Saturday, October 18, 2014

Kisah Cikgu Bahasa Melayu

Kalau cakap pasal cikgu zaman sekolah ni susah gak nak recall balik.. 11 tahun lepas habis SPM so dah tak berapa nak ingat semua nama cikgu.. hahaha..


Masa sekolah menengah, semua cikgu Bahasa Melayu aku suka.. sebab daripada diaoranglah aku jadi berani! kalau tak sebab cikgu Bahasa Melayu yang banyak ajar aku untuk berani "bersuara", rasanya tak banyak pengalaman aku masa sekoalh dulu..

Masuk sekolah menengah aku memang aktif masuk pertandingan yang memerlukan aku "bercakap".. 

Debat, pidato, forum, syarahan dan paling aku teror dan rasanya paling membuatkan aku agak dikenali kat sekolah adalah sebab berbalas pantun!

Aku masuk pertandingan berbalas pantun sampai peringkat negeri 3 tahun berturut-turut.. kalau bukan sebab cikgu Bahasa Melayu yang beria-ia suruh aku ni berani cakap depan orang ramai, memang agaknya sampai sekarang aku ni gugup terlebih bila cakap depan orang.. hahahha..

Sebenarnya dulu berangan gak nak jadi cikgu.. tapi berangan jer lah.. bila dah habis SPM minat tu terus tak ada.. hilang ntah ke mana.. hahaha.. agaknya kalau jadi cikgu, mesti susah nak bezakan mana 1 cikgu dan anak murid kan.. sebabnya cikgu dan anak murid sama "tinggi" dan silap2 anak murid lagi "tinggi" daripada cikgu.. hahahah..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

No comments:

Post a Comment

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ