Friday, January 27, 2012

Gaji Kakitangan Awam Bulan Februari 2012 Berdasarkan SSM

Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM

27/01/2012 3:15pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. — BERNAMA

Nota Cinta: kejap itu, kejap ini.. x apa lah.. keje perlu terus komited.. soal SBPA ni harapnya cepatlah selesai..
 
Photobucket

11 comments:

  1. isk, bertukar2 pulak keputusan SBPA tu, baru jerk dapat tahu yang beza gaji akan dibayar ujung bulan nieh, tup tup x bayar sampai kajian betul2 selesai...

    hurm, betul tu zana, kerja tetap kerja kan...

    ReplyDelete
  2. tak kisah2 la apa2...janji dpt gaji bulan2 sudah...ada rezki tak ke mana

    ReplyDelete
  3. Ntah pape... makin benci!! Tapi lagi benci bila ada saudara ida, cikgu & askar, dapat sudah gaji skim SBPA tu... Haaa... cmne tu?? apesal kita kene tunggu keputusan semakan pulak???? !! *emo sudah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar eida, bukan senang nak memuaskan hati semua orang, apa pun backdated dibayar juga nanti kan..kesian mereka yang bertungkus lumus di JPA tu.

      Delete
  4. Aslkm,
    kejap jadi kejap idak....pening la..=(

    ReplyDelete
  5. podacittt ! tmpt keje fadh sume da dibayar gaji SBPA tuk bulan januari hr tu tp fadh punyer masih ssm sebab baru lantik tetap jadi gaji back dated on 31st jan. so mcm mane plak kes fadh ni ? erghhhh tension !

    ReplyDelete
  6. takpe janji tiap2 bulan ada masyuk.. hihii

    ReplyDelete
  7. Diharapkan supaya pekerja kerajaan akan terus menyumbangkan bakti untuk negara.. :)

    ReplyDelete
  8. itu pasal....tak kisahlah lambat ke cepat janji naik gaji...itu yang penting

    ReplyDelete
  9. itu lah kan kak...

    ada yang tak puas hati kena la kaji semula..

    xpa..ada la tu nanti..heheh..

    ReplyDelete
  10. salam..tolong jawab eh..

    http://errahnajwa.blogspot.com/2012/01/terkena-game-tag-jom-jawab-dan-tanya.html

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..