Wednesday, July 4, 2012

Shopping Di Gulati's Silk House - Warna Tema Raya 2012

Niat nak cari baju raya untuk hari raya pertama dah lama.. tapi baru Ahad lepas berjaya direalisasikan.. sebelum pergi shopping kain pasang untuk buat baju raya, kitaorang masih belum putuskan warna tema sebenar..

Ada la jugak cadangan warna dari encik adiey.. since raya tahun ni kat rumah mertua, maka sebagai isteri, lebih baik bagi peluang la untuk suami pilih warna tema.. bila aku dengar cadangan warna dari encik adiey, aku macam, "ha?????????????????????????????????"

Masuk jer Gulati's dekat Metro Point Kajang, terus pergi kat bahagian kain untuk buat baju melayu.. masa tu kan, encik adiey dah pegang2 warna tema yang dia cadangkan.. aku macam, alamak!!! biar betul dia ni kan.. aku try la bagi cadangan warna lain, dia macam ok cuma tangan dia still pegang2 kain warna cadangan dia.. then aku cakap kat dia, tengok baju untuk aku pulak la..

Ada 1 kain pasang tu, memang cantik la.. ada offer lak tu, so memang rasa nak beli dah baju tu.. warna kain tu bukanlah warna cadangan encik adiey yer.. bila aku tanya encik adiey tentang kain tu, dia kata "ok".. tapi kan tangan dia pegang himpunan kain pasang lain yang warnanya adalah warna cadangan dari dia.. ah, sudah!!!!!!!!!!!!!! 

Walaupun berat hati untuk memilih warna tema tu, tapi demi suami yang dicintai dan mengelakkan suami kecewa pilihannya x diterima, aku pergi la kat bahagian kain pasang yang encik adiey dok pegang2 tu.. time tu dia beria2 pilihkan beberapa helai kain pasang yang semunya adalah warna cadangan dia.. padahal sebelum ni aku sibuk memilih kain warna lain dia buat x tau jer.. sabar jer lah kan!


Akhirnya, baju raya pertama telah berjaya dibeli.. tinggal nak hantar ke tailor jer.. baju melayu encik adiey hantar kat tailor yang dah biasa.. encik adiey memang x pernah beli baju melayu siap, dia lebih suka hantar kain untuk dibuat baju melayu ikut ukuran badan dia masa tu.. tailor ni ambik tempahan sampai seminggu puasa.. hohohoho.. untuk baju aku, minggu depan baru nak hantar.. tailor ni last ambik tempahan sehari sebelum puasa.. hihihi..

Sampai rumah aku tanya encik adiey kenapa dia pilih warna tu.. dia kata sebab dia x ada baju melayu warna tu.. ni tahun ke 9 baju raya kitaorang sedondon.. 2 tahun pertama kenal x pakai baju sedondon.. tahun ke 3 kenal bercinta baru pakai sedondon.. bermakna dah ada 9 warna baju melayu encik adiey (nampaknya sampai sekarang semua baju melayu dia masih muat.. hihihihi).. 9 pasang ni x termasuk baju masa tunang & nikah.. tu yang dia kata dah x tau nak pilih warna apa.. last2 dia pilih warna yang bagi aku macam x berapa nak kena dengan konsep riang ria di hari raya.. hahahahahha.. pasrahhhhhhhhhhhhhhh..

*maybe bagi orang lain ok jer warna tu, tapi bagi aku macam x kena dengan hari raya yang selalu dikaitkan dengan suasana ceria!
*harap2 warna tu sesuai dengan aku yang kulit gelap ni..
*selalu orang kaitkan warna tu dengan kesedihan, tapi harap2 warna ni bawak tuah la pada kami berdua..

Gulati's tengah ada sale sekarang.. memang harga jauh murah dari harga biasa.. masa aku beli ni, tengah ada peraduan cabutan bertuah dengan belian minimum RM200 dalam 1 resit.. aku  xtengok pun dapat hadiah apa.. main isi jer borang.. sebab aku ni memang x pernah menang cabutan bertuah sepanjang hidup aku.. hahahaha..

Nota Cinta: Korang rasa warna apa? nak tau warna apa, kena tunggu raya la eh?? hihihi..





Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

11 comments:

  1. anum belum shopping lagi utk raya

    ReplyDelete
  2. warna hitam kot... hu3.... alaa sue xsempat lagi nak beli asyik sibuk ng treamet sume aduuhh xleh jadi nie.. nak kena cari gak laa

    ReplyDelete
  3. sya dah ada 2 helai baju raya beli yg dah siap je.. senang.. hehehe

    ReplyDelete
  4. saya pun dah shopping kat nagoya....tahun lepas beli baju siap tapi susah ler, size xde lah, warna x ok lh..last2 hubby suh beli kain hantor jahit jer..senang

    ReplyDelete
  5. ala share la wana ape..huhu

    kak kiter same la, tiap kali cabutan bertuah ke ape xpernah ade luck langsung..sobs ;(

    ReplyDelete
  6. Zana, fyi, ida dah beli kain untuk buat baju raya kan.. sekali tailor tu dah tak terima dah!! mencikkk...... Sudahnya tahun ni ida baju siap je.. huhu.. sedih !! Ida paksa sekali hubby beli baju melayu siap jugak... =((

    *kaler hitam ke? sesuai kita.. sorang hitam.. sorang kelabu.. hihihi*

    ReplyDelete
  7. hurm..nak suh husband pakai baju nikah, confirm tak muat dah! hahahhaa...
    tapi org laki ni kan nye kesah sgt nak beli2 baju melayu...confirm pusing baju melayu yg lepas2... tak tau la, bertema ke tak tahun ni, hantam je la labuuuu~ hehehhee~

    ReplyDelete
  8. husband aiiii dh ckp awal2 no baju raya this year sbb baju yg x pakai lagi ade..uwaaa...;D

    ReplyDelete
  9. kaler pink kaler pink...hehehhe

    ReplyDelete
  10. Hitam ke kelabu??

    Hikhik..Zana suka tau camni..full of suprises.. citer citer pastu misti suh tunggu. Comel tau buat camtu... (T____T)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ