Wednesday, March 27, 2013

Khasiat Coklat : Menyebabkan Rasa Sayang & Berahi?



Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram. 

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan. 

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanitayang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Coklat ni memang kaya dengan antioxidant. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang. 

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala. 

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. 
 
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu. 

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres. 



So ada sesiapa yang teruja x lepas baca info ni? kalau yang dah kahwin tu, lepas ni boleh la buat stok coklat kat rumah.. agak2 nak manja2 lebih, boleh makan coklat bersama-sama.. eh?? hikhikhikhik...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. skrg mmg stok coklat penuh atas meja..hehehe..sentiasa lapar la kate kannnnn :D

    ReplyDelete
  2. mila makan coklat bila teringin je kak, kadang-kadang bila kita teringin nak makan coklat itu bermakna kurang air dalam badan kita :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. heee. yeker? sheila rasa coklat je. hohoh.

    ReplyDelete
  4. nory sukaaaaa makan coklat...
    patutlah tiap kali makan coklat, rasa nak "makan" Abi plak...
    heheheheheh

    ReplyDelete
  5. salut badan dgn coklat.. suruh laki makan.. ehhh apakah... wakakakaka

    ReplyDelete
  6. bab berahi suka je kan ko zana! hikhikhik! tapi i pun shuke! *blush

    ReplyDelete
  7. yumyum....saye suke coklat....

    ReplyDelete
  8. sue mmg ske coklat..tapi tak ske yang kosong je..msti yang ade nuts ke, mcm snickers tu..
    yummm..rase nak beli balik ni

    ReplyDelete
  9. nak chocolate? sila la sewa chocolate fountain ida.. eh? hahahhahaha

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ