Thursday, October 16, 2014

Kisah Gadget - Keperluan vs Kemahuan

Kalau cakap pasal gadget ni rasanya perkara pertama terlintas kat fikiran kita mesti smartphone kan? majoriti dah ada smartphone sekarang.. kadang tu budak sekolah sekarang pun pakai handphone lagi canggih daripada yang dah bekerja.. warga emas sekarang pun tak nak ketinggalan ada smartphone, buktinya abah aku.. hehehe..


Gadget yang setiap hari aku pakai dah tentunya Samsung Galaxy Note II yang aku beli setahun 10 bulan yang lalu.. sampi dah nak keluar Samsung Galaxy Note IV la beberapa hari lagi.. lama gak tahan handphone tu even dah banyak kali terpelanting.. hahahha.. 



Laptop Sony Vaio warna putih yang aku ada sekarang pun dah masuk 4 tahun pakai.. setakat ni masih ok.. format pun baru sekali rasanya.. hang tu pernah jugaklah, tapi lepas hantar repair ok jer.. minor repair jer kiranya.. laptop ni aku dan Encik Adiey share duit beli sempena 10 tahun percintaan kitaorang.. cewah!!! 



DSLR Canon hadiah birthday tahun lepas aku jarang guna dan tak berapa pandai guna.. hahahaha.. pakai masa gie holiday, raya atau ada jamuan jer.. kalau setakat jalan dekat2 memang tak bawak sebab berat.. ntah bila nak teror pakai semua function dalam tu pun aku tak tau.. hehehe..



iPod Touch hadiah birthday tahun ni aku makin suka pakai.. update blog guna tu best ooooo.. even skrin kecik tapi memang puas hati part melayari internet.. banyak lagi tak explore iPod tu.. tapi yang pasti aku memang suka layan internet kat iPod berbanding Samsung Note II.. :)


Kalau nak ikut trend gadget ni memang semputtttt.. kejap2 keluar yang baru kan.. tapi sebelum beli kena fikir keperluan dan budget jugak.. jangan sebab nak ikutkan trend sampai berhutang sana sini pulak.. so, keperluan gadget ni kita sama2 berpada2 yer..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget

Photobucket

7 comments:

  1. Betul la Zana.. Gadget ni cepat sangat keluar yang baru.. kalau nak kejar yang paling latest, maunya tiap-tiap bulan kena tukar gadget kan? :)

    ReplyDelete
  2. samalah kak.. kita pakai note 11 :) yg penting colour utk akak yer..heee

    ReplyDelete
  3. betul tu..bab nak keja gajet mmg tak tekejar....lieya sendir pakai iphone4s ni dah 4 tahun...konon nak tukar iphone6 tapi tgk spec mcm lagi best samsung note4 yg bakal keluar nie..... dah aim pink kaler nie heeheeheheheh

    ReplyDelete
  4. best eh pakai ipod?ke iphone lg best..hehe

    ReplyDelete
  5. pls pls ipod come to mama.. kita pun nk update blog kat situuu jugakk wiwiiiii ~

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..