Friday, February 18, 2011

TiPs MenJaDi PaSanGaN YanG Baik


JADILAH PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT
terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya.. jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik.. jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya..



BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN

jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan pasangan anda.. biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah atau kurang tepat.. sebaik-baiknya, cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.. amalkan sikap berterus terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan..


LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA

pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain..sertai pasangan anda dalam aktivit yang diminantinya dan cuba cintai aktiviti kegemarannya ataupun setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi..



FAHAM MEMAHAMI & BERTOLAK ANSUR

terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda.. jangan terlampau mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda.. jika pasangan anda bahagia, sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya..



TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA

belikan hadiah istimewa untuk si dia atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta terhadapnya.. tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan kerana kejutan sebegini akan membuatkan pasangan anda merasa terharu & disayangi..


HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

berhenti daripada tabiat menyindir pasangan.. sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya.. belajarlah menghormati pasangan dengan menerima segala kelemahannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka ataupun sindiran..


LUPAKAN PERISTIWA LALU

jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda.. jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama.. sikap ini hanya akan mengguris perasaan pasangan anda..



BUANG SIKAP CEMBURU

cemburu memang perlu dalam hubungan tetapi jika keterlaluan ia akan menghancurkan rumah tangga.. ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga.. beri kepercayaan penuh dengan pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif..



TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN

pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda.. jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa juga situasi.. pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan..



JUJUR

bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya..jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara.. anda perlu jujur pada diri sendiri terlebih dahulu & seterusnya anda perlu jujur terhadap pasangan anda..


6 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..