Tuesday, May 29, 2012

Nasihat Dari Rakan Blogger - Pendam Rindu & Baju Pengubat Rindu


*Hari ke 5 melalui pengalaman yang membuatkan aku lebih menghargai kehadiran insan tersayang dalam hidup.. semoga kembalinya suami di sisi mengukuhkan lagi hubungan kami suami isteri..*


Masa weekend hari tu, x berapa terasa sangat berjauhan.. maybe sebab kat kampung.. dikelilingi keluarga, anak buah & saudara mara.. bila balik Putrajaya hari Ahad hari tu, mula terasa lain.. nasib baik anak buah sulung aku stay kat rumah aku sepanjang tempoh encik adiey x ada.. adalah jugak peneman tido kat sebelah.. hihihi.. dasar penakut punya mak cu ni, anak buah pulak lagi berani.. nyampah!

Setiap kali encik adiey call, rasa macam berdebar2 lak.. hihihi.. kelakar sungguh perasaan tu.. macam mula2 nak bercinta dulu.. jantung berdegup kencang setiap kali sang kekasih menelefon... oh, tiba2 terasa diri terlalu muda remaja.. huhuhu..

Setakat ni aku masih stabil.. *dah macam pesakit lak nak bagitau stabil ke atau kritikal.. poyo ok puan zana!*.. kesihatan masih baik, emosi pun tenang.. encik adiey pun bagitau dia sihat.. beberapa jemaah lain dah mula demam.. harap encik adiey dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang dia kat sana.. insyaAllah..

Klau ikut nasihat seorang kakak blogger yang agak rapat dengan aku, Kak Ann, dia nasihatkan aku supaya x rindu lebih2 kat encik adiey..  takut terganggu ibadah dia kat sana.. 

So nak pendam rindu tu, aku cuba elak dari terlalu fikirkan dia.. memanglah sentiasa ingat, tapi ingat biasa2 jer.. x nak lah ingat sampai menangis2.. lagipun nampak benor over kalau asyik menangis.. macamlah aku sorang jer yang berjauhan dengan suami kan?? aku pun x sms dia melainkan dia sms aku.. setiap kali dia telefon, aku buat suara ceria sebab x nak bagi dia risau.. berkesan gak cara tu.. dia happy, aku pun happy..   

Bila kat rumah asyik la pakai baju yang ada bau encik adiey.. sebelum dia pergi hari tu, 5 hari dia tido pakai baju yang sama.. hahahaha.. *dapat bayangkan x betapa baju tu melekat kuat dengan bau encik suami.. hihihi...* tu semua sebab petua orang lama2 lah.. bagitau supaya tinggalkan baju yang ada bau orang yang berjauhan dengan kita sebagai pengubat rindu.. member aku & merangkap seorang blogger jugak, Cik Pidah Laser pun bising2 suruh aku amalkan petua ni.. hihihi.. 

Eh, tapi memang best aku tido dengan baju tu tau.. terasa dekat jer dengan encik adiey.. *tapi rasanya masuk seminggu baju tu dah bau aku pulak, hilang bau encik adiey.. hahahaha.. over betul puan zana ni tau!!*


Nota Cinta: 

- sorry kalau asyik cerita tentang encik adiey.. harap x adalah yang menyampah asyik aku dok ulang cerita ni jer.. nanti aku selang selikan dengan cerita lain k.. 

- nak transfer gambar asyik lupa jer.. so kalau ada cerita bergambar, adalah.. kalau x ada, baca jer lah karangan budak booolat ni yer..




Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. kan betul sue cakap bila dia call rasa cam baru bercinta balik kan. berdebar dia lain macam.. tunggu ntn dia balik lagi laa perasaan tue mmebuak2 hhehehehhe

    ReplyDelete
  2. zana..u kan kuat..! skng ni dh kurang ckit kan rasa rindu tu.. nnt blk, peluk en. adiey ketat2 k..klo boleh..amek cuti 2,3hari.. hehehe


    **petua gak ke camni..?

    ReplyDelete
  3. hehe.. smoga bahagia terus mnjadi milik kamu selamanya..
    mmg..adakalanya perpisahan y sekejapakn mbuatkn kt sdr ttg sesuatu.

    ReplyDelete
  4. sabar ok zana...terus ceria..insyallah....rindu semestinya kan...

    ReplyDelete
  5. inikan blog zana.. org suka atau tidak terpulang.. yg penting kita cerita tentang apa yg kita rasa dan cerita tntng diri sendiri dan keluarga.. bkn cerita psl org lain. takut2 nnt jd fitnah pulakkan?

    ReplyDelete
  6. biasa lah biler berjauhan ngan somi terchenta gituew la
    x per rindu jugak but doakan di permudahkan segala ibadatnyer d sana nnt

    ReplyDelete
  7. dear, since saya and hubby PJJ, every week hubby mmg tggl kan baju/kain pelikat tau. It really works utk redakan rasa rindu tu.;)

    ReplyDelete
  8. betul..bau asben boleh menenangkan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      dear zana.. BE tak rs bosan pun klau zana asyik cerita psl hubby zana.. even BE sendiri pun akan buat mcm tu bila kite rs rindu sgt dgn hubby...May Allah will give u strength during your hubby is not around..

      Delete
  9. Ok jer Zana citer pasal hubby Zana... :)
    msti la kita nak meluahkan kat cni kan..rase rindu yang membara tu....heeeee

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ