Friday, May 27, 2011

TiPs CinTa SuaMi IsTeRi



Cinta!!! bila dilamun cinta, semuanya indah belaka.. segalanya dirasakan bahagia.. hati mula berbunga2 gembira.. senyum pun boleh sampai ke telinga..

Tips Cinta Suami Isteri:

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


13 comments:

  1. Bagus kongsi tips macam ni..

    ReplyDelete
  2. aku baru tau adiey tu nama laki hang. hahaha
    igt nama ko...

    ReplyDelete
  3. yeahhh tips yang amat2 bagus untuk di amalkan pasangan suami isteri kan hehehe

    ReplyDelete
  4. betul zana..
    lagi satu jangan selalu sangat merajuk..hehehe..takut lama2 husband jadik bosan pulak..kan..

    ReplyDelete
  5. hai salam kenal....
    tips yang sangat berguna....

    ReplyDelete
  6. nadia belum kawen tp boleh simpan tips neh utk mase depan......so sweet dear...thank you so much

    ReplyDelete
  7. wah akk da kawin rupenye...
    best nye....hihi:)

    ReplyDelete
  8. ala....yg no. 9 tu susahnya nak buat sbb hubby suka layan bola, akak lak tak minat...mmg tak kuasa la nak teman kan dia tgk bola...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Hey - I am certainly glad to find this. great job!

    ReplyDelete
  10. er... er..

    lari...

    p/s: takpe2, bagus untuk future . hehe XD

    ReplyDelete
  11. rasa hati berbunga2 lepas baca entry ini

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..