Friday, December 14, 2012

Semanis Kurma: Anak Adalah Rezeki & Impian Bergelar Ibu & Ayah

Semalam rancangan Semanis Kurma bincang tentang topik "Wanita Tanpa Rahim".. so kat bawah ni serba ringkas tentang isu perbincangan topik tu..  

Topik ni sebenarnya berkisar tentang isu ZURIAT.. setiap wanita pasti mendambakan gelaran seorang IBU! wanita mana yang sanggup bertemankan air mata setiap kali melihat wanita lain bercerita tentang soal anak2.. wanita mana yang tidak kecewa bila tidak mampu memberikan zuriat kepada lelaki yang dicintainya..

Isteri mana yang sanggup membiarkan suami sekadar mampu melihat lelaki lain ada zuriat sendiri.. isteri mana yang sanggup membiarkan suami terus mengimpikan gelaran seorang AYAH!


Tapi, semuanya itu adalah UJIAN ALLAH! siapalah kita untuk menolak setiap ujian daripada-Nya.. tapi, ingatlah bahawa "ALLAH MENGUJI MENGIKUT KEMAMPUAN KITA" dan percayalah bahawa "ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA INGINKAN"..

Antara tips yang hebat untuk dicuba adalah amalan 4S iaitu:

SABAR - sabar dengan setiap apa yang telah ditentukan.. sabar dengan segala kata2 daripada orang sekeliling.. sabar dengan semua yang berlaku..

SYUKUR - bersyukur walaupun kita belum memiliki zuriat, tapi kita masih bernyawa di muka bumi Allah ini untuk kita terus beribadat kepada-Nya.. bersyukur kerana kita masih ada suami yang sentiasa bersama kita di kala senang & susah..

SANGKA BAIK - sentiasa bersangka baik dengan Allah.. yakin bahawa Allah merancang yang terbaik untuk kita.. percaya bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. 

SENYUM - sentiasa hulurkan senyuman walaupun kita diuji dengan pelbagai ujian.. jangan stress sebab stress boleh membuatkan hormon kita menjadi tidak stabil.. elakkan stress dan dekatkan diri dengan segala bentuk kegembiraan..


Antara amalan yang boleh suami isteri lakukan adalah:

- Suami meletakkan tangan kanan pada ubun2 isteri sambil berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk memperoleh zuriat..

- Berdoa sebelum bersama dan menjaga adab ketika bersama..

- Jangan cepat putus asa dan mengalah.. teruskan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan..

- Jika ditakdirkan memang kita tak akan memiliki zuriat, REDHA KEPADA ALLAH.. redha itu  besar ganjarannya.. redha itu pasti mendapat balasan yang lebih baik..

Nota cinta: kadang-kadang Allah turunkan hujan.. tetapi siapa sangka ada pelangi indah yang sedang menanti selepas hujan reda.. 

Ya Allah, sesungguhnya kami suami isteri menerima ujian daripada Mu ini dengan seikhlas hati dan kami bermohon agar ada sinar kebahagiaan dipenghujung penantian kami.. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin...
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

23 comments:

  1. rugi tak tengok mlm td..bg semangat kpd ibu, ister di luar sana kan..

    ReplyDelete
  2. insyaallah zana,akan maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. :))

    ReplyDelete
  3. madam dah 4 tahun TTC.. mcm2 dugaan..
    tp biasanya bila madam kena sindir, betul2 dtg dr seorang perempuan yg dah bergelar ibu,
    sbb tu la sedih, sbb mereka tak rasa apa yg golongan TTC rasa..
    Tp kadang2 org yg menyindir tu tak sedar, Allah boleh memberi, dan Allah juga boleh menarik balik..
    bukan kah?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kak.. suatu hari nanti...

    “Bila semua sudah usaha tapi masih tak dapat zuriat maka REDHA kerana syurga ganjaran yang menanti. Dunia adalah UJIAN. Ujian yang dah ditetapkan olh Allah utk kita inshaAllah boleh lulus, jadi jangan minta ujian orang lain yang pasti kita takkan lulus”

    ReplyDelete
  5. Saya ni tak de anak lagi..cmana? ada cadangan?

    ReplyDelete
  6. best sgt tajuk SK smlm..terkena kt diri sendiri..semoga kita sama2 muhasabah diri dan in sha Allah ada rezeki kita nanti...Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya...

    ReplyDelete
  7. ayu pn dlm usaha unt dptkn zuriat... doakan ayu ye.. :)

    ReplyDelete
  8. akak tgk dah..tp citer dia kali ni more to perubatan lah sbb dia panggil doktor kan. tp dr harlina tu ada klinik ke yer. rasa nak jumpa lak dia

    ReplyDelete
  9. inn shaa allah..ada rezeki zana nanti..

    ReplyDelete
  10. sabar ye kak..besar ganjaran org yg sabar dan redha ni..insyaAllah tiba masanyer nnt, pasti ade pelangi untuk akk..fadh doakan akk selalu ;)

    senyum skit, xmo sedih2 tau..xcomel nnt ;)

    ReplyDelete
  11. Semoga Kak Zana tabah.. btw, InsyaAllah, klaw ada rezki, xkan kemana cuma cepat atau lambat je.. ;)

    ReplyDelete
  12. lmbt atau cpt tuh semua kerja Allah.Pasti ade hikmahnye kn...

    ReplyDelete
  13. yang nak sangat cam zana lom rezeki lg.tp yang lom bersedia cam ciknaa, dah tibe2 mngandung lg..pape pun sume tu dari Allah.. redha & doa byk2..

    ReplyDelete
  14. Tuhan sayang orang-orang yang sabar ni.
    =)

    -dakpink-

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum zana..anis rse sebak bace entry zana kali ini..IN SYAA ALLAH,same2 la kite amalkan amalan 4S tu ye..semoga kite akan begelar seorang IBU & suami kite akan bgelar seorang AYAH suatu hari nanti..AMIN..

    ReplyDelete
  16. insyaallah..kita usaha,tawakal dan doa selagi terdaya....amin

    ReplyDelete
  17. Aamiin moga Allah permudahkn jln bt kita semua insyaallah..

    ReplyDelete
  18. x sempat tengok la malam tu zana...thanks for sharing..insyaallah nnti ade rezeki kita kelak..aminnn

    ReplyDelete
  19. Ida dah baca.. Byk tips! TQ zana =)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ