Sunday, March 18, 2012

Filem Vanila Coklat - Dari Drama Ke Layar Perak

Berita gembira untuk peminat drama Vanila Coklat!

Filem Vanila Coklat bakal diterbitkan.. bertambah sweet bila akan ada babak yang bakal dirakamkan di Paris & Rom.. mesti sweet!




Walaupun drama bersiri ini sudah pun tamat minggu lalu, namun peminat hiburan masih bercakap tentang kegilaan mereka terhadap 13 episod Vanila Coklat.

Berjaya mencatatkan lebih 4.5 juta penonton yang juga kami kira sebagai rekod dunia penyiaran untuk sebuah drama bersiri, ianya ternyata satu fenomena yang tidak boleh di’pandang ringan.

Oleh kerana itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) di’khabarkan kini berminat untuk menerbitkan filem penuh Vanila Coklat bekerjasama dengan Asia Media Content.

Penggambaran untuk filem Vanila Coklat ini akan bermula seawal awalnya pada penghujung Mei 2012 dan satu perkara menarik adalah filem ini akan mempunyai babak yang di’rakam khas di kota romantis Paris & juga Rom.

Kalau anda masih dalam mood drama bersiri Vanila Coklat, kami yang perlahan kerjanya ini baru sahaja terjumpa video bloopers untuk drama tersebut dan memang ternyata gandingan pelakon utama Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah comel apabila mereka bersama.

Nota cinta: mesti meletop filem ni...
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

5 comments:

  1. Salu camtu..dpt sambutan kt tv buat pilem.. Vice versa.. Tp cam bosan lah idea camtu.

    ReplyDelete
  2. wahhh..mesti gempak nyer nnti.

    ReplyDelete
  3. oh yeke..beshhnye pelakon2 diaaa...

    ReplyDelete
  4. haah, suratkabo arini pon ade berita dia, mesti peminat dia tunggu2 kan, vavava le cite tu nanti, kompom! :)

    ReplyDelete
  5. suka2...pasni nk tengok filem la plak...hehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ