Friday, March 11, 2011

Tips Memujuk Pasangan

BIARKAN SI DIA UNTUK SEKETIKA
Kala pasangan anda merajuk, beri sedikit ruang kepadanya untuk menenangkan perasaan. tindakan tergesa-gesa memujuk pasangan dengan menabur janji manis hanya menunjukkan ketidakikhlasan anda. sekurang-kurangnya dengan masa yg ada pasangan anda dapat berfikir dengan lebih waras tanpa diselubungi emosi dan kemarahan yg dirasainya ketika sedang merajuk.


JANGAN EGO, MINTA KEMAAFAN

Baik suami mahupun isteri, elakkan daripada bersikap ego. meminta kemaafan bukan satu kerugian mahupun menjatuhkan martabat anda. sebaliknya dengan meminta maaf anda dapat menyejukkan hati pasangan dengan memberi isyarat bahawa anda benar-benar menyesal dengan apa yg anda lakukan terhadapnya.

CUBA CUIT PERASAANNYA

Hiburkan hati pasangan anda dengan celoteh manja dan memori indah yg pernah anda lalui bersama. sesekali cari idea kelakar agar pasangan anda mampu tersenyum dan tertawa. sekurang-kurangnya ia dapat menjernihkan suasana dan menggembirakan pasangan anda.


BELIKAN HADIAH ATAU KEJUTAN ISTIMEWA

Hadiah dan kejutan istimewa terlalu ajaib bagi pasangan suami isteri kerana ianya boleh mencairkan hati seseorang. justeru sehari selepas mengguris hati pasangan anda, cuba singgah di mana-mana kedai kegemaran pasangan anda dan belikan barang kesukaanya. jangan terlalu lokek kerana pada saat ini perasaan pasangan anda lebih berharga.


JANGAN PANDANG REMEH
Ramai pasangan suami isteri memandang remeh apabila pasangan merajuk. biasanya golongan ini akan membiarkan pasangan membawa perasaan sendiri sehingga si dia kembali normal dan membiarkan masalah hilang begitu sahaja. tindakan ini hanya akan membuatkan pasangan hidup dalam tekanan, dendam dan tidak puas hati sehingga boleh menggoyahkan kehidupan rumah tangga yg dibina.

JANGAN ULANG KESILAPAN

Jangan ulangi kesilapan yg sama. sekiranya anda mengulanginya, ia menunjukkan anda tidak peka terhadap perasaan pasangan anda.



4 comments:

  1. Yang penting, kesabaran dan persefahaman...

    ReplyDelete
  2. wahhhh bagus tips...insyaAllah bila tiba waktu, nadia akan cube praktikkan....hihihihi

    ReplyDelete
  3. nadia, mmg bagus kan tips ni.. selamat mencuba (walaupun xtau bila nadia akn mencuba.. hihihi)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..