Monday, May 14, 2012

Hari Ibu - Doa, Impian & Harapan

Semalam merupakan sambutan Hari Ibu.. setiap hari adalah Hari Ibu.. jadi bukanlah bermakna Hari Ibu itu perlu disambut hanya sekali setahun..

Tatkala melihat ucapan demi ucapan Selamat Hari Ibu diterima di kalangan kawan2, jauh di sudut hati terasa pilu.. namun, segera dijauhkan perasaan pilu tu supaya hati x terus merintih sedih.. dengan adanya suami di sisi, perasaan pilu segera dibuang jauh.. aku yakin, pasti Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami suami isteri..

Untuk rakan blogger yang bergelar ibu,emak,mama,ummi,mummy atau apa sahaja gelarannya, Selamat Hari Ibu.. semoga kamu semua terus menjadi ibu yang terbaik & semoga Allah melindungi kamu semua..

Untuk rakan blogger yang masih menanti untuk bergelar ibu, semoga ada rezeki untuk kamu mempunyai zuriat sendiri.. semoga ucapan Selamat Hari Ibu itu akan kamu dengari dari mulut suami & anak2 kamu satu hari nanti.. insyaAllah..

Untuk diri sendiri, kuatkan semangat kamu Zana.. yakinlah bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu.. percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. janganlah bersedih kerana Allah sedang menguji kamu..



Nota Cinta: semoga ada rezeki untuk aku menyambut Hari Ibu untuk diri aku sendiri.. insyaAllah..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Insyaallah.Akak diakan semoga dilimpahkan rahmat dan dimurahkan rezeki.Pastinya Allah merancang sesuatu yg terbaik buat mu.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah zana, suatu hari nanti jadi ibu ye. bykan usaha, doa & tawakal. sesungguhnya hanya Dia yang tahu sesuatu yang terbaik buat hambanya =)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.. BE doakan zana dimurahkan rezeki.. Begitu juga BE..amin..

    ReplyDelete
  4. Khas utk zana,
    http://thebrighteye.blogspot.com/2012/05/buah-zuriat.html

    ReplyDelete
  5. insyaAllah...moga Allah permudahkan segala urusan Zana ye :)

    ReplyDelete
  6. InsyaALLAH Zana.. Ada hari tu nnti untuk kita.. Amin.. =)

    ReplyDelete
  7. insyallah...... zana baru je lagi kot..... kak mas kena menunggu 5 tahun baru dpt baby.... pelbagai usaha..... pelbagai soalan dari orang sekeliling..... yang penting sentiasa berusaha..... wat masa skrg nikmatilah suasana waktu masih berdua nihhhhhh... sok2 dah ade baby..... kena berbahagi kaseh lak...... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Insayallah klu ada rezeki tak kemana...Allah merancang yg terbaik buat zana dan suami....kuatkan semangat terus berusaha dan berdoa.. insayallah dgn izinnya zana akan dgr ucapan selamat hari ibu dr suami dan anak2 tersayang...

    ReplyDelete
  9. Insayallah klu ada rezeki tak kemana...Allah merancang yg terbaik buat zana dan suami....kuatkan semangat terus berusaha dan berdoa.. insayallah dgn izinnya zana akan dgr ucapan selamat hari ibu dr suami dan anak2 tersayang...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ