Wednesday, March 13, 2013

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2013


Bulan lepas (nampak sangat entry tertangguh!!), aku ambik beberapa hari cuti untuk pergi melawat adik beradik kat Johor Bahru.. ada sorang adik Encik Adiey stay dekat JB tu.. then Kak Long aku pulak stay dekat Pasir Gudang.. so dapat melawat dua adik beradik dalam satu masa..

Masa kat JB tu sempat pergi Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang.. x jauh pun dari rumah Kak Long.. first day datang dengan parents.. kebetulan memang janji dengan parents nak datang sama2 rumah Kak Long.. datang waktu petang so sesuai sangatlah masa untuk tengok penganjur terbangkan semua layang-layang.. 


Macam-macam bentuk layang-layang yang ada kat situ.. unik!! ko tengok la tu.. motor terbang!! hahahaha.. unikkkkk..



Second day kitaorang datang lagi sekali.. kali ni datang dengan 3 dara pingitan.. bawak anak buah dan 2 orang kawan baik dia sekali.. diaorang ni memang ke mana-mana mesti nak together2.. parents masing-masing pun dah tau betapa akrabnya hubungan diaorang.. so, aku nak ambik peluang untuk kenal lebih dekat dengan kawan-kawan anak buah aku tu..


Budak 3 orang ni bukan main sopannya.. diaorang ni yang menggelarkan diri sendiri dengan gelaran "saya" dan memanggil BFF lain dengan panggilan "awak".. hohoho.. sungguh sopan santunnya.. kalau aku dulu panggil "aku" & "kau" jer.. hahaha..


Dekat booth ni dekat setengah jam! budak-budak ni rambang mata nak memilih brooch yang super cute tu.. lepas tu, sempat jugak buat keychain comel.. 

Sajer belanja diaorang brooch & keychain comel supaya dioarang nampak comel.. hihihi.. masa buat keychain ni la yang aku tempah sekali keychain nama "ADIEYZA" macam entry aku last week tu.. 


Anak buah aku jer skema.. tulis nama dia jer.. hahaha.. kawan dia yang sorang tu memang peminat Justin Bieber.. sanggup dia x tulis nama dia asalkan ada nama Bieber tu.. yang sorang lagi pulak fanatik dengan Aaron Aziz.. siap letak nama dia love AA lagi.. curlasss budak2 ni tau..


Murah babe!! 1 keychain baru RM5.. ko nak tulis apa,nak letak apa pun boleh.. x ada charge lain melainkan RM5.. ada saiz keychain yang besar, ada yang kecik.. tapi besar ke, kecik ke harga tetap maintain RM5..

Time bawak budak-budak ni tengahari.. panasssss sangat cuaca masa tu.. tapi, tetap banyak layang-layang yang dinaikkan.. sebab petang tu ada perasmian so lagilah meriah sebab masing-masing nak naikkan layang-layang..


Memang best festival ni.. dengan keluasan tempat festival tu yang besar, dengan banyak gerai jualan & pameran, dengan crowd yang memang ramai.. memang meriah.. kalau ada tahun depan boleh la pergi lagi.. seronok!


Seronok dapat luangkan masa dengan anak dara 3 orang tu.. sampaikan aku ni pun berangan la berjalan dengan diaorang seolah-olah aku ni anak dara.. hahahha.. *giler poyooooo statement ko Zana..


Sejak pergi festival, nampaknya hubungan aku dengan BBF anak buah aku tu makin erat.. bertanya khabar dekat whatsapp dan viber.. siap berkongsi tips belajar.. macamlah aku ni pandai sangat kan nak kongsi2 tips belajar.. padahal result PMR diaorang lagi gempak daripada aku.. hahahaha..

Nota cinta: gambar masa cuti kat JB x banyak pun.. dah balik baru perasan kurang ambik gambar.. maybe seronok sangat jumpa adik beradik & anak buah.. 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Assalamualaikum zana. hahaha kerlass kau berjalan dengan anak dara. miahahahhaa. oh kat jb ek? teringin nak g pasir gudang. hehehhee sheila tak dan jalan sana lagi

    ReplyDelete
  2. Dah beberapa kali kakcik ke Pasir Gudang, tapi belum pernah masuk ke Muzium Layang2 tu. :)

    ReplyDelete
  3. zana ko pun dah sama besar ngan budak-budak tu.. hikhikhik

    ReplyDelete
  4. eh, dulu masa sekolah, kite pun selalu ckp awak saya jugak dgn bff...lemah lembut gitu..hahaha..,

    bestnya dpt g festival lyg2 tu..

    ReplyDelete
  5. seronoknya..hubby pun ader gak ajak ke sana tengok layang2 macam best jer

    ReplyDelete
  6. hah best kan.. alise pon sempat g.. yang terkagum skali pokok tu la.. anak sedara sampai tak nak gerak balik..

    salam kenal.. sebelom ni silent reader jek..

    http://alfakhishah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Saya asal JB...Mmg dah lama teringin nak ke festival layang2 ni...

    ReplyDelete
  8. ermmm... dalam byk2 negeri kat malaysia ni.johor area pasir gudnag & JB sue x pnah jejak langsung... huhu

    ReplyDelete
  9. ida kan ade dpt tapak kat situ. kemaiiin jauh nak pergi. kalau tahu zana pergi sini, ida berniaga choc kat sini! pastu paksa zana beli.. hahahhahahaha!! eh eh ida mcam ternampak layang layang bentuk moto? mak oiiiiiiiiiii dasatttttt

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ