Monday, March 14, 2011

Weekend Bersama Famiy In Law


Hari ni lambat cikit taip entry baru.. sebab awal pagi dah attend meeting.. balik meeting ni terus sedaya upaya nak publish entry baru..

Jumaat yg lepas, family in law ada datang Lovelyhome.. dapat tau yg family in law nak datang sejam sebelum tu.. nasib baik rumah dalam keadaan ok since last week memang mood kemas rumah agak terlebih.. hihihi..

Sabtu bangun macam biasa.. agenda pagi tu nak hantar rombongan meminang adk ipar aku.. majlis ni serba ringkas sebab last minute baru plan.. tapi tetap meriah..hantar rombongan meminang ke Sungai Besar, Selangor.. jauh gak perjalanan dari Putrajaya nak ke sana.. tapi berbaloi2 gak la sebab dapat makan yg sedap2.. hihihi..


Petang tu ayah mertua ajak semua tengok movie.. risau la jugak takut x ada tiket sebab dah petang kan.. lagipun ayah mertua nak tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa.. citer kan baru jer kelaur, so tiket mesti banyak sold out.. tapi try jugak cari tiket dekat GSC USJ..

Nasib baik ada lagi tiket.. dah la nak tengok wayang 11 orang kan.. ada masa sejam setengah sebelum movie tu start.. masa ni husband bawak anak buah masuk kedai permainan.. memang niat nak belikan hadiah untuk si kecik tu since 8/3 hari tu birthday dia.. dah setahun budak kecik tu.. sangat lincah & debab!! orang kedai permainan tu pun semua berebut2 nak dukung si kecik tu..

Budak kecik tu minat sangat cartoon Barney dalam kedai tu.. sebab cartoon tu boleh nyanyi dengan suara yg comel macam mak ngah dia (mak ngah dia aku lah.. hihihi) berjoget sakan budak kecik tu dengar lagu si Barney tu.. semua orang pun dia ajak berjoget..

alahai, comel betul budak kecik tu..



COMEL!!!!

p/s: Entry tentang movie Hikayat Merong Mahawangsa tu nanti aku buat yer.. ada keje urgent nak kena siapkan..

6 comments:

  1. comeynyer barney tue...bestnyer dah g tengok Hikayat merong mahawangsa....huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. wah simple je majlis tunang dia kan

    ReplyDelete
  3. tahniah....majlis simple saja, apapun yang penting, keberkatan dari Allah itu... semoga kekal hingga akhir hayat...amin

    ReplyDelete
  4. shah-kayrul, comelkan barney tu.. best movie tu.. gie la tgk yer..

    ReplyDelete
  5. faiz, last minute plan.. memang simple but meriah..

    ReplyDelete
  6. nadia, betul tu.. yg penting keberkatan dr Allah kan..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..