Sunday, January 15, 2012

Wanita Cantik

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-Mu Ya Allah..

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

"walau sesukar mana ujian mendatang, perlukan kekuatan untuk menghadapinya.."

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa?
kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

"jangan biarkan tekanan mengganggu kehidupan kita.."

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

"biarlah hati menangis, namun senyuman perlu diukir.."


4)TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

"cekalkan hati di saat kita teraniya.."


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

"belajar memaafkan kesalahan orang lain walaupun hati merintih pedih.."


6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

"ikhlas menyayangi dan berkorban tanpa mengharap balasan.."


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

"yakin bahawa Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk diri kita.."






Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Salam,
    LF nak baca pulak tentang lelaki segak

    ReplyDelete
  2. thanx zana for sharing.wah lagu ombak rindu nampak...betul tak?eka baru tgk smlm, rasa cam lagu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome my dear.. a'ah, lagu ombak rindu.. sajer pasang lagu tu.. mood ngada2 dtg..

      Delete
  3. nice entry!

    tapi sukarnya untuk menjadi secantik ini....

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ