Thursday, November 17, 2011

Tips Suami Kekal Ceria Semasa Shopping


Cabaran yang utama untuk berpasangan pergi shopping adalah bagaimana mengekalkan motivasi suami agar mampu bersama isterinya daripada awal masuk ke shopping complex hinggalah pulang ke rumah.. Isterilah yang patut memainkan peranan penting..

Kali ni jom kita kongsi tips yang boleh dilakukan oleh isteri apabila mengajak suami bershopping!


couple shopping!!



1) Setiba di shopping complex, terus bawa suami ke medan selera atau restoran makanan kegemaran suami.. layanlah dia makan sepuas-puasnya.. ini akan memberikan tenaga untuk suami dan akan melambatkan rasa keletihan serta tertekan nanti.. kesilapan yang berlaku adalah apabila meletakkan acara makan selepas selesai membeli belah.. pendekatan ini agak terlambat untuk mengembalikan keceriaan suami.. biasanya jika suami yang tadinya bermasam muka, pastinya selera makannya pun hilang.

2) Jika di shopping complex itu ada troli, biarlah suami yang menolaknya.. ini akan melekakan dirinya dengan 'mainan' itu.. memang orang lelaki suka barang mainan.. tugas isteri adalah cepat2 memberatkan kandungan troli agar bertambah 'macho' suami menolaknya..

3) Jika pasangan membawa anak kecil, eloklah letakkan di atas troli di ruang khas untukanak kecil.. jangan suruh suami mendukung anak kecil.. ini akan menyebabkan dia cepat letih..

4) Dari masa ke semasa, pantaulah tingkah laku suami.. setiap tiga puluh minit, lihat air mukanya.. jika kelihatan letih, cepat2 cadangkan dia pergi ke tiga jenis kedai yang dapat mencajkan semula hormon testosteronnya iaitu kedai komputer/telefon, kedai video atau kedai hardware.. 

5) Jika isteri inginkan pandangan daripada suami untuk membuat pilihan, sila senarai pendekkan pilihan itu hanya kepada dua sahaja.. ini memudahkan suami membuat pilihan.. jika beri pilihan lebih daripada dua, ia menyebabkan suami stress.. oleh itu, jangan tambahkan stress suami dengan pilihan yang lebih daripada dua..
 
6) Jika isteri berjanji untuk pulang pada waktu tertentu, sila tunaikan janji tersebut.. ini membolehkan suami itu memujuk mindanya..
 
7) Akhir sekali, jika isteri tadi puas ditemani suami bershopping dan semua barang serta kehendaknya tercapai, cepat-cepatlah puji suami itu di atas kesabarannya menemani dan mungkin boleh berikan sesuatu yang menajdi kegemarannya..

Sumber - Article by Pak Utih (Perunding Kekeluargaan) in Anis Magazine

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

19 comments:

  1. mase bercinta2 ni, masing2 mmg kuat bershopping . lom nmpak muke2 jemu g shopping . da kwen nnt tatau la pe cternyer..haha

    ReplyDelete
  2. tip #4 mmg diakui berkesan..tapi tip #1 tu xleh praktik la buat kami..sbb sidia jenis perut dh kenyang,lg cpt ajak balik..huhu

    ReplyDelete
  3. good tips sis..=)

    xsabar nak kawin..hoho

    ReplyDelete
  4. nice tips hehehe..tp tunang uya bile uya dh senarai pendekkan pilihan jadi 2 pun die tetap x membantu utk buat plhn mcm mane heheh..

    ReplyDelete
  5. Tips dari ida....

    Ajak hubby shopping barang dia dulu, barulah shopping barang kita... Msti hubby tak penat, sebab hati berbungabunga dpt barang dia.. hihhiihi

    ReplyDelete
  6. ekekekek, troli ibarat mainan ek...

    tpi mmg sgt membantu info ni, TQ

    ReplyDelete
  7. Wahhh!!menarik nie..

    Pasti akan dipraktikkan :)

    ReplyDelete
  8. so far hubby saya x pernah boring sbb saya kalau shopping kejap je.. beli ape yg perlu sahaja... :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah hubby aku sporting kalau aku ajak shopping..tak pernah merungut...

    ReplyDelete
  10. wah, baguss ni...
    blh apply ni.. supaya encik suami x bosan

    ReplyDelete
  11. ila bleh apply neh bila sudah bersuami..ehheheh

    ReplyDelete
  12. tips yg bagus.. tapi hubs fara lebih suka shopping dari fara tau.. fara pulak penat ikot dia tawaf soping complex hihihi.

    ReplyDelete
  13. tolak troli berat tu bt suami nmpk macho eh??hahaha boleh amalkan ni..hihi

    ReplyDelete
  14. hehe..zaman bercinta zana..si lelaki akan memaniskan wajahnya shj bila si gadis sibuk bershopping...kalau stress pon kate OK..takpe


    tp bila dah berkahwin ni...semua kena fair n luvly..kalau D, bila time bershopping D akan pastikan kami akan mengunjungi tpt2/barang2 lelaki..mcm baju, kasut... boot....d sbgnya... So, masa tu, kita akan layan dia menelek barang pula..even ia tak beli..sekurang2 ad menda yg dia berminat dan mintak pendapat kita utk beli kemudian hari nt...

    acara makan D bila terasa perut lapar...hubby D suke eskrim mcD..so, kalau tengok muka dia layu jek..D belikan eskrim.

    ReplyDelete
  15. alah...tengah tak ada boyfie ni nak ajak sapa pulak lah g shopping! hehe. tp bab makan tu betul lah...

    ReplyDelete
  16. bagus tips ni..utk tunang pn boleh jgk..hihi..;)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ