Monday, April 9, 2012

Keputusan Penuh ABPBH 2011 - 25 Tahun

Anugerah Bintang Popuar Berita Harian 2011 berlangsung dengan penuh gilang gemilang.. mana x gilang gemilangnya, ABPBH kali ni meraikan 25 tahun (jubli perak).. bagi aku, keputusan untuk pemenang kebanyakannya dah boleh diduga..

Persembahan pembukaan bagi aku kira oklah.. cuma ramai sangat artis bergaya seksi untuk persembahan pembukaan tu.. hihihi.. pengacara ABPBH kali ni sampai 4 orang.. memang gamat.. gabungan Zizan, Sharifah Shahirah, Raja Azura dan  Didie Alias memang kecoh habis..

So jom kita tengok keputusan penuh ABPBH 2011..

Artis Berkumpulan/Duo Popular - Jack, Shila Hamzah & Ning Baizura (3 suara)
* yang ni memang aku dah agak & sokong diaorang menang*

Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla
*aku budget Neelofa menang*

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
*yang ni memang x dapat disangkal lagi.. memang terlebih popular FBI ni*

Artis Komedi Popular - Didie Alias
*jangkaan aku Sharifah Shahirah.. tetiba artis yang "suka" berfashion ni menang.. hihihi.. *

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Sheila Majid
*maintain jer muka & badan Datuk Sheila Majid ni kan.. masih cun!*

Pengacara Lelaki Popular - Zizan
*yang ni aku jangkakan Aznil Nawawi menang, tapi ok gak la Zizan menang..tapi terkejut gak bila Pak Nil naik pentas, rupanya dia nak bagi sendiri award tu kat Zizan* 

Artis Baru Lelaki Popular -Johan Ariff As'ari (Botak)
*aku dah jangka Botak ni boleh menang*

Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz
*sangkaan meleset habisssss.. aku ingatkan Aaron Aziz yang menang...



Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
*yang ni memang dah terlebih jangka FF akan menang*

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
*memang dijangka.. makin popular la FF lepas ni*

Artis Komedi Lelaki Popular - Johan
*Johan layak menang.. Zizan ok gak tapi rasaya Johan lagi kelakar kot*

Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza
*makin berseri Datuk CT ni*

Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
*dah menang AJL haruslah popular kan.. hihihi*

Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz
*memang dah dijangka.. penangan Ombak Rindu!*

Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
*no komen! hahahaha.. *

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
*penangan Ombak Rindu lagi... hebakkkkkk sungguh Ombak Rindu!*

Penyanyi Wanita Popular - Yuna
*dalam jangkaan ramai pihak.. pencapaian dalam dan luar negara yang sememangnya membuatkan Yuna makin popular..*

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 25 - Aaron Aziz
*aku jangka pun memang AA boleh menang! ramai gak yang jangkakan AA akan menang.. semua ni penangan Ombak Rindu la kan..


Tahniah buat semua pemenang!!

Persembahan yang buatkan aku x berkelip adalah masa Ziana Zain nyanyi dengan Lan Typewritter.. perrrgggghhhh, mantap beb!! serius meremang bulu roma masa tengok diaorang nyanyi..

Lakonan live Ombak Rindu pun berjaya memukau penonton.. tapi rasanya masa tu "Encik Aris" macam gabra pulak.. hihihi.. lakonan Lisa & Maya Karin ternyata terbaik..

Persembahan penutup pun best.. suara penyanyi yang mantap2 semuanya.. Salma, Hazama, Faizal Tahir, Amy Search.. serius best!!

Nota Cinta - korang punya jangkaan pulak macam mana? puas hati dengan persembahan & keputusan ?



Photobucket

8 comments:

  1. wah zana..dah siap update da...chinta semalam x sempat tengok pun..mengantuk...sedar2 dah pagi..hehhehe

    ReplyDelete
  2. cik fadh xtgok pown ABPBH malam td..sob sob sob..tengkiu la kak bgtau keputusan..huhu

    ReplyDelete
  3. syok layan semalam
    persembahan amy search memang power

    ReplyDelete
  4. akak sanggup tunggu smpi 12tgh mlm, semata2 nk tgk AA amik award,hahaha!!! lakonan mantap, tp akak setuju, encik haris gamaknya sedikit gubra, ramai crowd tu beb!!

    akak paling touching bila fizz fairus amik award, katanya dia xsangka dia ramai peminat...rendah diri betul mamat ni..

    paling xdpt terima, award pelakon wanita baru, tasha shila menang. kenapa bukan izara?? dia paling layak rasanya...

    dan tgk abpbh semalam adalah kerana nak tgk AA, cair bila tgk dia senyum ;)

    ReplyDelete
  5. sana sini ABPBH...waahhh..menagn besar ye abang aaron kita...

    ReplyDelete
  6. Tahniah pada semua pemenang terutama abg Aaron :D

    ReplyDelete
  7. puas hati tgk AA menang ABPH2011 kan...lena tido, hahahaa!

    Zana, thx comment kat blog saya n kasi kata2 semangat, rase cam nak sihat dah, heeee~

    ReplyDelete
  8. best-best seronok tengok AA menang...ada kawan siap cuti ari ne ,gi genting tengok AA,dia memang minat gila AA ne...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..