Showing posts with label Kehidupan Seorang Blogger. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Seorang Blogger. Show all posts

Saturday, May 23, 2015

Misi Seorang Blogger



Banyaknya cerita percutian yang tak sempat tulis dalam ni.. Tapi dah janji dengan diri sendiri yang kena jugak update cerita cuti2 dekat Krabi sebab ramai sangat yang bertanya bila nak update.. Percutian dengan mak abah dan anak sedara ke Langkawi pun kena update cepat.. Percutian dekat Raub, Pahang pun tak buat lagi.. Baru2 ni pergi bercuti kat Port Dickson dengan adik beradik pun nak kena siapkan entry jugak.. Dateline utk 4 entry percutian ni selesai sebelum raya ni.. fuuuhhhhhh *lap peluh..

So weekend ni draf beberapa entry yang boleh publish minggu depan.. Kalau dulu boleh jer update sehari 2 kali, kenapa sekarang susah kan.. Kena cabar diri utk lebih konsisten.. Sebenarnya nak konsisten tu yang payah.. 

Ada jugak yang request suruh update tips2 perkahwinan.. Katanya selalu sangat nampak mesra dengan Encik Adiey.. Ambooiiiiii.. Kita pun baru kahwin dik oiii, x sesuai nak bagi banyak2 tips perkahwinan.. Tapi boleh la selit2 nanti.. Mana yang boleh kongsi kita kongsi, mana yang peribadi sangat kita simpan sendiri.. hihihi..

Hope semangat blogging ni x pernah pudar.. sayang sangat dekat blog ni.. Terlalu banyak kenangan manis dengan blog ni.. Chaiyok2 Zana..

Selamat berhujung minggu semua..

Wednesday, December 31, 2014

2014 Kenangan, 2015 Harapan

Entry terakhir di tahun 2014.. hampir dua bulan tak mencoret apa2 cerita di blog kesayangan.. rindu nak menulis.. tapi ada beberapa sebab yang menghalang aku mencoretkan cerita2 menarik sepanjang 2 bulan ni.. tapi, InsyaAllah tahun 2015 akan bermula kembali aktif untuk menulis.. semoga semangat rajin update pun berkobar2 la setiap hari.. :)

Tahun 2014 ni masih banyak impian yang belum tertunai.. masih banyak misi yang belum sempurna dibuat sepenuhnya.. masih banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.. masih banyak kekurangan dalam menjadi seorang hamba-Nya di muka bumi ini..

Kenangan manis sepanjang sepanjang tahun 2014?

"Setiap hari adalah kenangan manis"

 Terlalu banyak kenangan indah sepanjang tahun 2014.. kalau nak dicoretkan, sehingga esok pun belum tentu habis kan.. Apa yang pasti, setiap kenangan tu ada yang sempat dokongsi dalam blog kesayangan ni.. ada juga yang menjadi rahsia dalam diri.. dan ada juga yang tak sempat nak dicoretkan di blog kesayangan ni.. Tapi kenangan paling terkesan adalah bila dapat "full sponsor" daripada Shaklee untuk bawak mak abah bercuti ke Pulau Pinang pada bulan Mei 2014.. lain sungguh perasaannya bila dapat bawak mak abah bercuti bersama.. walaupun sekadar ke Pulau Pinang, tapi perasaan gembira tu tak terucap dengan kata2.. melihat senyuman mereka bila dibawa bercuti, merupakan kenangan yang sukar untuk dilupakan.. :)

Perniagaan Shaklee sepanjang tahun 2014?

Alhamdulillah.. setiap bulan jualan diri sendiri dan kumpulan semakin meningkat.. bulan April, aku berjaya juga dapatkan Car Bonus daripada Shaklee.. bila dapat Car Bonus ni, memang sangat2 membantu aku untuk lebih bersemangat bantu team Miracle untuk dapat Car Bonus tu jugak.. sebab nilainya memang berbaloi! InsyaAllah juga, tahun 2015 akan lebih ramai leader yang aku akan lahirkan dalam team Miracle aku.. semoga dipermudahkan hendaknya.. 

Azam tahun 2015?

"Ingin menjadi lebih baik setiap hari"

Bukan tak ada azam yang spesifik.. banyak.. sangat banyak sebenarnya.. banyak azam, impian dan hajat yang diharapkan.. tapi rasanya, biarlah ianya menjadi rahsia peribadi diri sendiri.. cuma, aku berharap sangat setiap hari di tahun 2015 nanti akan ada perubahan positif yang aku tambah setiap hari dalam kehidupan seharian.. insyaAllah..

Tahun baru, umur baru dan menandakan bahawa kita semakin dekat menemui pencipta Yang Maha Esa.. semoga Allah sentiasa mendekatkan hati kita kepada-Nya dan menjadikan kita hamba-Nya yang taat setiap masa.. 

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015.........
Photobucket

Friday, October 3, 2014

Tips Ringkas Persiapan Bercuti/Melancong

Sebenarnya kalau cakap pasal travel ni rasanya semua orang pun suka kalau dapat berjalan2 dengan orang yg tersayang kan.. macam aku sendiri memang suka lah berjalan2 ni.. walaupun banyak tempat belum pernah pergi, tapi suka baca blog2 orang yang suka travel ni.. boleh berangan sampai kat tempat tu bila baca entry blogger yang pergi bercuti kat blog.. hehehe.. so kali ni nak kongsi tentang 11 tips ringkas persiapan sebelum pergi bercuti atau melancong.. 



Kadang tu balik bercuti semangat nak update cerita kat blog.. tapi kadang sebab gambar tak transfer, masa terhad dan macam2 alasan tak sempat nak upload.. macam dekat blog ni, cerita masa aku pergi bercuti dekat Singpaore rasanya tak update lagi.. tak pasti nak update ke tak sebab dah lama giler pergi tu.. setahun yang lepas.. hahaha.. setahun tak berupdate.. cerita pergi bercuti ke Melaka hujung tahun lepas pun tak berupdate jugak.. cerita pergi family day dekat Terengganu awal tahun hari tu pun tak berupdate.. so ada 3 cerita travel yang aku tak update kat blog ni.. maybe kalau terlebih rajin nanti aku update la.. kalau x update jugak, buat alasan pergi bercuti lagi sekali ke tempat tu baru update.. hahaha.. melampau sangat tau! my bad!

Ok, now just nak share beberapa tips ringkas persiapan bercuti yang maybe perlu diberi perhatian sebelum nak pergi bercuti..



1) survey - kena rajin survey blog atau website untuk dapatkan info2 terkini.. boleh dapat gambaran awal tentang tempat yang kita nak pergi tu..

2) tiket - kalau ada yang kena beli tiket masa tengah bercuti tu, better ambik tau sama ada boleh beli tiket tu awal atau kena beli pada tarikh kita bercuti tu.. kalau nak beli tiket pengangkutan, kena ambik tau tentang harga promosi untuk dapat lebih penjimatan.. kalau beli ticket flight, pastikan tiket di bawa bersama sebelum ke lapangan terbang dan siap2 buat check in sebelum waktu penerbangan.

3) tarikh percutian - kena rancang awal nak pergi bercuti bila.. kalau tak suka sesak, boleh pergi waktu biasa dan bukan cuti sekolah.. kalau nak pergi kawasan laut, elakkan hujung tahun sebab musim hujan dan musim tengkujuh.. kalau nak bercuti ke negara 4 musim, boleh la pilih ikut musim apa yang kita nak pergi.. 




4) kos - kena sediakan kos perbelanjaan tu terlebih awal.. if dah tau nak bercuti jer, cuba asingkan duit untuk pergi bercuti tu siap2.. anggaran kos ni kita boleh tau lepas kita survey2 (tips nombor 1) tadi.. jangan lupa sediakan duit kecemasan dalam pengiraan kos percutian.. duit ni untuk pastikan kita ada duit lebih sekiranya berlaku apa2 kecemasan.. kos ni termasuk makan minum, penginapan, pengangkutan, tiket masuk tempat menarik, cenderahati dan sebagainya..

5) keperluan semasa bercuti - kalau rasa perlu beli baju atau keperluan baru untuk bercuti, boleh beli awal sebenarnya.. boleh beli sikit2 untuk elak rasa terbeban.. 

6) konsep backpacker - backpacker lebih jmat sebenarnya.. rancang percutian sendiri tanpa melalui agen pelancongan.. yang ni mungkin sesuai untuk dalam Malaysia dan negara Asia.. tapi sekarang ni rasanya dah ramai yang mula melancong ke Eropah dengan konsep backpacker.. cuma kena rajin buat survey la sebab nak pastikan dapat info secukupnya dulu..




7) packing - disarankan packing barang bercuti lebih awal.. elakkan esok nak pergi bercuti hari ni baru packing.. sebab kita takut ada keperluan yang tak cukup nanti.. kalau rasa tak nak bawak baju yang banyak, boleh asingkan siap2 perbelanjaan untuk beli baju di tempat bercuti jer nanti.. 

8) passport - yang ke luar negara pastikan semak passport korang dulu.. tengok tarikh tamat passport tu.. kalau rasa perlu renew sila renew siap2 beberapa mingu sebelum pergi bercuti..

9) pengangkutan - ambik tau jugak tentang pengangkutan tempat bercuti.. kalau naik flight, boleh survey siap2 tentang kereta sewa atau pengangkutan awam.. kalau drive sendiri, ambik tau tentang kos minyak dan tol semasa nak pergi bercuti.. pastikan jugak kereta dah siap service ye..




10) itinerary - paling penting rasanya ni.. dah siap semua persiapan, kenalah buat itinerary.. rancang siap2 nak pergi mana.. contohnya nak pergi bercuti 4 hari 3 malam.. so dah tau hari pertama pergi mana, hari kedua pergi mana, hari ketiga nak berjalan ke mana dan tau hari terakhir tu nak pergi mana.. selalunya hari terakhir untuk sesi shopping.. tetapkan masa sekali so senang korang nak pastikan dapat pergi semua tempat menarik kat situ.. yang ni better buat seminggu sebelum pergi bercuti.. lepas dah buat itinerary ni senang la korang nak survey2 info2 menarik kat tempat tu..

11) relaks! - tips untuk bercuti yang penting jugak sebenarnya ni, relaks! nak pergi bercuti tak boleh stress.. so kalau yang bekerja tu, pastikan semua kerja disiapkan sebelum bercuti so nanti sehari sebelum bercuti dan relaks sikit.. jangan buat persiapan bercuti dengan rasa stress.. nanti jadi tak happy.. dan relaks dalam buat perancangan semasa bercuti.



Kalau ada yang nak baca kisah aku pergi bercuti ke beberapa tempat ni, jemputlah baca link kat bawah ni.. percutian biasa-biasa tapi pengalamannya memang luar biasa! jauh perjalanan luas pemandangan kan?

" ENTRY CUTI-CUTI ADIEYZA "

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Photobucket

Tuesday, September 30, 2014

Blog, Blogger, Blogspot dan Blogging

Kalau bercakap tentang blog yang jadi kesukaan ni memang banyak.. sebab memang ramai blogger yang aku follow sejak awal2 jadi blogger masih aku follow sampai sekarang.. 



Sebenarnya kalau nak ikutkan aku lebih suka follow blog yang suka gunakan bahasa yang santai dan tak terlalu formal.. dan yang pasti kena ada banyak gambar! seronok baca blog yang ada gambar menarik daripada baca blog yang tulisan semata-mata.. lagipun melalui gambar tu kita akan lebih menghayati jalan cerita blogger tu..

Kalau nak tau blog yang mana yang aku suka baca, boleh search jer kat tepi belah kanan blog ni.. kat situ aku kumpulkan senarai blog yang boleh dikatakan kerap aku baca.. ada yang kerap dan ada yang wajib dibaca.. hehehe.. 


Blog blogger kawan2 TTC memang selalu aku follow.. sebab daripada diaorang aku dapat semangat.. kadang bila down, baca perkongsian kawan2 TTC ni memang boleh jadi bersemangat balik.. bila baca kisah diaorang buat rawatan dan share tips2 untuk kesuburan memang selalu jugak cuba.. jadikan panduan lebih2 lagi kalau yang dah berjaya pregnant tu.. 



Blog yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku tengok kebanyakan daripada blogger terkenal la kan.. daripada blog diaorang ni sebenarnya kita boleh belajar tentang topik yang boleh kita cerita dekat blog.. gaya penceritaan blogger2 yang dah lama dan selalu join event dengan Nuffnang ni boleh jadi panduan untuk blogger yang masih baru ni.. 



Blog para isteri memang wajib terjah la kan.. kata dah kahwin so memang blog para isteri ni boleh jadi panduan dalam kita nak uruskan keluarga.. ada share tentang tips belanjawan keluarga, tips memasak, petua2 kesihatan, tipas mengemas rumah dan macam2 lagilah.. 

TIPS MENCARI BLOG YANG BEST

Blogwalking adalah salah satu cara kita nak banyakkan lagi blog yang kita baca.. sebab kadang tu kalau kita rajin blogwalking, mesti ada terjumpa blog2 yang best untuk dibaca.. selalunya blog yang orang suka baca ni mesti ada gambar yang cantik, bahasa yang ringkas dan layout blog yang menarik!

Lagi 1 cara adalah dengan rajin join contest yang dibuat oleh para blogger.. sebab melalui contest sebenarnya kita akan dapat baca lebih banyak blog blogger lain.. melalui contest jugak kita dapat tau tentang lebih banyak aktiviti yang blogger lain anjurkan..

Kalau nak cari lebih banyak blog yang best, boleh jugak try masuk dalam group FB para blogger ni.. contoh boleh search dan join "Kelab Blogger", "Sahabat Blogger", "Blogger Crew" dan banyak lagi.. dari situ dapat baca lebih banyak blog yang best!

Selamat menambah rakan blog!

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Photobucket

Thursday, September 18, 2014

Tips Mencari Resepi Cempedak Goreng Rangup!

Blog ni memang tak banyak entry resepi.. Tapi entry jalan-jalan cari makan (JJCM) banyak jugaklah..  Maklumlah tuan blog bukanlah teror sangat nak memasak ni.. Masa mula2 kahwin tu memang banyak google jer bila blur nak masak apa.. Lebih2 lagi kalau bulan puasa, memang google tu jadi teman setia nak cari resepi.. Hehehehe.. nasib baiklah masa nak masak cempedak goreng rangup aku tak google resepi kalau tak memang kena bahan la sampai ke tua.. hehehe



Cempedak goreng kesukaan kami sekeluarga!


RESEPI GOOGLE

Cakap pasal resepi ni sebenarnya kita boleh cari dekat google atau tanya dengan mereka yang teror dan selalu masak ni.. Kalau dekat google tu, cari resepi yang mudah nak dapat barangnya.. Yang penting ramuan utama ada.. Contoh kalau nak masak Ikan Siakap Stim Lemon tapi lemon tak ada, boleh ganti dengan limau kasturi atau asam boi.. Kena cari alternatif dan pelbagaikan resepi ikut selera kita..

3 SUMBER, 3 RASA

Kadang tu kalau search resepi kita cuba search lebih daripada 3 sumber berbeza.. Contohnya cari 3 orang blogger yang ada share resepi yang masakan yang sama.. Daripada situ kita boleh agak mana bahan yang penting dan mana bahan yang sampingan sahaja.. Bila ada sumber berbeza, kita akan dapat lebih banyak ilmu tentang resepi tu.. Macam aku nak buat sotong celup tepung dulu pun kemain banyak sumber aku rujuk.. Padahal sotong celup tepung jer tapi sebab nak dapatkan sotong celup tepung yang memuaskan hati kenalah study jugak kan..

MASTERCHEF 

Kalau yang baru nak belajar memasak tu kalau boleh jangan la terus cari resepi daripada chef terkenal.. Boleh pengsan nak ikutnya.. Sebab kalau dah chef tu mestilah bahan2 yang digunakan agak banyak dan kadang tu kita tak pernah tau pun tentang bahan tu.. So nak senang, cari blogger2 yang baru berkahwin atau blogger yang rajin memasak ke kan.. Sama2 belajar.. Macam aku buat puding roti guna pemanggang ajaib tu dulu pun aku ambik info daripada blogger yang baru kahwin.. 

TRY & ERROR ALA-ALA TUNJUK TEROR

Masak ni kena try dan error jugak.. Kadang bahan semua ada tapi teknik pulak salah.. Patutnya bakar tapi kita kukus pulak ke.. Kadang tu teknik dah betul tapi masa pulak salah.. Patutnya bakar 10minit tapi kita bakar 30minit sampai hangus rentung.. Kadang time dah ok tapi sukatan pulak salah.. Macam2 faktor jugaklah kena ambik kira.. Kalau sekali buat tak berjaya tu normal.. Jangan tak jadi terus give up jer.. macam mula2 aku buat cheesekut, tak berapa nak umph rasanya.. kali kedua try tukar susu segar fresh kepada susu segar stoberi jadi sangatlah yummy!!! try & error la namanya tu.. 

TIPS MASAK DENGAN HATI DAN ZIKIR

Tips masak yang aku suka kongsi adalah ikhlas hati dan zikir.. Masak dengan niat seikhlas hati nak bagi orang yang makan tu rasa sedap & kenyang walaupun menu tu simple.. Mulakan memasak dengan Bismillah dan zikir sambil memasak supaya rezeki makanan tu lebih berkat..


RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP!

Cempedak goreng! Siapa yang tak tau resepi cempedak goreng??? Semua orang tau kot.. Hahahaha.. Tapi sebab aku nampak gambar cempedak goreng dalam handphone ni jadi marilah buat resepi cempedak goreng.. 

Cempedak
Tepung gandum
Minyak
Garam
Air masak putih 

Bancuh tepung gandum dengan air masak putih.. Letak secubit garam ke dalam adunan.. Tips untuk adunan tadi adalah jangan terlalu pekat dan jangan cair.. Kalau terlalu pekat bancuhan tu nanti akan jadi terlalu tebal tepung tu.. Kalau terlalu cair nanti tepung tu tak melekat sepenuhnya dengan cempedak..  Pastikan adunan bancuhan tepung tadi tak berketul2 yer.. Bancuh sehingga adunan tepung sebati.. 

Tips lagi, kalau nak tepung tu rangup dan tak melekat antara 1 sama lain, letakkan sedikit minyak masak ke dalam adunan bancuhan tadi.. Gerenti cempedak goreng korang akan rangup! Yummy2!

Gaul cempedak ke dalam adunan bancuhan tadi.. Ada orang suka letak kunyit tapi mak kata tak perlu nak letak kunyit sebab warna asli oren merah cempedak tu dah boleh jadikan cempedak goreng tu akan kekuningan.. Panaskan minyak masak dan goreng! Goreng sampai kekuningan, jangan sampai hangus lak.. Dah siap!

So tu jer serba sedikit tips yang boleh dikongsi tentang resepi masakan.. Tips yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru berkahwin rasanya sebab yang dah lama kahwin mesti dah sedia teror.. Hihihihi..

Selamat mencari resepi dan selamat memasak..

With love,
~ Zana Adieyza ~


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING

Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 


Photobucket

Wednesday, September 17, 2014

Cabaran 30 Hari Blogging

Dah lama tak mencoret cerita2 terbaru di blog kesayangan.. So sebagai usaha nak pastikan semangat berblogging tu kembali semula, sahut cabaran "30 Hari Blogging"..


InsyaAllah akan cuba marathon update entry sebab sepatutnya 17 September ni dah hari kedua cabaran ni bermula.. So kena update laju ckit la sebab dah tertinggal 2 hari kan..

InsyaAllah mulai esok akan publish 2 entry terus.. hari Jumaat publish 2 entry lagi.. So dapat la kejar cabaran ni..

Banyak topik menarik dalam cabaran ni.. So harap2 bila topik menarik, semangat nak update blog pun naik semula la yer.. Hihihihi..

Siapa yang nak join, masih sempat lagi ni.. Buat macam Zana pun ok, sehari keluar 2 entry terus untuk make sure sama tarikh sebenar cabaran ni..

So stay tuned untuk entry2 baru bagi merealisasikan "Cabaran 30 Hari Blogging" ni..

Zana Adieyza
https://www.facebook.com/zana.adieyza