Wednesday, December 5, 2012

Suami Borek Isteri Rintik - Pengaruh Suami Isteri Dalam Perkahwinan

Pernah dengar pepatah "bapa borek anak rintik"? Selalu dengar kan.. tapi pernah dengar tak pepatah "suami borek isteri rintik"??? Siapa pernah dengar sila angkat tangan tinggi-tinggi.. 

Aku pun x pernah dengar pepatah tu.. sesuka hati aku jer letak pepatah tu.. hahaha.. sebenarnya nak cerita tentang pengaruh suami dekat isteri.. ambik contoh pengaruh yang Encik Adiey bawak dekat aku jer lah yer.. dah kata ni blog aku kan..  mestilah ambik contoh aku, x kan nak ambik contoh suami/isteri orang lain.. hehehe..


Ada pengaruh yang terpaksa dirahsiakan daripada family aku terutamanya mak aku.. *mak aku x baca blog aku ni,so x perlu risau rahsia tu pecah.. tapi aku sanggup jer berahsia sebab aku suka dengan pengaruh tu! hahaha..

Mandi malam
Sebelum kahwin, aku memang x berani nak mandi malam.. sebabnya mak aku memang pantang sungguh kalau ada antara kitaorang adik beradik mandi lepas pukul 7 malam! dia kata nanti dah berumur badan cepat sakit2.. kalau korang tahan nak dengar mak aku membebel dari pukul 7 malam hari ni sampai 7 malam esoknya, silakan mandi malam.. hihihihi..

Tapi lepas aku kahwin, Encik Adiey memang suka mandi malam terutamanya sebelum tidur.. petang balik kerja dah mandi, tapi nak tidur mandi lagi.. mula2 aku pelikkkk gak apasal dia suka sangat mandi malam lagi2 mandi dengan water heater.. tapi bila sekali aku dah cuba, hari2 rasa nak buat!! sebabnya, aku rasa selesa sangat nak tidur! 

Ni kalau mak aku tau perangai mandi malam ni, ada yang Encik Adiey kena dengar mak mertua dia bebel 7 malam berturut2.. sebabnya, kalau balik kampung, kitaorang x kan buat perangai ni.. cari nahasssssssss kalau kitaorang buat macam tu! 

Eh, tapi kan, mandi malam sebenarnya elok jer.. kalau x percaya, baca artikel tentang mandi malam ni.. dalam artikel tu ada bagitau tentang:

  "Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu"

"“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),.Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur ” 

So, sebenarnya boleh jer mandi malam.. dan amalan mandi sebelum tidur rupanya boleh diamalkan!! 

Ni mesti kes mak aku terpengaruh dengan atok aku yang kata x elok mandi malam ni.. padahal atok aku x bagi mandi malam sebab zaman dulu nak pergi bilik mandi kan kat luar rumah, so agak bahaya la kan kalau keluar waktu malam untuk mandi.. tu yang keluar teori kata x elok mandi malam tu.. huhuhu..


Ada jugak pengaruh bab makanan yang Encik Adiey bawak dekat diri aku.. kadang2 macam x percaya jer aku banyak terikut perangai dia sedangkan aku x pernah buat pun perkara tu sejak aku membesar dengan family sendiri ..

Makan roti telur dengan sos
Sebelum aku kahwin, family aku suka makan roti telur dengan gula.. sambil makan roti telur, sambil cicah cikit dengan gula.. maybe ada yang kata pelik! tapi dah family aku suka cara makan macam tu, so dah jadi x pelik.. 

Tapi lepas aku kahwin, family aku pulak yang pelik tengok aku sebab makan roti telur dengan sos cili! tapi aku faham perasaan family aku time tu.. sebab masa mula2 kahwin aku pelik bila Encik Adiey makan roti telur dengan sos cili! tapi bila aku dah start rasa makan roti telur dengan sos cili, aku jadi sukaaaaaaaaa.. terus x mo makan dengan gula.. hehehe.. semuanya kerana pengaruh suami kan??

Sebenarnya banyak cara makan dan menu masakan yang aku dah terpengaruh dengan Encik Adiey dan keluarga mertua.. hehehe.. tetiba boleh buat pepatah "mertua borek menantu rintik".. boleh?? hahaha..

Banyak lagi pengaruh yang aku terikut sebenarnya.. tapi sebabnya nanti entry ni jadi panjang sangat, so lain kali la aku sambung.. tu pun kalau sambung.. hehehe.. biasalah, aku kan suka tangguh entry.. lalalala..

Nota cinta : siapa ada kes terpengaruh dengan suami?? meh story cikit bab "suami borek isteri rintik" ni.. mana tau korang punya story lagi best! 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

12 comments:

  1. ye la kan memang akan jadi cm nie

    ReplyDelete
  2. nieyl mase anak dara dlu...jogging malam...balik sebelum tdo tuh mmg kena mandi ar kan...hihi~tapi lepas kwen nie..sblm tdo mesti kena mandi...pakai wangi2..baru leh tdo dgn lena nyer....kdg2 kol12 mlm pun penah..hehehe~

    ReplyDelete
  3. Macam saya juga..dh kwin ni banyak ikut suami, contoh kalau dulu sayur klau masak, banyak sesuka masuk je..tpi suami nak masak sayur ikut peraturan cth kailan ikan masin, kangkong grg belacan..
    Dia pun ada juga ikut saya..

    ReplyDelete
  4. mkn roti telur dgn sos tu mmg terbaekk!! hehe :p

    ReplyDelete
  5. terpengaruh jugak..
    pasal MANDI PAGI..
    dulu malas mandi pagi, tengahari baru mandi..
    bile dah kawen, rajin plak mandi pagi..
    rase segar bile dah mandi...
    pengaruh yg baik la tu kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi malam dah jadi kebiasan kami laki binik
      tapi tak le hari2 nak tido kena mandi dulu
      tgk keadaan, kalu rasa panas atau kena muntah anak
      b4 tidoq harusla mandi dulu

      makan roti telo n sos? mm... dah mcm makanan jajan kami. sebab kami kan kuat melantak! hahahaha

      Delete
  6. biasalah bila dh hidup bersama x byk sedikit pasti ada yg mempengaruhi tabiat seharian kita...

    ReplyDelete
  7. mandi malam tu samlah ngan en hubby saya, wajib mandi sebelum tido kalau tak tak boleh tido katanya...

    ReplyDelete
  8. Tang makan roti telur cicah gula tu, i pelik dgn famili suami sbb diorang makan camtu.
    I mkn roti telur cicah sos cili yummy. Haha.

    ReplyDelete
  9. betul akak pun sama banyak benda yang akak tak makan tapi sejak kawin nie dah makan...

    ReplyDelete
  10. untuk mandi malam, yessss. nadia setuju. tapi kes nadia, syafiq terikut2 perangai nadia spesis mandi malam. ;p
    untuk cicah gula, dua dua still cicah gula. ;p

    ReplyDelete
  11. Roti cicah gula? Tak tak.. ida suka roti cicah susu.. yeahhhhhh!!! hehehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ