, siapa yg lagi senang nak dipujuk?

16 comments:

  1. BE senang dipujuk tetapi Hubby BE mmg ssh nak dipujuk. Nak pujuk hubby mmg susah jadi BE biarkan dia wat hal dia, BE wat hal BE tapi makan minum BE ttp sediakan walaupun dia msh merajuk.. Bila dia dh sejuk dia akn datang kat BE dgn manja..Hehe..

    Thanx for the tips..(^_^)

    ReplyDelete
  2. cik abang zaa jarang merajuk tapi bila sekali dia merajuk, memang sangat susah nak pujuk! heheehh

    ReplyDelete
  3. woooo cmtu yeaa kak..abe sye salu majuk n ngan saye2 sekali majuk kalo die merajuk....susah bebenor na pujuk die

    ReplyDelete
  4. ok kalau akak lak, memang tiap mase kuat merajuk okeh hahahaha, memang papairfan akan rase nak lempang akak laju2 jer okeh.

    papairfan jer jarang2 merajuk, sebab die tau yang bini die ni tak suke memujuk wakakakaka :P (sangat tak adil kan :P)

    ok ok akak kene berubah nih hiks.

    ReplyDelete
  5. saye sdh merajuk ngn si chinta hati..tolong..hehe

    ReplyDelete
  6. thanks utk tips yg brguna ni, tgh praktik skrg ni..huhu

    well, salam kenal, juz follow blog ni

    ReplyDelete
  7. salam kak , maaf lama tak singgah . hehe .

    ada bunga2 cinta la kat entri kali ni , hehe .

    *info yg berguna di masa akn datng , tq kak ! :)

    ReplyDelete
  8. BE, zana pun kuat merajuk.. husband zana kalau merajuk senang jugak la nak dipujuk.. tp masam mukanya lambat jugak nak elok.. huhu

    ReplyDelete
  9. zaa, tu yg susah bila org x suka merajuk ni merajuk.. gerenti susah nak dipujuk kan..

    ReplyDelete
  10. fara, kena guna cara yg betul utk hilangkan merajuk tu.. huhu

    ReplyDelete
  11. MAPPIAU, mmg x adil la kak.. hahahaha.. tapi best bila selalu dipujuk kan.. hihihi

    ReplyDelete
  12. spreadlurve, cepat2 pujuk.. try pelbagai tips, mana tau ada yg ok..

    ReplyDelete
  13. axuerha, ur welcome dear..

    thanks sudi singgah blog ni.. appreciate it!!

    ReplyDelete
  14. qlah, thanks sudi singgah blog akk utk sekian kalinya.. appreciate it..

    sharing is caring dear..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..