Monday, January 9, 2012

Pertemuan Geng TTC Corner Di Ambang Tahun Baru 2012

Penghujung tahun 2011 dan permulaan tahun 2012 disambut dengan penuh kegembiraan & kebahagiaan.. kenangan indah meraikan Tahun Baru 2012 sememangnya sukar untuk dilupakan..


Alhamdulillah sebab penghujung 2011 hari tu, aku & encik adiey sempat untuk join gathering dengan geng TTC (trying to conceive) Corner.. perancangan gathering ni kira last minute jugak la.. organize beberapa hari sebelum tahun baru.. since last minute, so hanya 6 orang geng TTC yang dapat join.. walaupun 6 orang tapi tetap meriah!!!


Puan Pengerusi, PnStoberi decide untuk buat gathering dekat Restaurant Steamboat, MAEPS Serdang.. semua sesat barat jugaklah nak cari restaurant ni.. huhuhu.. so untuk tau direction ke restaurant ni, leh follow direction dari PnStoberi ni k,

"Direction untuk ke Restoran Maeps ni : Masuk main entrance (yg dr spital Serdang), terus je, lps tu mcm ada lorong - masuk kanan, terus je, dlm 100meter camtu ada simpang. Amik kanan. Dkt simpang tu ada post guard belah kirinya dan ada bangunan keselamatan ke apa tah nak masuk simpang tu. Jadi, lps simpang tu terus ja. Nati napak paking besar di sebelah kanan. Kedai tu kat belah kanan tu la. Better call dulu before pegi sbb seme orang booking dulu."

Geng TTC Corner yang datang memang 6 orang, tapi ada 4 orang yang bawak pasangan.. aku datang dengan encik adiey sebab memang kitaorang free hari tu.. PnStoberi, Yani dan Eida pulak datang dengan pasangan masing2.. Cinta & Nana pulak datang sama2 since husband diaorang kerja.. 


Ni kali ketiga aku jumpa PnStoberi, kali kedua jumpa Cinta & kali pertama jumpa Yani, Nani dan Eida.. walaupun kali pertama, tapi serius macam dah 10 kali jumpa! first time jumpa tapi borak macam dah rapat sangat2.. sampaikan husband masing2 x percaya kitaorang first time jumpa.. hihihi.. biasalah blogger kan, memang mudah mesra.. hari2 "jumpa" kat blog masing2.. huhuhu.. tapi memang rancak kitaorang borak, sambil makan, sambil borak.. memang meriah.. para husband pun rancak gak berborak, memang sporting la diaorang layan kawan2 baru..


Lepas perut dah kenyang, haruslah bergambar kan.. masa ni memang tambah mesra.. yang tambah bestnya, para husband pun mula nampak gelak2.. semua sporting malam tu..



Plan asal memang nak sambut tahun baru sama2, tapi semua x tau nak lepak kat mana malam tu.. since Putrajaya yang paling dekat, so semua suruh aku & encik adiey bawak diaorang lepak kat Putrajaya.. tapi kitaorang dah decide x nak dekat dengan kawasan konsert sebab mesti ramai giler orang.. so kitaorang lepak kat depan dataran Putrajaya & berhadapan bangunan mahkamah.. 



Sampai Putrajaya, acara bergambar makin rancak.. tanpa hiraukan orang ramai kat situ, kitaorang sakan bergambar.. tambah pulak dengan para husband yang sporting.. gelak2 kitaorang bergambar.. 



Tapi yang sedihnya, xde bunga api la pulak malam tu! nasib baik niat utama kitaorang nak bergambar dan beramah mesra.. kalau niat nak tengok bunga api, balik tu boleh meraung gak la..huhuhu.. 


Penat bergambar & berborak, semua dah kehausan.. so kitaorang teruskan gathering ke kedai mamak pulak.. sampai ke mamak gathering kitaorang ni kan.. memang hebat kan?? nampak sangat x puas nak gosip2 kan.. huhuhu..


Overall, kitaorang memang enjoy habis la dengan gathering kali ni.. semua sporting! dapat tambah kawan baru & dapat kongsi petua2 baru dari member2 TTC Corner.. diharapkan agar perkenalan ni akan berkekalan hendaknya.. jika ditakdirkan Allah ada antara geng TTC ni yang pregnant dulu, kitaorang sentiasa berdoa agar perkenalan kitaorang x terhenti.. sebab perkenalan ni bukanlah semata2 kerana "rezeki", tapi kepada keikhlasan dan persefahaman..




Nota Cinta: doakan ada "rezeki" untuk kami semua geng TTC..




Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

20 comments:

  1. end and the beginning of the year with joy & happiness... Alhamdulillah... Queen pula end and the beginning of the year melalui satu berita yg kurang menarik,. apa pun tetap bersyukur dgn apa yg berlaku.. pasti ada hikmah sebaliknya

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada group2 macam ni kan.

    I ni je yang tak berkesempatan lagi menjoinkan diri dalam program2 group blogers.

    ReplyDelete
  3. Amin.. semoga ada rezeki tuk kita zana!! Nanti kita ber gede gede lagi yerrrr =)

    ReplyDelete
  4. huhuhuh memang sonot wokehh.. sayang kamu sumeee

    ReplyDelete
  5. huhuhu..jeles nye zana weiiii....xpe2 insyaallah next time chinta join gak ek..

    ReplyDelete
  6. seronoknya geder2 camni. insyaAllah pasti ada rezeki untuk kalian dan kita semua..... amin~~~

    ReplyDelete
  7. happynya sis...best la dapat kawan2 giler2 macam ni..hee

    ReplyDelete
  8. Bestnyer.. Teringin nak join kak... :(

    ReplyDelete
  9. memang tak macam first time jumpe..samapi2 terus blh borak mcm dok sebelah rumah dah gayenye..hehe

    duduk2 tu terus bleh cakap tanpe henti..hehe

    ReplyDelete
  10. bestnya....makan besar....meriah lah...semoga tahun ini ada rezeki buat zana...amin..

    ReplyDelete
  11. lama tak terjah belog zana ni....alamak.....gahtering ke?/ sungguh heppi uools.. Zana, D terininglah nak join TTC tu.. camner ek caranya.. ?? yelah boleh kenal2 n share pendapat kan??

    ReplyDelete
  12. Trying to Conceive corner. group kt fb :)

    bestnya...tetiba windu kamu suma. bila nk bergede gede lg ni? ;)

    ReplyDelete
  13. wah.

    meriah!

    InsyaAllah akan ada nanti.

    :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..sy usaha 5 tahun untuk dpt anak sulung. n 5 tahun untuk anak ke 2. sblm mengandung anak ke2 sy disahkan hamil luar kandungan n terpaksa buang tiup filopio blah kanan pd bln Februari 2011. Alhamdulillah pd jun 2011 sy disahkan hamil dan selamat bersalin pd mac 2012 n sekarang telah mengandung dan akan dijangka bersalin pd dis 2013..Untuk makluman sy hanya mengamalkan multivitamin sahaja..jenama flavettes (DAILY PLUS)..cubalah InsyaAllah berjaya..google jer..saya cuba makan stlh mendapat cadangan dari doktor di klinik je..Sy cuba amalkan start 2 bulan sblm mengandung luar rahim tu..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ