Friday, April 13, 2012

Tips Mengemas Rumah Lebih Mudah!

Setiap hari Jumaat, pagi2 lagi aku akan pergi jenguk 1 blog ni.. ni kira benda wajib buat sebelum memulakan kerja.. dah macam ketagih pulak nak baca blog tu sebelum hujung minggu menjelma.. blog tu ada banyak tips mengemas rumah lebih mudah! sesuai untuk wanita2 yang bekerja terutamanya.. 

Tips Mengemas Rumah Lebih Mudah!

Mengemasrumah.blogspot!! Blog ni lah menjadi pembakar semangat untuk aku lebih rajin mengemas rumah.. syok!!!

Sebelum ni pun banyak tips dari blog tu yang aku dah kongsikan dalam blog ni.. bagi aku, blog tu memang sesuai sangat nak dijadikan panduan buat para isteri.. kalau yang baru berkahwin tu, sesuai sangatlah kalau cuba amalkan tips2 mengemas rumah yang ada dalam blog tu.. 

Setiap kali baca blog tu, terus perasaan teruja nak mengemas rumah muncul menjelang hujung minggu nanti.. silalah cuba!! mana tau lepas ni rutin mengemas korang bertambah baik dari ke hari..

Tips yang sempat aku baca untuk cuba diamalkan hujung minggu ni adalah tentang Tips Ringkas Mengemas Rumah!!

1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan.

2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk.

3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin..

4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop.

5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga sering memerangkap habuk. Cara yang extreme, puan-puan kena basuh bunga tu. Tapi leceh pula sebab nanti nak kena gubah semula. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan mengelap setiap kelopak dengan kain lembap atau vakum dengan mini brush yang memang disediakan untuk vakum.

6. Puan-puan mesti suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik. Ha...alas meja tu kalau diperhatikan memang tak nampak, tapi kalau dipegang, mesti rasa macam ada pasir-pasir halus. Habuk tu namanya. Jadi bolehla dibasuh sekali sekala, atau di vakum guna mini brush...

7. Ada di antara kita yang gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang lagi..jadi ketika memvakum, vakum sekali rak buku kita atau lap guna kain yang sederhana lembap.


Nota Cinta: share la tips mengemas rumah korang pulak.. sharing is caring!!!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

16 comments:

  1. Ala...banyak tips yang kena guna vakum ni! mana boleh camni. Rumah bujang Nita maneda vakum. heee. Hujung minggu je balik kampung! memang tak ngemas ar. :P

    ReplyDelete
  2. smlm baru lps kemas umah.. lenguh sebadan rasanya... habis meja karpet.. semua sy angkat..hahhahahh...

    mklumla ada ank kecik, biasalah umah jd melekit2 kan..tu yg nk kne kemas lbh tu..hehhe

    ReplyDelete
  3. bab nk cuci bunga hiasan tu selalu failed.. xlrat sgt la zana oii.. smggu skali dh mop n vacum..bila part nk lap hiasan lain tu kna tggu 'naik sheikh' br nk mnjadi.. selalunya main gabus2 je dgn bulu aym... hahaha

    **kt pelosok mna dlm M'sia ni tmpt yg xde habuk..? nk p sanaaa... T___T

    ReplyDelete
  4. ameh pun seminggu sekali je vacuum n mop...itu pun lunch time hari jumaat kalo x berperang dgn si kecik tu...hehehe...

    pucuk pangkalnye pada diri sendiri kan Adieyza...kalau sendiri x nak usaha buat bagi manual satu library pun jalan jugak...hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Lepas kemas rumah mesti senyum lebar sebab licin berkilat je lantai...puas hati... Lgpun boleh sihatkan badan..keluar peluh..:-)

    ReplyDelete
  6. BE akan guna vacuum setiap kali nak kemas rumah.. Vacuum dulu br lap/mop jadi dia tak melekat. BE tak biasa nak guna penyapu sbb bila sapu habuk akan terbang sbb tu BE suka guna vacuum..hilang terus, habuk terbang pun tak..hehe

    ReplyDelete
  7. wah tips bagus ni sis.. tapi jijah takde rumah lagi.. duduk pon dengan mak.. hehe lagi satu banyak gunakan vacum pulak...huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. tak sangka ada blog yang bagus nih....
    panduan yang sangat berguna..

    ReplyDelete
  9. info yg bagus..selamat kita berkemas2 umah dikala weekend ye.. :)

    ReplyDelete
  10. tips yang sangat membantula zana...

    ReplyDelete
  11. Wah bgus ni.. Tapi klu ada anak2 mmg xleh nak berkemas..hahahahh

    ReplyDelete
  12. wah..ada tips gak eh..hehe

    hye sis!sihat?hee..lama xdtg jenguk nie..=)

    ReplyDelete
  13. bgus tips nih... sy selalu almari suker rapat kat dinding..bru tau tak sesuai sebenarnya..blh merangkap habuk...

    ReplyDelete
  14. http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/awesome-giveaway-by-us.html mari join sini dearr..banyak hadiah menarikk

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ