Tuesday, September 4, 2012

Gambar Raya Keluarga Zana Adieyza

Acara wajib setiap tahun.. gambar penuh ahli keluarga Encik Mohd Jumaro Bin Marzuki dan Puan Azizah Binti Yakimin.. tahun lepas jumlah ahli seramai 24 orang.. tahun ni, jumlah ahli bertambah kepada 27 orang!! 


Tahun ni konsep pakaian adalah santai.. ada 2 sebab utama kenapa x semua pakai baju raya adalah yang pertama, semua excited nak mulakan acara BBQ (seperti yang diceritakan pada previous entry) dan yang kedua kebanyakan anak2 buah mengamuk x nak pakai baju melayu dengan alasan dah masuk raya ke 4.. huhuhuhu.. 


Mula2 paksa semua anak buah duduk dulu.. memandangkan masing2 semuanya terlebih lasak, jadi abah mengunakan konsep tentera untuk memaksa semua cucu2 duduk berhimpun.. macam kem tentera dah masa tu.. abah jerit nama sorang2 supaya semua duduk kat tempat yang sepatutnya.. hihihi..


Lepas semua cucu2 dah duduk kat tempat yang sepatutnya barulah anak2 dan menantu2 ambik tempat.. aku memang last sekali sebab aku yang setting kamera.. huhuhu.. as usual, setiap tahun gambar aku mesti tersepit sebab lari2 dari kamera ke tempat gambar.. huhuhu.. 



Tahun ni lebih mencabar nak ambik gambar sebab ada 3 baby kecik dalam family besar kami.. baby2 tu semua dah mula nak merengek masa nak ambik gambar tu.. jenuh nak bagi baby2 tu diam dan pandang kamera.. hihihi..

Lepas gambar family, gambar keluarga kecil pulak.. mula2 family Kak Long.. tahun lepas anak Kak Long baru 3 orang.. tahun ni dah ada 4 orang.. welcome to our family baby Hakim!



 Then gambar family Kak Ngah.. tahun lepas anak Kak Ngah pun 3 orang.. tahun ni tambah lagi sorang.. welcome to our family baby Izwan!



Ikut urutan seniority, jadi family ke 3 ialah family Kak Uda.. family Kak Uda masih mengekalkan ahli seramai 7 orang.. x ada tambah2 lagi.. tapi x taulah tahun depan nak tambah ke tak.. hahahha.. abang ipar aku yang ni lah yang bertungkus lumus masa projek BBQ.. sampai mak kata dia terasa macam ada menantu perempuan.. hihihi



Then, family ke 4 iaitu family Kak Im.. pertambahan ahli daripada 3 orang kepada 4 orang.. kelahiran baby girl yang amat2 dinanti oleh keluarga terutamanya oleh aku! hihihi.. welcome to our family baby Alya! u r so sweet!



Family terakhir dan paling sweet (perasan!), aku bersama encik adiey.. ahli x bertambah2 pun.. masih berdua.. harapnya tahun depan dah bertambah ahli keluarga Adieyza ni.. insyaAllah.. sebab berdua, jadi banyaklah posing manja yang dapat dirakamkan sampaikan ahli keluarga lain kata "sudah2 la tu!".. hahahaha..




Abah pesan supaya tahun depan ahli keluarga mesti ada pertambahan.. wah, bukan main lagi yer abah.. x cukup lagi tu cucu2 yang ada.. nampaknya aku kena berusaha dan berdoa lebih supaya dapat membantu hasrat abah tercapai.. hihihihihi.. doakanlah yer..


Nota Cinta: Bila masih bergambar berdua, terasa sangat "kekosongan" tu.. 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

15 comments:

  1. Chaiyuk kak zana.. Hihihi..best tau usaha gigih ni.. Sonok tgk gmbr beramai nih :p

    ReplyDelete
  2. suka..famili bahagia la zana...
    **insyaallah tercapai hasrat hati...

    ReplyDelete
  3. Wah meriah

    **picture yg bawah tu, amboi amboi :))

    ReplyDelete
  4. Wah Zana! Amboi amboi......... Mana kosong? Taknampak pun..... =)

    ReplyDelete
  5. Meriahnya gambar raya dia.
    Happy dan seronok je nampak.

    Bersabar lah Zana ye. *memahami sambil lagu anuar zain bersabarlah sayang berkumandang ;p

    ReplyDelete
  6. amboi...garangnya abah...siap guna konsep tentera lagi...ekekek...

    tapi bagus tu, sbb susah nak bagi budak2 tu dgr ckp...

    ReplyDelete
  7. besar family zana....
    meriah sangat....
    berlatar belakangkan bendera malaysia lebih cantik rupanya......

    ReplyDelete
  8. meriah keluarga dia.. hue hue hue... yang berdua tue.. Insya Allah tahun depan bertambah lah tue.. XD

    ReplyDelete
  9. KELUARGA BESAR...

    PIC LAST TU... amboi3... suwit...

    ReplyDelete
  10. meriahnya..merdeka raya ni...kosong ke zana?xde pun chinta tgok..yg penting happy n bahagia sokmo k

    ReplyDelete
  11. insyaAllah..mesti tahun depan jadi berempat *sebab terus dapat twins..hehe*

    ReplyDelete
  12. besarnya keluarga akak.. seronok nya bila berkumpul macam ni..best best!

    InsyaAllah tahun depan baby akak pulak muncul.. Amin..amin.

    ReplyDelete
  13. meriahnya.. bila dpt berkumpul ramai2 ni mmg rasa sgt seronok kan? setiap tahun mmg akan ada pertambahan ahli keluarga dan itu menjadi lbh menyeronokkan.. :)

    meriahnya rumah dgn bendera.. semangat merdeka nie.. :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ