Friday, April 20, 2012

Maafkan saya kerana entry semalam..

Lupakan pasal entry sayu aku semalam... thanks pada semua yang ambil berat tentang aku & encik adiey.. aku hargai sangat2.. 

Tapi kan, aku pulak jadi risau bila ramai yang anggap entry tu terlalu serius bunyinya.. isu tu mungkin x sebesar yang korang fikirkan.. aku jer kot yang terlebih emosi sampai terupdate entry yang korang rasa isu tu terlalu sensitif.. 

Rasa bersalah pulak bila dah buat entry yang menyebabkan orang lain risau.. dapat call dari rakan blogger, dapat sms dari teman2, dapat private message FB dari kawan2.. terus rasa bersalah sangat2.. rasa bersalah sebab macam dah buat orang lain risau dengan isu tu.. padahal sebenarnya isu biasa jer.. 

Cuma, bila berita diterima dalam keadaan terkejut, korang faham kan perasaanya macamne? perasaan yang sukar diluahkan.. gelabah, gembira, sedih semua dah bercampur baur.. jadi, sebenarnya semuanya masih dalam kawalan, cuma bila berita diterima dalam keadaan masa yang suntuk, terus perasaan ni over sensitif..  

So janganlah anggap isu ni terlalu besar yer.. isu ni boleh diselesaikan dengan sangat mudah.. cuma perlukan sedikit kekuatan mental & fizikal daripada kami berdua.. so jangan risau yer.. dan aku mintak maaf kalau buat korang risau.. sorry sangat2.

Tentang isu berjauhan tu, memang yer.. cuma, bukan kerana trasfer order.. dan kami berjauhan pun untuk tempoh yang singkat jer.. 

Cuma yang menjadikan kelam kabut, adalah tempat dan tujuan yang nak encik adiey pergi tu.. itu yang sebenarnya membuatkan kitaorang terkejut tapi dalam masa yang sama tersangat2lah gembira.. insyaAllah, beberapa hari sebelum encik adiey berangkat, aku akan cerita yer.. 

Now, aku makin tenang.. lagipun sepatutnya kami gembira dengan berita tu.. dan seharusnya, aku redha dengan pemergian encik adiey.. kami yakin bahawa Allah dah merancang yang lebih baik untuk kami.. tapi bila nak berjauhan nanti & awal2 berjauhan tu, gerenti air mata ni x kan mudah untuk dihalang.. biasalah kan, dah biasa tidur berdua.. hihihi..

Tapi nanti bila ada yang tau kisah sebenar, aku harap sangat agar tak adalah pulak yang kata aku ni emosi terlebih sedangkan perkara tu masih boleh diselesaikan.. mungkin mereka yang melaluinya sahaja yang dapat faham masalah dan perasaan kami ketika ini.. 

Nota cinta: saya terharu dengan kata2 semangat rakan blogger.. luv u guys!!

12 comments:

  1. jadikan semangat buat zana ok
    zana kuat kan :)

    ReplyDelete
  2. harap semuanya berjln dgn lancar ye.. :)

    ReplyDelete
  3. oke da dpt tangkap sesikit kesedihan akak tu..banyak bersabar kak ye..setiap yg terjadi pasti Allah s.w.t dah aturkan sebaik2nyer utk makhluk2nya..

    ReplyDelete
  4. Tak pe zana, ida kan ada.. roger ida je!! Pastu kita hang out~~ heeee

    ReplyDelete
  5. mmg sedih sbb dah biasa tido berdua..tetiba tido sorang.
    saya kalau suami out station beberapa hari pun dah rasa sunyi dan sayu hati..
    mula2 mmg payah..lama2 akan terbiasa.

    ReplyDelete
  6. ehehehe... tgk...sume org syg kan zana...bila sunyi nanti...dtg sarawak ye.eka bawa jalan2 :)

    ReplyDelete
  7. IsyaAllah semuanya berjalan lancar.. jgn sedih2 ye kak.. :-)

    ReplyDelete
  8. semoga zana tabah mengharunginya...dan insyaallah semuanya berjln dgn baik...ameen

    ReplyDelete
  9. insyaAllah zana, semua ni ada hikmahnya dan BE percaya yg zana seorang wanita yg kuat semangat.. biasa la bg yg dh berumahtangga kita tak biasa tdo sorang2 apatah lagi sblh kite kosong je.. Berdoa lah agar hubungan zana dan suami akan sentiasa happy..amin..(^_^)

    ReplyDelete
  10. semoga semuanya akan baik2 saja.. take care dear! ^^

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..