Thursday, August 30, 2012

Kisah Syawal Pertama 2012

Tahun ni giliran pagi raya adalah di rumah encik adiey.. walaupun jarak rumah mak sendiri dan rumah mertua hanya 5km, tapi tetap jugak terasa sayu bila x dapat bersalaman dengan mak abah di pagi raya.. hihihi..

Keluarga mertua agak kurang "gila kamera".. jauh beza dengan keluarga aku yang pantang nampak kamera.. semuanya suka bergambar.. daripada abah sampailah anak buah aku, semua suka posing depan kamera!


Gambar dengan keluarga mertua yang ada ni pun x lengkap.. ada yang x masuk dalam gambar ni.. ni pun susah nak kumpulkan siapa yang ada.. tu yang aku kata keluarga mertua bukan gila kamera.. hihihi.. 


Tema aku dengan encik adiey tahun ni adalah HITAM! ye, hitam itu menawan (ayat nak sedapkan hati).. dah la aku ni gelap, pakai lak baju warna hitam.. 


Redha jer la.. dah tu pilihan warna encik adiey kan.. tapi nak gak aku masukkan unsur warna pink dalam tema hitam tu.. hihihi.. kalau xde pink tu agaknya korang x nampak muka aku.. hihihi



Tahun depan turn raya rumah aku, biar aku yang pilih warna.. dan warna tema tahun depan dah pun ditetapkan oleh aku.. giler pantas kan?? raya tahun ni belum habis, dah fikir raya tahun depan.. *melampau kau ni zana!

Lepas bergambar dan sesi salam2, terus makan.. yang makan kat dapur semua geng perempuan.. sebabnya geng lelaki makan dengan tetamu.. rumah mertua aku ni memang awal2 pagi dah penuh tetamu.. balik dari sembahyang raya pun dah mula sesak dengan tetamu.. kebanyakannya adalah anak murid ayah mertua.. dan tahun ni pulak ramai budak2 datang beraya sebab adik ipar perempuan aku dah jadi cikgu.. comel jer bila masing2 datang beraya dengan bagitau "kami nak beraya rumah ustazah kami ni.. boleh x?'...  

Pukul 12 baru dapat keluar beraya.. ni pun beraya sambil menjemput orang datang kenduri kahwin adik ipar aku (entry kahwin menyusul kemudian).. dapat la pergi beberapa buah rumah termasuk rumah mak abah aku.. 


Masa keluarga mertua datang beraya rumah mak abah ni lah aku ambik kesempatan nak bersalaman dengan mak abah.. 



Feel bersalaman di petang raya adalah berbeza dengan feel bersalaman di pagi raya.. huhuhu.. kalau pagi raya tu rasa macam lebih syahdu! *nampak x betapa gila kameranya keluarga saya?? tengah bersalam pun muka nak pandang kamera.. hihihi


Masa tu hanya Kak Long aku jer yang ada kat rumah.. tu pun sebab dia tengah dalam pantang.. jadi x pergi beraya dan duduk rumah jer.. seronok jer rasa bila tengok baby Kak Long.. comey!


Balik dari beraya dah dekat pukul 5 petang.. x sempat nak rehat dah ada tetamu.. malam raya pertama tu aku tido awal giler.. pukul 10 aku dah tido.. tapi tersedar pukul 10.30 sebab encik adiey ajak beraya.. katanya, kawan dia beria2 call ajak datang rumah.. eh,  dah malam2 nak suruh orang beraya lagi ke?? aku terus geleng kepala, x larat! last2 dia gie beraya berdua dengan adik ipar aku.. biras aku pun x follow sebab dia pun penat sangat.. 


Kiranya, hari raya pertama aku tahun ni adalah seperti tahun2 sebelumnya.. nama jer turn beraya rumah encik adiey, tapi petang tu dah ada kat rumah mak abah.. dah kata dekat kan.. kejap sana, kejap sini la jawabnya.. masa tu lah terasa betapa beruntungnya dapat kahwin dengan orang kampung sebelah.. hihihi.. 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

21 comments:

  1. sama gak la my family mmg suka bergmbq
    beza ngan FIL
    wahhh menarik gak color itam ekkk

    ReplyDelete
  2. suami saya kata tahun dpn tema raya adalah hitam.hehehe...smart jgk hitam rupanya.=)

    ReplyDelete
  3. Salam..selamat hari raya Zana...

    Samalah dgn hanis, tahun ni turn umah mertua.Cam sayu je sbb pagi2 tak dapat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan mak, abah dan adik beradik sendiri sprt kebiasaan. Keadaan di rumah mertua berbeza dgn rumah family kita sendiri. Bagi hanis ini tahun pertama beraya dgn mertua pada 1st raya. Agak janggal sikit la...

    Tapi, family mertua pun family kita jgk kn? Jadi terpaksalah terima situasi dgn hati yg ikhlas..hihi...

    ReplyDelete
  4. umah mertua nieyl hanya 1/2 km je..hehe~Alhamdulillah...walaupun dah berumahtangga...pagi raya masih lg boleh bersalam ngan mak ayah dipagi raya...sbb nyer nieyl balik kg en.husband kol5 pagi (berananag) so,dlm kol7.30 nieyl dah balik umah nieyl dah..beraya ngan mak ayah nieyl..macam itu la setiap tahun :)

    ReplyDelete
  5. oo rumah tak jauh ek.. dekat2 je :) cantik warna hitam+pink :)

    ReplyDelete
  6. Best la rumah xjauh :p family ros lg susah nk bgambr.. Ekkeke :p

    ReplyDelete
  7. moga terus bahagian hingga ke syurga ye amin2

    ReplyDelete
  8. memang sangat untun acik zana..nana ni pahang kedah..kalau dah balik kedah, memang tak balik dah pahang..gitu la jugak yang kalau dah balik pahang..hehe

    acik zana ni rabun laa..mana ada zana gelap..celah mana yang gelap pun nana tak tau..cerah putih gebuss je ai tengok tau!

    ReplyDelete
  9. untungnya dapat kawin ngan orang sebelah kampung. takyah nak bergaduh2..huhu
    tema hitam sangat lawa dan menyerlah...
    penah buat dulu 2 tahun lepas.

    ReplyDelete
  10. hihi comel je gmbar berdua akk ngan cik adiey..selamat hari raya kak ;))

    ReplyDelete
  11. Phewitttt..sweetnyeeee..heheheh

    ReplyDelete
  12. zana...walaupun jarak umah MIL dekat tetap rasa kelainan sbb raya kan....
    samalah dgn family MIL kurang nak bergambar juga...sbb tu tiada gambar mereka raya thn ni kat akak....

    meriahnya raya........

    ReplyDelete
  13. lg best zana takde la nk gilir2 pasal raya kan...hihi

    ReplyDelete
  14. still rasa kemeriahannya kak.. best lah keluarga ramai..seronok!

    ReplyDelete
  15. bestnya zana..family zana dan mertua masih ada..kak ita belah mertua tinggal adik beradik aje...

    ReplyDelete
  16. wah best tu family gila kemera...
    tapi gambar zana ngan hubby memang best romantik sokmo...

    ReplyDelete
  17. Sama mcm ida, FIL tak minat camera.. So, takbanyak pic raya ida tahun ni.. sobss.. Tapi tunggu lah tahun depan, Melaka time!! Family ida gilakkk camera!!! Ai likeee~ Eh eh? samalahkita zanaaaa.. ida pun dah ada tema baju raya tahun depan! Baju pun dh tahu nak buat style ape.. hikhikhik.. Melampau kita kan!!

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ