Monday, September 24, 2012

Bila Member Datang Rumah & Photoshoot Di Putrajaya

Last week kawan masa zaman Diploma kat Melaka datang kat rumah.. mula2 nak datang beraya, tapi sebab masing2 sibuk, so lepas raya baru dapat jumpa.. 


 Diaorang sampai pukul 9 malam.. masing2 balik kerja dah lewat, so sampai pun lewat la jugak.. sampai2 terus makan.. sambil makan sambil borak mengimbau kenangan lama.. kenangan 7 tahun lepas.. hohoho..



Masa diaorang datang ni, Encik Adiey hanya mampu memandang jer la.. sebab masa tu dia tengah pantang makan untuk ujian rawatan kat Hospital Putrajaya.. kesian gak dia.. tapi aku dah janji dengan dia. lepas dia sembuh aku akan belanja dan masak apa jer yang dia nak makan selama seminggu.. hehehe..



Habis borak dan makan dah pukul 11 malam.. member2 ajak lepak kat luar pulak.. aku ok jer.. kitaorang lepak dekat dataran depan Masjid Putra.. masa tu ramai giler orang.. seronok betul dapat lepak sambil bergambar dengan member2.. tapi cian dekat wife member aku sebab dia dah letih plus tengah pregnant.. tapi dia ok, dia lepak dalam kereta jer masa kitaorang lepak2 kat luar..



*dah macam cover album kan?? 

Encik Adiey tolong jadi jurugambar kitaorang malam tu.. dalam setengah jam kitaorang bergambar.. tak berani lama2 sebab kesian dekat wife member yang dah keletihan tido dalam kereta tu.. setengah jam tu pun dah kecoh & gelak2, agaknya kalau lagi lama ntah macam mana lah..


Seronok sebenarnya bila member2 datang ke rumah ni.. orang kata setiap  orang yang datang ke rumah kita sebagai tetamu kan pembawa rezeki.. bagi aku, kalau tetamu nak datang rumah ni, skill mengemas aku makin pantas.. skill nak menghidang makanan pun nampaknya makin maju..hehehe.. 


Sebabnya, bila tetamu nak datang baru rasa nak mengemas rumah laju2, kalau x asyik bertangguh jer.. masa nak hidangkan makanan kat tetamu pun, tau pinggan atau piring mana yang sesuai nak guna.. masa tu jugak baru perasan yang dah lama sebenarnya aku x beli set pinggan mangkuk baru.. hahahha... serius, aku pernah beli set pinggan mangkuk yang lengkap 2 tahun lepas, tu pun masa baru kahwin.. sampai sekarang x ada beli2 apa2 set pinggan mangkuk yang baru.. hehehe.. *leh buat alasan untuk beli baru x agaknya?? hohohoho..

Nota cinta: yang baru terhegeh2 nak belajar hias rumah sebab tengok rumah orang cantik jer bila kita gie beraya.. hahaha..
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

7 comments:

  1. Suka tgk layout bekas kuih tu..kemas

    ReplyDelete
  2. huhu cantik dan kemas ! bile la fadh nk smpai umah akk ni ? ade pakej penginapan sekali x kak ? kikiki (justkidding)

    ReplyDelete
  3. mmg org ckp kalo ade tetamu dtg umah tu pembawa rezki kan..:)
    cntik je umah zana..kemas! english style..:)

    ReplyDelete
  4. kalau ada anak ni... 5 minit jela kemasnya tue... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Raya dah habis pun.. kita tak pergi beraya pun.. poyo je lebih! ;p

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ