Friday, December 28, 2012

Terapi Perkahwinan Suami Isteri

Semalam dengar motivasi pagi tajuk "Terapi Perkahwinan".. penceramah x ingat siapa.. tapi ustaz tu memang selalu keluar tv.. nanti kalau kalau tetiba ingat, aku edit balik entry ni.. hehehe..

So, aku tulis point2 penting dalam isi ceramah tu yer.. nak tulis panjang2 pun aku  x berapa ingat sebab masa tu aku tengah bersiap nak gie kerja, so sempat buat notes dalam phone.. sebelah tangan pegang maskara, sebelah tangan pegang phone sebab nak salin notes.. hihihi..


Punca paling kerap berlaku pergaduhan/penceraian 
di kalangan suami isteri:

~ Orang ketiga : masalah ni bukan sahaja melibatkan suami yg curang, tapi ada banyak jugak kes isteri yang curang!

~ Kewangan : kesempitan hidup, hutang piutang keliling pinggang dan boros.. pengurusan kewangan yg kurang bijak dalam sesebuah perkahwinan boleh menjadi punca suami isteri bertengkar!

~Keluarga mertua : campur tangan keluarga mertua dalam perkahwinan amat tidak digalakkan.. keluarga mertua atau biras boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri jika timbul isu berat sebelah!

~Tekanan hidup : tekanan di tempat kerja dan di rumah boleh beri kesan negatif dalam perkahwinan.. tekanan menjadi lebih serius bila wujudnya tekanan dimarahi boss di pejabat dan ditambah buruk dengan tekanan isteri yang membebel/merungut-rungut di rumah!

~ Kelakuan seperti bujang : berlagak seperti orang belum kahwin sampai lupa tanggungjawab pada keluarga.. keluar shopping sampai berjam-jam dengan kawan sedangkan rumah macam tongkang pecah dan suami makan di luar! ataupun keluar melepak dengan kawan sampai tengah malam sedangkan isteri berhempas pulas jaga anak di rumah! 

Hubungan seksual : hubungan suami isteri makin kurang "mengancam" seperti awal perkahwinan.. bila penampilan lupa dijaga dengan alasan "dah kahwin, so xperlu berhias2 dan smart2" adalah kesilapan besar! bila ada rasa dingin untuk bersama boleh jadi punca pasangan cari orang lain! 



Antara terapi perkahwinan yang boleh diamalkan:

~ Kejujuran : kejujuran adalah kunci perhubungan yang berkekalan.. jangan pernah terfikir untuk curang kepada pasangan kerana yakinlah bahawa pasangan itu adalah jodoh terbaik daripada Allah untuk kita.. jangan cemburu buta tapi amalkan cemburu yg mesra dan berpada-pada..

~ Perancangan kewangan : saling membantu dalam perancangan keluarga.. kurangkan sikap boros tapi lebihkan membuat simpanan.. jangan terlalu mengikut nafsu sedangkan hakikatnya kita tidak mampu.. belanja berhemah dan elakkan amalan berhutang..

~ Kurang campur tangan keluarga : elakkan diri daripada bercerita masalah suami isteri kepada keluarga sendiri.. secara logiknya, setiap keluarga pasti akan menangkan anak dan adik beradik sendiri kan? jadi, biarlah masalah suami isteri disimpan dari pengetahuan keluarga dan keluarga mertua..

Saling membantu : isteri kena kurangkan tekanan suami di rumah dan bukannya tambah tekanan suami dengan sikap suka membebel.. suami pula kena rajin membantu isteri di rumah kerana bantuan suami dapat meredakan tekanan isteri.. jadikan rumah sebagai sumber ketenangan dan bukannya tekanan..

~ Luangkan masa bersama keluarga : boleh bergaul dengan kawan-kawan tapi ingat pada tanggungjawab kita sebagai isteri dan suami.. jangan pernah abaikan keluarga demi menjaga hati kawan.. keluarga adalah segala-galanya dan merekalah yang sanggup berada di sisi kita bila susah dan senang..

~ Berbincang : jangan tunggu masalah menjadi besar baru nak luahkan.. bila ada masalah, terus ajak pasangan berbincang.. jangan pendam masalah terlalu lama.. kalau ada yang tak puas hati, bagitau pasangan supaya masalah dapat selesai cepat..




Amalan yang perlu sentiasa diamalkan setiap hari:

~ Ulang selalu ucapan dan kata-kata cinta pada pasangan.. jangan pernah tinggalkan ucapan "sayang", "cinta" & "rindu" dalam kehidupan suami isteri.. ucapkan kata-kata manis pada pasangan.. panggil pasangan dengan gelaran yang manja!

~ Sentuhan pada pasangan jangan pernah ditinggalkan.. setiap hari pastikan kita memeluk pasangan sekurang-kurangnya 7 kali (bangun tido, setiap kali lepas solat & sebelum tido).. pelukan orang yang dicintai akan membuatkan seluruh jiwa raga kita tenang dan bahagia!

Nota cinta: jadikan pasangan kita seperti "raja" dan "permaisuri"..
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Salam Jumaat.

    Sangat bermanfaat untuk pasangan suami isteri ni. Setuju sangat smua point2 tu

    Style Me Gorgeous By Qashmere for All and Plus Size Fashion

    Blog Qashmere
    Take Care Sis

    ReplyDelete
  2. bagos2 ni..kene tampal dekat peti ais ni..ehhehe

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing Zana.

    Sokonggg semua point2 tu.
    and
    Komunikasi pun boleh jadi masalah utama dalam perkahwinan Zana.

    ReplyDelete
  4. suka!
    thx zana..panduan berguna utk hari mendatang :)

    ReplyDelete
  5. like it !!! :)

    btw, comel tgn tu :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah...
    suka sangat...
    pic tangan tue so cute

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ