Friday, July 1, 2011

Adab2 Suami Terhadap Isteri

1- Bersabar dengan karenah isteri. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud: "Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia akan dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yg diberikan kepada Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) yg bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti Aisyah isteri kepada Firaun."

2- Menjaga penampilan, kemas dan bersih. Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku."

3- Mengajar dan mendidik ilmu fardhu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita

4- Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat. Jika isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar), maka pukullah tetapi jangan sampai mencederakan isteri.

5- Menegur dengan berhikmah jika ada perbuatan isteri yg menyalahi syariat.

6- Berlemah lembut dalam pergaulan dengan isteri.

7- Cemburu tidak keterlaluan. Tidak boleh cemburu dipengaruhi oleh emosi yg berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.

8- Redha akan isterinya kerana itu akan memudahkannya untuk masuk syurga

Sumber : Majalah Solusi Isu 29

8 comments:

  1. insap jap. touching~~ kena balik kampung awal gayanya ni. ~~~

    ReplyDelete
  2. tq za.. byk info yg berguna...

    ReplyDelete
  3. suami2 ptut baca nih =)

    ReplyDelete
  4. hehehehe akan daku pakse papairfan bace sekali ooyeh hiks

    ReplyDelete
  5. salam zana...para suami HARUS baca nih!
    psst*** k.atie suker tgk gambar kawen zana..tema biru,poberet kaler k.atie.!k.atie dulu temanya biru & hijau(umah HB)....

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..