Thursday, January 3, 2013

Belanjawan 2013 vs Belanjawan Keluarga Kecil Kami



Semalam ada mesyuarat Budget 2013 dengan "Perdana Menteri" kat rumah aku.. "Perdana Menteri" ni hanyalah PM di rumah aku jer, so jangan salah faham tau.. siapa lagi PM kat rumah aku tu kalau bukan Encik Adiey.. hihihi.. 

Mesyuarat untuk bincang tentang rancangan kewangan untuk keluarga kecil kami.. plan elok2 keadaan kewangan setiap bulan.. yang mana memang tetap setiap tahun & menjadi keperluan, senang cikit nak rancang.. part yang untuk emergency dan kehendak tu payah cikit la kan.. 

Mula-mula x kecoh mana pun.. sorang pegang kalkulator, sorang pegang pen dengan kertas.. sorang plan, sorang catit dalam buku.. sorang bagi cadangan, sorang lagi tulis dalam buku.. 

Tapi lama2 jadi kecoh! siap sorang lagi tu keluarkan pulak kalkulator kedua pulak.. kecoh macam la nak buat budget juta2 kan?? hahahha.. punyalah masing-masing nak keluarkan usul.. yang PM (Encik Adiey) asyik x setuju jer dengan cadangan Menteri Kewangan (aku lah tu!).. dah tu kalau Menteri Kewangan kerjanya nak habiskan duit jer memang la PM marah kan?? huhuhu..

Tapi kecoh-kecoh tu bukan bergaduh yer.. cuma ada drama mintak usul dan cadangan diterima.. nasib baik banyak jugak usul Menteri Kewangan yang diterima PM.. hehehehe.. 

Lepas habis sesi berdebat, boleh pulak masing2 gelak sebab suasana kecoh nak buat budget tahunan ni baru puluh-puluh ribu jer tapi kecohnya macam puluh-puluh juta jer.. hahahaha..

Lega bila dah siap buat budget tahunan.. harapnya kurang la sikap membazir aku tu.. hehehe.. dan besarlah harapan PM aku tu untuk tengok Menteri Kewangan dia rajin menyimpan.. *dan memang salah 1 harapan tahun 2013 aku ni untuk rajin menyimpan.. simpanan tu penting untuk waktu-waktu kecemasan.. 

Korang dah buat belanjawan tahunan belum? kalau belum, boleh la cuba buat.. buat belanjawan bulanan pun lagi senang sebenarnya.. asalkan kita tau ke mana duit kita tu mengalir.. dari situ kita boleh agak jumlah pendapatan dan perbelanjaan yg sepatutnya.. :)

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Ida buat jugak. Tapi ida lah PM, ida lah Menteri Kewangan.. HAHA~ Hubby serah sepenuhnya tugas kepada ida.... ;p

    ReplyDelete
  2. x buat lagi belanjawan tahunan...nampaknya kena buat juga nie...

    ReplyDelete
  3. haish....bila baca entry ni kena buat jugaklah nampaknya...
    dok jauh jauh ni lagi banyak duit habis atas jalan :(

    ReplyDelete
  4. eh.. nk try la buat mlm nie..hehehe

    ReplyDelete
  5. belum buat budget lagi..kena simpan banyak nie..huhuhu

    ReplyDelete
  6. nory pon dah buat....nory jgak jadi PM...Abi menurut perintah je...hikhikhik

    ReplyDelete
  7. hehee..sue je selalu buat budget. pastu buat pembentangan kat husband, mana2 dia tak setuju, kluarkan pastu add on mana yang patut.. hahaha.. dia adelah pengarah, yang mana kejenye mengarah.. hahaha

    ReplyDelete
  8. salam kak.wah..bestnya boleh jd PM dan Menteri Kewangan...hihi

    ReplyDelete
  9. wah bagus ni...pasti lebih terancangkan...takde la terover budget cam js ni...hihi

    ReplyDelete
  10. wah bagusnya, tapi takpa lepas ni zana income 4-5 angka,

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ