Monday, September 24, 2012

Hospital Putrajaya - Ujian Kolonoskopi Untuk Encik Adiey

Lama x update blog.. lama x singgah blog kawan2.. lama x dapat nak komen kat entry kawan2.. maaf sangat2..
 
Sampai hujung minggu ni memang keadaan x berapa nak mengizinkan untuk aku berehat panjang.. sejak minggu lepas lagi aku kurangkan aktiviti online.. keadaan dan masa memerlukan aku untuk bagi perhatian lebih pada suami tersayang..
  
Jumaat hari tu, Encik Adiey ada ujian rawatan kolonoskopi dekat Hospital Putrajaya.. ni kali ke 4 jumpa doktor pakar.. puncanya, Encik Adiey kerap sakit kat bahagian perut dan kadang2 bleeding masa perkumuhan.. lepas beberapa kali jumpa doktor pakar, Jumaat hari tu adalah hari untuk ujian kolonoskopi..

Ujian ni sebenarnya nak tengok keadaan usus dan bahagian dalam perut untuk tau apa sebenarnya punca sakit tu.. doktor akan masukkan kamera ke dalam usus untuk tengok ada masalah atau x..  masukkan kamera melalui punggung.. siap Encik Adiey cakap, "mintak2 dapat doktor lelaki sebab segan!".. sekali masa ujian dapat 2 doktor lelaki dan seorang perempuan.. hehehe... 


Sebelum ujian ni, 3 hari Encik Adiey kena pantang makan.. hanya boleh makan bubur.. x boleh makan roti, buah, sayur, ikan dan semua makanan berserat.. air pun sekadar air putih, teh o' atau 100 plus.. kena pantang supaya usus clear masa ujian nak dibuat.. 

Sehari sebelum ujian kena minum ubat yang doktor bagi.. lepas makan ubat tu, Encik Adiey keluar masuk toilet lebih daripada 15 kali.. start pukul 12 malam sebelum ujian sampai pagi tu kena puasa makan dan minum.. pukul 6 pagi kena makan lagi sekali ubat then sekali lagi Encik Adiey pergi toilet 6 kali sebelum ujian dibuat..

 
Sampai Hospital Putrajaya pukul 7.30 pagi.. persediaan sebelum ujian makan masa yang lama jugak.. ujian start pukul 10 pagi hingga 11 pagi.. keluar dari bilik rawatan ujian kolonoskopi, Encik Adiey x berapa sedar.. ubat bius dan ubat tido still ada lagi..



Malam hari Jumaat tu Encik Adiey x boleh tido sebab ubat bius dah habis.. susah betul hati aku masa tu.. bila dia x boleh tido, x kan la aku boleh tido lena kan? so sepanjang malam tu berjaga..

 
Sabtu dan Ahad pun dia still rasa sakit.. x sure sama ada kesan daripada ujian tu atau kesan ubat tu nak melawan penyakit.. pagi tadi pun still rasa sakit but dia nak gie keje jugak.. if x ok, petang ni nak pergi Hospital balik.. risau pulak aku dengan tahap kesihatan dia sekarang..
 
Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan yang baik untuk Encik Adiey.. banyak msg kat phone dan fb yang aku dapat.. banyak jugak komen dekat fb yang mendoakan Encik Adiey cepat sembuh.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik semua.. terima kasih sangat... sedih bila tengok dia banyak diam, sebab selalunya dia sangat2 ceria kat rumah.. hope sangat dia cepat sembuh..
 
Nota: next appoitment bersama doktor pakar pada 5 November 2012 di Hospital Putrajaya ..
 

Photobucket
 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

24 comments:

  1. sabar ya...kita doakn semoga cepat sembuh...aminnn

    ReplyDelete
  2. semoga encik suami cepat sembuh dan sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  3. Bersama kita doakan moga En Adiey segera sembuh.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zana, anis harap encik adiey cpt sembuh seperti sediakala.zana sabar ye..insyaALLAH sume baik-baik saje.

    ReplyDelete
  5. Insyaallah nnt ilang sakit tu yer.. Ayah ros sakit lama jgak sbb tiub tu klu kot saraf... :(

    ReplyDelete
  6. semoga incek suami zana cepat sembuh ea..chenta pernah rasa benda yang sama mcm zana. :)

    ReplyDelete
  7. Sakit itu penghapus dosa..Jadi tak apa, itu salah satu ujian Dia buat hamba yg Dia syg....InsyaAllah semuanya akan baik......:)

    ReplyDelete
  8. Be strong Zana, sebab org tersayang memerlukan anda sekarang. =)

    -Dakpink-

    ReplyDelete
  9. moga dipermudahkan semuanyer ye zana!

    ReplyDelete
  10. sabar ye zana...smoga hubby u cpat sembuh..

    ReplyDelete
  11. moga zana tabah dan kuat semangat untuk semua dugaan ini...
    berdoa agar En. Adiey cepat-cepat sembuh......

    ReplyDelete
  12. semoga akak tabah hadapi ujian Allah nie yea...:) semoga abg adiey cpt baik...:)

    ReplyDelete
  13. Kesiannye suami zana..get well soon okayh..

    ReplyDelete
  14. moga semenya baik2 shj utk suami zana..

    ReplyDelete
  15. Salam Zana n en adiey...maaf ler lewat komen n nak bertanya khabar en suami tu, cmana keadaan sekarang, ada kurang ke sakit tu.? Hope semuanya beransur baik..

    ReplyDelete
  16. Adiey dah ok sekarang? Hope makin sembuh ye zana.. zana kan pandai jaga... heeee~

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum akak..kita tgh cari info tentang kolorektal. Then terjumpa blog akak. Menarik info yg akak shared. Anyway adik ipar saya pun sering sakit perut dan buang air besar berdarah. Baru2 ni dia ada jumpa physician kat specialist tp Alhamdulillah semuanya normal. Pelik sbb doktor pun xtau ape punca dia sakit perut. Boleh saya tau husband akak sakit perut di bhgian mne?? Kot2 boleh mnjadi rujukan. Saya minta sgt2 akak reply kat emel saya faizkuni@gmail.com sbb saya nak info pasal tu. Dan ada juga beberapa soalan yg saya nk tnye. Hrp akak dpt mmbntu. Dan semoga husband akak dpt sembuh sepenuhnya..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum akak. Saya sedang buat carian tentang kolorektal dan jumpe blog akak. Menarik info yg akak shared. Semoga husband akak dah pulih sepenuhnya. Anyway adik ipar saya pun ada sakit perut dan buang air besar berdarah. Baru2 ni dia ada jumpa physician kat specialist tp Alhamdulillah semuanya normal. Yg peliknya xdpt kesan sakit perut dia tu nape. Boleh akak bgtau husband akak sakit perut di bhgian mne ye? Kot2 boleh mnjadi rujukan. Saya minta sgt2 akak reply kat emel saya balqish.ramzi@yahoo.com sbb saya nak info pasal ni. Hrp akak dpt mmbntu. Jasa akak Allah saja dpt mmblsnya. Amin.

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ