Tuesday, May 29, 2012

Jadual - Respect Pada Yang Bergelar Ibu


Sekarang ni makin rasa ketinggalan zaman la.. banyak rancangan kat TV yang aku x tengok.. x kisah la channel x berbayar atau yang berbayar..

Dah 2 minggu x tengok cerita super spontan, mentor 6, bunga2 syurga.. kalau cerita drama pukul 7 pun x pernah layan sekarang.. kalau orang cerita tentang drama terbaru semuanya aku macam blurrrrr... 

Balik rumah selalunya terus  sediakan makan malam.. encik adiey dah buat budaya makan sebelum pukul 7.. makan malam pun simple2 jer.. nasi just sekali dua jer.. yang lain, ikut selera encik adiey hari tu.. hihihi.. so bila sebelum pukul 7 nak makan, maka memang masa tu macam laju jer bergerak.. sampai rumah terus solat, bersilat kat dapur, mandi & makan.. tapi ada gak bagusnya, dah macam persediaan sebelum berpuasa kan..

Lepas Maghrib dah sibuk mengemas rumah pulak.. walaupun duduk berdua, rumah tu ada jer yang seleraknya.. habuk x payah cakap.. ada pembinaan depan rumah ni, so hari2 berhabuk jer.. tension gak... tu yang betul2 segan bila ada member yang datang mengejut ke rumah.. macam 2 minggu lepas, tau2 jer geng TTC nak tumpang solat kat rumah.. masa tu tebalkan jer muka bawak diaorang masuk rumah.. dah la sebelum jumpa diaorang x mengemas rumah.. pasrah jer la.. huhuhu..


Settle mengemas, membasuh & melipat baju dah pukul 9 lebih.. nak iron baju untuk esoknya pulak.. lepas tu baru solat Isya'.. lepas dah solat tu mata ni asyiklah mengantuk.. nak blogwalking pun x bermaya.. nak draf entry pun x berapa nak ada mood.. terus zzzzzzzzzzzz...

Sebab tu aku respect habis dengan orang yang ada anak terutamanya anak kecik.. dengan nak urus anak, urus suami & urus rumah, memang supermak betul kan.. tu belum masuk yang ada buat business sampingan.. lagilah sibuk kan.. tapi diaorang masih sempat lagi nak uruskan semua.. aku yang belum ada rezeki ada anak pun dah lintang pukang.. hihihi.. so tahniah pada semua para ibu yer sebab mampu uruskan lebih banyak perkara daripada saya yang belum ada anak ni.. hihihi

Nota Cinta: jadual korang sebagai waita bekerjaya macam mana pulak? ke aku sorang jer yang poyo lintang pukang padahal orang lain relaks jer.. over betul zana ni.. huhuhu..


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

7 comments:

  1. fadh yg bujang pown kadang xcukop mase..hik hik...

    ReplyDelete
  2. hihihi.. sama je zana.. rumah mmg lintang pukang sokmo, klu ada orang nak datang pun lintang pukang kami suami isteri kemas rumah, yg tak perlu campak bilik hujung haahahah... dua2 kerja kan..

    tapi, ada je yang boleh manage masa, rumah kemas je selalu, haaa yg tu mmg tabik laaa

    ReplyDelete
  3. Cantek umah kak zana.. btw, btol tu btol.. zwan mmg respect ngan my mom sbb dia keja pukoi 7 pg dah keluaq umah, then balik pulak pukoi 6pm.. lepas tu dia sempat lipat baju, basuh baju, sidai baju, sediakan makanan, kemas rumah.. mmg gila2 respect la.. zwan try buat macam tu tp x mampu.. huhu

    ReplyDelete
  4. Eh eh gambar kita ada la.. hiihih~ Rumah ida lagi sepah dari umah zana tauuu.... dengan kucingnya... Orang dah kemas, dia sepahkan balik.. Ishk....... Macam marah kan anak je.. hihihi

    ReplyDelete
  5. penat memang penat tp kemas tetap kene kemas..lelebih lg anak dare sorang tu suke sangat sepahkan umah skrg ni..pantang la sofa tu tersusun elok, mesti dicampak ke lantai.. tp org tak la sapu umah ari2, vakum umah ari2..cume seminggu sekali..tak larat kalo nak buat ari2..

    ReplyDelete
  6. same la kite. TB...TB dah x layan dah

    ReplyDelete
  7. jadi ibu, isteri n seorang kerja juga.. mmg kena super duperMAK.. bukan superMAK lagi dah.. klu tak tidur lewat mmg tak sah.. ada je benda nak buat. lagi2 anak pandai menyepah.. hahha

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ