Monday, January 21, 2013

RAHSIA : Ringkasnya Hidup Lelaki

Nak share tentang isu "Ringkasnya Hidup Lelaki" daripada Majalah SOLUSI Isu No.51.. menarik gak isu ni.. kita boleh tau tentang perangai kaum lelaki ni.. banyak gak kebenarannya.. 

Contoh betapa ringkasnya lelaki:

~ Lelaki menggunakan bilik air sama ada di rumah, pejabat atau pasar raya dengan satu tujuan dan sangat pantas
*kalau perempuan gie tandas bukan semata-mata sebab nak "melepaskan hajat" tapi pebih banyak yg ke tandas untuk toch-up muka.. hehehe


~ Lelaki memandu terus ke destinasi tanpa berhenti kerana tidak suka membazir waktu. Jika tersesat, lelaki sanggup meredah ke mana-mana walaupun jauh daripada berhenti bertanya arah, kerana ia satu kelemahan
*memang x kan dia tanya orang kalau x tau jalan.. rela dia pusing berpuluh kali nak cari jalan daripada berhenti kereta.. org perempuan rileks jer boleh pergi tanya.. nak malu buat apa kan?? huhuuhu 


~ Lelaki lebih suka menyangkut baju di penyangkut baju daripada melipatnya kerana ia lebih mudah untuk dicari daripada menyelak baju yang dilipat dalam keadaan tersusun
*memang susah nak biarkan dia mencari baju sendiri if dah siap lipat.. habis semua lipatan nak dikiraikannya semata-mata nak cari sehelai baju.. hehehe


~ Lelaki suka menguasai remote control tv kerana memudahkan untuk mereka menukar rancangan bila tiba masa iklan. Menonton iklan adalah pembaziran masa bagi lelaki
*aku ni agak pantang orang suka tukar2 siaran tv.. sebab aku jadi confius nak tengok semua cerita.. pening!! tapi tu lah yg selalu berlaku kalau remote di tangan suami.. hihihihi


~ Lelaki akan makan apa-apa sahaja yang ada di hadapan matanya. Dia akan menghabiskannya sebaik mungkin walaupun kadang-kadang makanan tersebut tidak menepati cita rasanya
*part ni memang x dapat dinafikan.. kalau kita hidang makanan apapun, mesti dia makan jer.. x banyak cakap pun.. kalau kita makanan x sedap, membebel tak sudah tapi makanan tu tetap gak habis.. motif bebel x sedap tapi makan sampai licin?? hahahaha


~ Lelaki suka kondisi meja kerjanya tidak terlalu kemas atau teratur. Lelaki sukar untuk melakukan kerja di atas meja yang kemas dan tersusun
*yang ni memang selalulah dikaitkan lelaki dengan kekemasan.. tapi aku x mengalami masalah ni sebab encik adiey tu jenis suka mengemas.. hehehe..


Nota cinta: korang ada nak share pasal isu ni? ayah/suami/anak lelaki korang pun selalu lakukan perkara macam contoh kat atas tu ke? meh share cikit.. sharing is caring!!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

4 comments:

  1. betul3..semua tuh sama mcm husband kite..hahaha...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan semua.. nak tambah apa lagi erk?

    lelaki tak suka survey barang. tiba masa dia terus capai. tak macam perempuan yang berbulan survey. kalau boleh nak tggu sale sebb permpuan amat berbangga walaupun barang itu hanya diskaun 5%..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..