Thursday, May 30, 2013

Isu Add Rakan Di Facebook

Semalam ada perkara yang buatkan aku rasa macam nak removed jer orang dari list FB aku.. kisahnya, aku ni memang jarang nak approved friend request daripada orang yang aku tak kenal.. kalau ada pun selalunya untuk urusan business Shaklee aku, itupun dengan kebenaran customer tu.. selain daripada tu memang tak ada.. aku pun bukan jenis nak add orang yang tak pernah aku kenal dekat dunia luar.. tapi again, kalau orang tu dah jadi customer business Shaklee aku, memang aku akan add or approved..

Kalau orang tu aku tak kenal tapi ada ramai mutual friends, aku akan accept jugak.. sebab aku takut tu kawan sekolah lama yang aku tak dah cam mukanya.. tapi, jujurnya kalau lepas approved pun still aku tak kenal orang tu, aku akan hide or remove terus.. hide from wall la yang selalunya aku buat.. so, aku x perlu nampak update daripada orang yang aku tak kenal dan x pernah berurusan dengan aku tu.. bukan sombong, tapi aku selesa macam tu.. terpulang la kalau ada yang nak kata aku ni sombong ke kan..

So, semalam ada yang add aku.. since mutual friends ramai, aku approved.. tapi yang x bestnya, bila orang tu PM then tanya bab peribadi aku.. bab peribadi yang ko boleh tau daripada tengok profile picture aku!! 

Dah tentu2 profile picture aku dengan lelaki.. secara logiknya, gerenti la aku ni dah kahwin.. melainkan kalau orang tu anggap perempuan boleh bergambar dengan lelaki duduk peluk rapat walaupun belum kahwin! 

Kalau daripada profile picture tu ko tak boleh tau aku dah kahwin ke belum, cuba rajinkan diri sekejap untuk tengok album profile picture.. orang dah kahwin boleh dikatakan hampir 99% akan letak gambar kahwin diaorang! adalah kot 1% yang tak letak gambar kahwin..

Then dah tanya aku dah kahwin ke belum, tanya pulak dah ada anak ke belum? adoiiiiii, ni bukan sebab aku belum ada anak aku marah! tapi sebab ko add orang then ko langsung tak selidik walaupun sekejap FB orang tu! 

Sekurang-kurangnya, ko tengok status dia minggu tu or bulan tu.. sekejap jer ko tengok.. dari situ ko ada jawapan! tak pun, ko rajinkanlah diri sekejap untuk tengok cover2 album orang tu.. kalau ada album gambar baby, dah tentu2 orang tu ada anak.. orang kalau dah ada anak ni mestilah ada gambar anak kan.. walaupun sekeping.. tak taulah pulak aku kalau ada yang tak nak tunjuk gambar anak kan..

Aku ni bukan nak emo sesajer.. tapi, aku cukup tak berkenan dengan orang yang beria nak berkenalan la kononnya tapi hakikatnya ko tak cuba nak kenal orang tu.. dan tujuan ko add hanyalah semata untuk menjalankan perniagaan!

Ye, semalam orang yang add tu berniaga.. aku bukan marah sebab orang tu berniaga barang yang berbeza dengan apa yang aku jual.. aku ok jer.. berniaga tu kan 9 daripada 10 punca rezeki.. aku pun banyak jer kawan yang menjual macam2 jenis produk.. tapi aku ok jer dengan diaorang..

Tapi, kalau ko add orang semata-mata nak tarik orang untuk jual barang ko tanpa ko pernah cuba kenal orang tu, plz lepas ni more sensitive.. ambik tau cikit tentang potential customer tu dulu.. atlease tau basic tentang potential customer tu sebelum ko mula promote produk ko yer..

Aku bukan nak jatuhkan perniagaan orang lain.. aku just luahkan sebagai orang biasa yang boleh jadi potential customer untuk semua peniaga kat luar sana.. aku kalau nak beli barang pun tak suka peniaga yang memaksa dan mendesak.. so bila buat perniagaan Shaklee ni, aku kalau boleh sedaya upaya tak mendesak orang untuk membeli.. dan Shaklee jugak banyak ajar aku tentang perkara yang potential customer tak suka peniaga buat.. 

Jadinya, kalau nak add orang terutamanya potential customer untuk perniagaan kita, kita kena kenal basic dulu tentang orang tu.. dan janganlah tanya soalan yang dah ada jawapannya.. janganlah add orang semata-mata untuk menjual produk kita tanpa kita berusaha untuk menjadikan potential customer tu sebagai kawan kita dulu.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

15 comments:

  1. salam pagi...
    klu nieyl plak...mmg nieyl nie jenis nak approve org..
    tgk n selidik dlu...klu serius x kenal sampai bler2 pun x kan approve...hihi~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum zana... heee sheila selalu tak approved kalau tak kenal. ahhaha kejam tak?

    ReplyDelete
  3. kdg².. mmg dekat fb tu ramai yg add kalau dia jual product tu tak dinafikan ... tapi malas nak accept tkt jadi mcm zana ni lah.. sebab sy lg suka page yg like .. sebab bila sy like.. mana saya yg berminat.. berbanding org tu add sy :)

    ReplyDelete
  4. mila pun sama kadang2 add sebab suh klik-klik iklan tu hahaha...

    ReplyDelete
  5. ein pun xkan approve org sesuka hati kat fb.. lau jd mcm nie selalunye ein block terus... huhu

    ReplyDelete
  6. tuh semua buat semak jer.....lagi2 kalau tag2 ni.
    jd x payh nak aprove sgt.nanti berpulu2 gamba dia tag..hii..semak dear!!

    ReplyDelete
  7. Ish ros pun tkut gak jenis org busyody nih kan..haishhh...

    ReplyDelete
  8. org jual product...mmg xapprove melainkan y btul2 mnat...=)

    salam..jempot jengah..
    http://ctamanaqim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. BE pun selidik org tu dulu sblm approve fb dia.. klau ada org mcm tu confirm takkan approve dh..

    ReplyDelete
  10. tak add susah...
    dah add bertambah susah hati lagi zana...

    ReplyDelete
  11. nory kalau org tak kenal add, nory ignore je...ehehe

    ReplyDelete
  12. Sabar zana~Kadang2 mmg ada org yang mcm 2.Langsung xtngk profil kita terus tanya soalan cepu emas yang boleh buat kita terasa@menyampah..Padahal semua 2 dah ada kat fb kta..Kat fb umie pun ramai waiting list..X di approve..Gara2 xkenal,xda mutual friend..Kdg2 nk add pun takut..So,ignore je..

    ReplyDelete
  13. hai..awak da kawen ke??hikhikhik :D

    ReplyDelete
  14. sometimes we need privacy kan...if nak add i selalu tanya dia dulu..dari blog ke apa..if x berjawab...sorry naik lorry la nak accept..kan..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..