Family gathering kat Port Dickson ni last minute punya planning.. walaupun last minute, tetap meriah.. sempat berkumpul dengan mak, abah & 3 orang adik beradik untuk family gathering kali ni.. 8 orang anak buah yg sememangnya excited nak mandi laut buatkan keadaan bertambah riuh rendah.. kalau dapat kumpul 12 orang anak buah, mesti bertambah heboh..
Sampai Port Dickson petang sabtu.. petang tu just sempat berjalan kejap jer kat pantai Teluk Kemang.. kitaorang sewa homestay jer untuk bermalam, sebab kebanyakan hotel dah fully booked.. kalau ada pun, dah tentu mahal.. homestay ni pun best.. harga pun sangat berpatutan..
Pagi Ahad aktiviti yg ditunggu.. mandi laut!!! dah lama sungguh aku x mandi laut.. beria2 nak mandi laut.. tapi sampai laut, mood nak mandi laut terus ke laut.. tetiba macam xnak mandi la pulak.. ngada betul perasaan aku masa tu.. mood nak bergambar jer lebih..
Encik suami sibuk melayan karenah anak buah.. lagipun budak2 tu memang suka lebih kat encik suami.. katanya "pak su baik, mak su garang".. huhuhuhu.. macam mana aku x garang, korang suka buat nakal..
Aku pulak sibuk buat aktiviti dengan anak buah aku yg sulung.. aktiviti bergambar di tengah laut!! hahahaha.. ni semua sebab anak buah aku la.. dia memang suka bergambar, so aku pun layan jer la.. lagipun dah lama mood nak bergambar tu hilang.. ntah pergi mana pun aku x tau.. maybe sebab rasa badan ni makin berisi so malu nak ambik gambar.. hahahaha..
Tiap kali cuti sekolah bolehlah buat family gathering lg.. best kan tp klu cuti skolah kena booking awal2 tempat penginapan sbb mane2 tempat pon selalu je penuh..
ReplyDeleteseronoknyaaa dpt pi bercuti dgn family sekali.....
ReplyDeletemood berubah2??
ReplyDeletey???
ada 'isi' ka, cik puan? :)
best nyee..tak penah pon pgi pntai tuu..heee
ReplyDelete