Friday, July 22, 2011

Semanis Kurma

Bagi mengekalkan kemanisan dalam perkahwinan, cuba amalkan 10 tips berikut:

1. Ciuman 
Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin/Gelang/Rantai perkahwinan 
Pakailah cincin/gelang/rantai perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihatnya.

3. Makan malam atau bercuti 
Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan 
Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab  
Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa 
Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah 
Berikan hadiah kepada pasangan anda tanda anda menghargainya. Hadiah tidak semestinya pada hari yang istimewa sahaja, malah boleh diberikan pada bila-bila masa. Harga bukanlah ukuran, yang penting tanda penghargaan terhadap pasangan. Hadiah tidak semestinya berbentuk material, malah percutian atau makan malam bersama juga dikira hadiah yang istimewa.

8. Senyum 
Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan  
Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian  
Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.
 
 
P/S: hampir setahun menyulam cinta di atas nama sebuah perkahwinan.. syukur atas segalanya..

11 comments:

  1. mementang la aku tak kawen lagi.. hm...

    ReplyDelete
  2. cantek lah kad kenduri akak =)
    -utusan raja sehari-

    ReplyDelete
  3. ehehe tips utk pasangan yg dh kawen..xpe2 sabar,dh kawen nnt baru ok hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe tol tu ...kenala mengamalkan tip tu...

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah dik tahniah dah setahun :)

    akak soooooka kesemua tips2 tuh, memang slalu di praktikan kat papairfan akekekeke

    ReplyDelete
  6. yey!

    Manisnyaaa kurmaa itu.. hihihi :D

    Btul2. seme menda ni kena ada baru maniss umahtangga kita :)

    ReplyDelete
  7. Ek eh, Puan Adieyza ke? Ingatkan Ustazah Siti NurBahyah tadi.. HEHE

    MySuaraBlog: Blog Pilihan : Daniel Adie

    ReplyDelete
  8. Thanx for the tips aDieyZa.. (^_^)

    ReplyDelete
  9. tu lahhh kn akak..
    lovely kis itu perlu..
    walaupun NF lum kawin..
    tapi NF memahaminye..
    cewahhh..hahahahahah
    mcm dah kawin 4 dah cakap gitu..
    hihihihihihi

    ReplyDelete
  10. thank's share tips ini.. manisnya kurma ini.. hehehe

    ReplyDelete
  11. zana !!!!!! tq suka lepak umah zana byk tip utk suami isteri

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..