Thursday, January 31, 2013

Isu "Aku Ada, Korang Tak Ada".. Kahwin, Zuriat & Tambah Anak

Apa perasan anda bila orang bertanya soalan yang anda tidak tahu apa jawapannya di khalayak ramai dan dihadapan orang lain yang anda tidak kenali?

Apa perasaan anda bila orang bertanya soalan yang anda sendiri tertanya-tertanya soalan tersebut di dalam hati anda?

Maaf, entry ni bukan bermaksud untuk menceritakan segala masalah yang ada di sekeliling aku.. bukan bermaksud untuk menyalahkan orang lain.. bukan bermaksud untuk meraih simpati.. buat apa aku nak meraih simpati sedangkan aku  bukannya x punya apa2 dalam dunia ini.. aku masih ada suami, masih ada keluarga, masih ada anak-anak buah, masih ada saudara mara & masih ada kawan2 di sekeliling aku.. cumanya aku belum ada anak!!


"Kesian aku tengok korang ni.. dah lama kahwin belum ada anak.."
"Kesian aku tengok korang ni.. macam sunyi jer hidup sebab belum ada anak.."
"Kesian aku tengok korang ni.. asyik dukung anak orang sebab belum ada anak.."

Aku x pasti sama ada itu simpati atau memerli! 

Tak salah untuk korang bertanya.. kami golongan yang menanti zuriat ni bukanlah marah atau over sensitif dengan soalan2 korang.. tapi, beragak la jugak yer.. bertanya mengikut situasi dan tempat..

Ko tengah shopping kot.. mula2 tanya pasal orang lain.. tiba2, ko tanya bila aku nak ada anak?? soalan tu ok jer.. tapi ko tanya tu kat tempat orang tengah bersesak membeli then ada pulak orang yang aku x kenal pandang serong kat aku dengan soalan ko.. plus tambah malu bila siap bagi tips bersama di khalayak ramai.. ko tau x aku rasa malu giler dengan pandangan orang lain kat aku time ko bagi soalan tu!! plz jaga jugak aib orang lain kalau kita nak orang lain jaga aib kita..

Aku bukan sajer-sajer nak kecoh benda ni dalam blog.. tapi aku cuma harap agar ada kesederan dalam diri aku dan orang lain tentang isu "nak bertanya sesuatu biarlah pada tempatnya"..

Janganlah ko tanya bila orang tu nak kahwin di hadapan orang ramai.. 
Janganlah ko tanya bila orang tu nak tambah anak lagi di hadapan kawan-kawannya.. 
Janganlah ko tanya bila orang tu nak ada anak di kawasan khalayak ramai.. 

Kalau betul korang prihatin, tanyalah orang tu secara personal (thru phone, sms, emel, whatsapp or private message).. korang akan dilihat seperti kanak-kanak yang hanya inginkan perhatian bila soalan2 peribadi diajukan di hadapan orang ramai.. 


Maaf kalau entry ni membuatkan ada pihak yang terasa.. aku cuma berharap agar aku lebih berhati2 dengan soalan2 yang aku rasakan perlu ditanya atau tidak... aku cuma berharap agar aku lebih berhati2 dengan perasaan orang lain..

Dalam masa yg sama, aku nak jadikan blog ni sebagai medium untuk orang lain berfikir jugak tentang isu ni.. bukan fikir untuk golongan yang menanti zuriat ni jer.. tapi fikir tentang orang lain yang x suka soalan2 peribadi dan panas di tanya tidak kena pada tempatnya.. 

Jangan jadikan isu "aku ada, ko x ada" ni sampai membuatkan orang lain menjauhkan diri daripada kita.. jadikan kelebihan kita sebagai sumber kekuatan dan bukannya sebagai alat melemahkan orang lain!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

23 comments:

  1. hadapi nyer dgn senyuman :) teruskan berusaha.. semoga Allah memberi rezeki itu pada kite jgak...:)

    ReplyDelete
  2. memang sangat tak sopan orang itu...

    ReplyDelete
  3. pertanyaan mcm tu x ptt actually..anak kan rezeki dr ALLAH S.W.T
    xpe adieyza u senyum je ble org ckp mcm tu ok...
    kte jangan bt benda yg lebey kureng sama mcm tu dahla k..^_^

    http://miszatie.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ermmm.... selalu jugak kene soalan 'bile nak tambah anak, nnt dah tua payah' jauh disudut hati selalu terasa padahal x merancang pun dah belum ada rezeki nak tambah nak buat mcm mana.... takkan lah nak menidakkan kuasa Allah.

    Sebak baca entry zana ni... jgn sebab isu ni demam zana makin melarat...

    ReplyDelete
  5. lantak la.. yg penting kita happy.. (-_-")

    ReplyDelete
  6. awak,sabar banyak2 k. mmg terlalu bnyk perkara sensitif melibatkan perasaan berkaitan TTC. Anggap je ini semua ujian dari Allah swt

    ReplyDelete
  7. Sabar lah ye zana.. BE pun sama mcm zana.. kadang2 bila kite dh kawin lebih 6 bulan pun dh sibuk tanya ada baby ke tak.. Walaubagaimanapun, kite akan terus usaha utk dpt baby..kan kan..

    ReplyDelete
  8. betul2..sangat agree!klu org cmtu bertny mmg lps2 tu xnk dah jumpa die..bias..ade tu xtny direct tp kte boleh bace la dr cara die bercerita bagai..haishhhh~

    ReplyDelete
  9. sabar ey zana. kadang2 kita susah nak tutup mulut2 org tu. mungkin rezeki zana dan suami lebih part lain. rezeki anak tu insya-Allah ada :)

    ReplyDelete
  10. anis sokong 100% entry zana kali ini..sbb anis pernah mengalami situasi ini..tanya soalan tu kt kita semasa orang2 sedang sebok rewang, sudahnya yg lain2 fokus pandang kt kita..malunya..hanya ALLAH S.W.T saje yg fhm perasaan ini..semoga ada rezeki kita ye zana..insyaa ALLAH

    ReplyDelete
  11. isu ni mmg kat mana2 pun ada kan..sadis bila dpt soalan2 yg kita sendiri t'tanya2..faham =(

    ReplyDelete
  12. Itulah realiti orang Melayu..

    "Concern" tak kena tempat..
    Penyibuk..
    Tak faham tentang ketentuan Allah..

    Kalau tak kawin, sibuk tanya bila nak kawin..
    Kalau kawin awal, sibuk pulak mengata " gatal kawin awal"
    Pendek kata, serba salah semuanya..

    Bila dah kawin, takde anak, sibuk tanya bila nak ada anak..
    Bila anak dah sorang, sibuk pulak tanya bila nak tambah anak!

    Sabarlah..
    Mulut tempayan boleh la ditutup..
    Mulut manusia...faham faham la

    ReplyDelete
  13. Kadang2 org ni tak tau adab untuk bertanya.

    ReplyDelete
  14. Aslkm...
    ish..ish...ish....tak patut tak patut..
    sabar je la zana, kite pun selalu org tanya soalan2 sensitif cmni...kite senasib...

    ~(-___-)~

    ReplyDelete
  15. hm. x mampu nak cakap banyak. sebab saya pun belum kahwin. dan tak mustahil saya juga akan hadapi masalah seumpama ini. tapi perlu yakin bahawa rencana tuhan itu sangat cantik pada setiap umatnya. :)

    ReplyDelete
  16. sampai mcm tu sekali org nk amek tau psl kita..btl la tu zana,nk bertanya tu boleh tp jgn la sampai org sekeliling pun pasang telinga..sabar ye,itu je yg mampu kita bt..harap dgn entry mcm ni adalah kesedaran utk mana2 pihak..

    ReplyDelete
  17. sungguh tak aham.apa jawapan yg mereka mahu dari kita.cthnya bila nak ada anak.. jawapan ada kat kita ke.sama juga bila nak kawen, bila nak kaya.leh jawab ke?

    ReplyDelete
  18. sabar aje menghadapi karenah org2 mcm nih...

    ReplyDelete
  19. Mcm2 kan org ni kak.. Kna tahan telinga jer la.. Kdg2 dh ade anak ni pun kna tnya soklan cepu mas tu..aduhaiii :) be positif yer...

    ReplyDelete
  20. sbr je la kak.. mulut org memang tu.. takde ank tnya bila nak dpt ank, dah ada ank tnya plak bla nak tambah lg..tensen je bila org tnya cmtu..

    ReplyDelete
  21. mcm i dh malas nak layan. kdg2 i jawab kdg2 i senyum kdg2 i diam haha. bersabar ye u kita sama :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ