Monday, December 17, 2012

Blog Adieyza ~ 1000 Post

Ini adalah entry ke 1000 daripada adieyza.blogspot.com!!!
 
Wah, x sangka sungguh blog picisan ni dah cecah 1000 post! mungkin orang lain dah beribu-ribu post dan mungkin jugak ada yang dah berbelas-belas ribu post.. tapi aku tetap happy bila dapat post entry ke 1000 hari ni.. mood sangat2 happy!!
 
Kalau diikutkan, aku start blogging memang tahun 2009.. tapi aku senyap balik start Julai 2010 hingga Disember 2010.. dekat 6 bulan aku senyapkan diri dari dunia blog.. masa tu baru-baru kahwin.. memang masa tu hati berbelah bahagi sama ada nak teruskan blogging atau terus delete blog ni..
 
Tapi, walaupun x tulis entry selama hampir 6 bulan, hari-hari aku blogwalking ok!! masa tu rasa menggila nak menulis dekat blog.. tapi hati berbelah bahagi.. masih ragu-ragu nak menulis tentang diri dan kehidupan selepas berkahwin dekat blog.. kejap-kejap rasa tak ada yang salah nak berblogging lepas kahwin asalkan kita tau batasan ceritanya.. kadang-kadang rasa salah nak berblogging dengan share cerita tentang diri dan suami.. sungguh x best perasaan masa tu.. hehehe..
 
Lepas bincang dengan Encik Adiey pasal hal ni, dia kata x salah nak teruskan blogging asalkan tau jaga batasannya.. kena fikir maruah diri dan terutamanya maruah suami sebelum post sesuatu entry.. Encik Adiey jugak bagitau, kalau kita share sesuatu yang baik, InsyaAllah kita akan dapat lebih banyak kebaikan.. :)
 
Start 21 Disember 2010 aku start menulis balik dekat blog ni.. masa tu rasa happy bila ada yang komen entry aku tu.. 12 komen daripada rakan blogger masa tu yang membuatkan aku makin bersemangat nak menulis..
 
Dari hari ke hari, makin seronok menulis dekat blog ni.. walaupun aku ni tak rajin update blog, tapi aku tetap sayangkan blog ni.. walaupun setiap entry tak dapat banyak komen daripada blogger lain, tapi aku tak kisah sebab aku pun bukan blogwalking setiap hari.. walaupun blog ni tak ramai followers, tapi aku tak kisah dan akan terus berblogging..
 
So, dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada sesiapa sahaja yang sudi baca blog ni.. tak kiralah korang ni followers ke, silent readers ke atau stalker sekali pun, terima kasih sebab sudi baca blog aDieyZa ni.. InsyaAllah aku akan tetap berblogging selagi aku terdaya..
 
Hakikatnya, aku terlalu sayangkan blog ni!!
 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

11 comments:

  1. salam isnin
    suka kunjung blog zana

    ReplyDelete
  2. wah....1000 post dah...saya ni, setahun nak dapat 200 post pun susah ;)

    ReplyDelete
  3. wah~tahniah kak zana...nieyl pun dah terlebih..hehehe~

    ReplyDelete
  4. 800++ followers dh cukup ramai dh zana :)) mana xsyg kan dgn blog kalau dh 1000 posts pastu mcm2 dh kita tulis dlm ni kan.. :D

    teruskan berblog utk share/bg idea2 baru dekat org lain :)

    ReplyDelete
  5. Ida pun sayang belog zanaaaaaa......... Update selalu yaaaaaaaaaaaa.. hihi

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..teruskan berblog

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ