Monday, December 5, 2011

Diari - Masih Relevan?

Bila nak tahun baru, mulalah sibuk cari diari dan kalendar baru.. diari percuma dari pejabat hanyalah untuk kegunaan pejabat.. untuk kegunaan peribadi, haruslah cari yang lain.. last week masa beli produk Safi, dapat 2 diari dan kalendar percuma..



Comel jer diari tu!! mudah nak bawak ke mana2 sebab saiznya kecik.. sumbat dalam handbag sentiasa la lepas ni..

Korang rasa diari ni masih digunakan sepenuhnya ke? Masa zaman muda remaja dulu, memang aku rajin tulis apa yang berlaku setiap hari dekat dalam diari.. lepas tu sorok diari tu dalam almari yang berkunci sebab takut family baca.. hihihi.. semua benda nak ditulis masa tu..

Masa dah masuk zaman U, memang xde langsung diari.. rasa macam dah matang so apa curlassssss tulis dairi.. apakah?? sungguh poyo jer kan..

Masuk je alam pekerjaan, terasa diari tu penting la pulak.. penting untuk catat mesyuarat apa kena attend, kursus apa dah pergi, cuti rehat tinggal berapa hari.. semua nak kena catat dalam diari.. lepas tu catat semua keje yang masuk supaya dapat elak dari keje x siap.. bila bukak diari dan nampak keje masuk banyak tapi x siap2, rasa sangat x seronok!! tapi bila semua keje masuk dah dihighligtkan merah (melambangkan keje dah siap) rasa sangat lega..

Sebelum kahwin, bizi bawak diari perancangan untuk kahwin ke hulu ke hilir.. masa tu kalau x bawak diari perancangan tu, memang rasa x best! Tapi lepas kahwin, buat diari peribadi untuk perancangan suami isteri pulak.. perancangan cuti2 malaysia, perancangan beli barangan rumah, perancangan servis kereta dan macam2 perancangan la.. aku lebih prefer catat benda yang penting2 jer.. lagi2 kalau perkara tu perlukan banyak urusan untuk diselesaikan so segala info aku sumbat dalam diari tu untuk rujukan..



So masa dapat diari percuma dari Safi tu, satu diari dah mula diconteng2 untuk perancangan aktiviti suami isteri, percutian dan beberapa perancangan lain yang dijangka untuk tahun depan.. seronok bila nampak diari tu dah tercatat beberapa perancangan.. apapun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.. cuma berharap agar segala perancangan dipermudahkan Allah hendaknya..

P/S: korang rasa diari tu penting? kenangan atau cerita diari korang macam mana pulak?


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

18 comments:

  1. penting! baru je beli mgu lepas.. diari muslimah RM10, hehe x sbr nak tgu 1 jan, nk catat ape jadi hari2 :D

    ReplyDelete
  2. alamak zana lame dah x do diari :)) setakat diari ofis jerk hihihih :))

    ReplyDelete
  3. anum masih mengunakan diary
    for me diary sangat penting

    ReplyDelete
  4. diari masih m'jadi kepentingan sy hingga ke hari ini..tapi bukanlah untuk catatan harian.cuma menulis perkara2 terbaik dan terburuk yg berlaku dlm hidup...hehe :)

    ReplyDelete
  5. sy stop menulis dlm diari sejak tahun 1999 coz mak n pak cik terjumpa my diari... malu wooo... asyik kene bahan jer....

    ReplyDelete
  6. diary opis bg utk 2011 BE x usik pun sbb kecik..tak puas..hehe

    ReplyDelete
  7. diari xde tp planner mmg wajib..tuk catat meeting bos..planner sndiri dlm fon je..xde mase kot nk tulis..hehe

    ReplyDelete
  8. penting sesangat.. saya lebih sng catat everythg dlm diary dari guna teknologi yg mcm2 skrg ni.. ehehe! diary ni mmg practical lg, kita pn jadi lebih aware dan organised.:)

    ReplyDelete
  9. Wahhh.. relevan bgi Zana!! Id adah lama tak tulis diari bagai ni.. hihihi. Melainkan diari di office.. kalau peribadi? Lebih kepada tulis kat hp je.. huhu

    ReplyDelete
  10. sbnrnya bagus jgk ade diari..tp sjak ade anak nie nk tulis pon xsempat..berebut adelah..huhu

    ReplyDelete
  11. herm.. qlah masa sekolah rendah je ada diary.. tu pun.. berapa minggu je. lepas tu , lesaps... hihi .

    ReplyDelete
  12. Dah lama takde diary.. Takde masa nak menulis.. Planner ada la..

    ReplyDelete
  13. penting gak lah..kak ita buat bujet setiap bulan...kalu lelain tu biasa cite kat blog aje..mcm diary gak tu...

    ReplyDelete
  14. hi..lama tol tak dtg sini. bukan lupa tapi tak BW semua blog kawan2. huhu... lps ni insyyalh kembali rajin nk bw ekekke... hope so

    diari? macam dah jarang kan tp masih penting terutama hal berkaitan pejabat dan luahan perasaannnnn hahahha

    ReplyDelete
  15. diari utk keje ada la utk peribadi xde kehkeh. eh eh i folo u :D

    ReplyDelete
  16. slalu ada diary..tp xbrape guna pon..huhu planner tu ada la..for certain dates yg penting..xbg lupa..kdg2 guna reminder kt henfon je..hehe :)

    ReplyDelete
  17. dulu ada diari masa zaman sebelum kawen.. sekarang ada belog so semua tulis dalam nie..diari macam dah tak penting lagi.. tp kat opis still pakai diari utk catat perkara penting :)

    ReplyDelete
  18. Penting...sebab saya seorang yang tak suka cerita masalah/ perasaan kepada sesiapa, so diari adalah teman terbaik saya. i can write anything, only me, the diary and Allah know :)+ planner juga penting bagi saya untuk organize masa dan kerja2 saya :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ