Friday, September 14, 2012

Tips Hubungan Mesra Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 


Hubungan dalam perkahwinan bukanlah sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami.. tapi memerlukan kita menjaga kasih sayang dan kemesraan yang dibina sejak awal perkenalan berkekalan hingga akhir hayat.. 

Photobucket

12 comments:

  1. InsyaALLAH.. semoga terus kekal hubungan para suami dan istri.. sama2 lah kena menjaga hubungan moga kekal dan terus bahagia.. kan..

    ReplyDelete
  2. perkahwinan ibarat pohon, tumbuhnya ia tak menjanjikan subur selamanya. kenalah kita siram, baja, belai selalu..

    ReplyDelete
  3. tq sharing tips ni...leh awin share ngn bakal suami.. ;)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, hampir semua yg ada dalam tips tu yani tengah amalkan.....good tips zana!

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing tip..
    semoga zan n adiey bahagia sampai nafas yang terakhir..amin

    ReplyDelete
  6. beautiful tips..thanx for sharing..sorry kelmarin BE tido awl..hehe

    ReplyDelete
  7. hehe~wah..pasnie lebih romantis la en.husband nieyl..klu die baca tips nie..hahaha~

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah hmpir smua kami amalkan...smoga kebahagiaan sntisa milik kite kan,zana..

    ReplyDelete
  9. kak! bagusnya tips ni.. InsyaAllah jijah amalkan..

    ReplyDelete
  10. thanks zana kongsi tips nih. sgt berguna nih huhu

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..