Monday, February 13, 2012

Pati Delima - Pelbagai Khasiat, Pelbagai Manfaat

Minggu lepas aku & encik adiey cuba mulakan 1 minuman berkhasiat.. minuman pati delima jenama Gulsan.. beli daripada member yang sama2 berusaha untuk hamil (TTC)..



Sebenarnya, pati delima ni bukan saja sesuai untuk orang yang merancang untuk hamil, tapi sesuai untuk pelbagai peringkat golongan.. jom kita tengok khasiat pati delima ni..
1. Melancarkan peredaran darah
2. Melancarkan proses penghadaman
3. Membersihkan sistem perkumuhan
4. Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit
5. Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan)
6. Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan
7. Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan
8. Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (mencegah penyakit gout)
9. Mengelak daripada rasa mual (ketika hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan terutama untuk ibu mengandung
10. Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
11. Mencuci darah kotor,mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam
12. Menegangkan payu dara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas
13. Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri)
14. Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk, boleh menghapuskan kahak
15. Merapat dan menyuburkan rahim = kembali dara. I tell you.. memang ketat! di samping memelihara kesimbangan cairan pd vagina (mencegah kekeringan vagina)
16. Mampu menurunkan kadar/paras glukosa/gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis)
17. Mencegah serangan angin ahmar bagi warga tua
18. Mampu megurangkan risiko penyakit jantung
19. Melancarkan fungsi buah pinggang
20. Mengurangkan tekanan darah tinggi
21. Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
22. Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja2 mengepam darah utk keperluan sel2 badan
23. Lain-lain khasiat berguna untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam panas, cirit-birit serta kegunaan kecantikan yang mampu memutihkan kulit.
24. Awet muda.. amal dari sekarang.. tengok lah dlm 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..
25. Anda hamil? Ambil lah pati delima ini utk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin..

Ternyata macam2 khasiat dan manfaat pati delima kan.. so, rasanya minuman berkhasiat ni boleh dijadikan sebagai amalan harian kita seisi keluarga.. rasa pati delima ni masam2 manis.. encik adiey suka pulak minum pati delima ni.. siap curi2 minum.. sedap sangatlah tu kan..


Sabtu hari tu, jumpa Yanie kat The Mines untuk ambik pati delima yang aku kirim dari dia.. jumpa sekejap jer.. tapi borak x henti2.. ni kali ke2 jumpa Yanie.. aku hargai2 sangat usaha Yanie ni untuk belikan pati delima untuk aku dan sanggup jumpa aku untuk pass pati delima ni.. sedaya upaya dia nak tolong belikan & jumpa untuk bagi aku cuba pati delima ni..
Masa beli dari Yanie (member TTC), harga pati delima ni RM16.. lepas ni rasanya x perlu susahkan Yanie beli lagi sebab Eida (member TTC jugak) bagitau yang dekat Alamanda pun ada jual pati delima ni.. so, kalau dah habis pati delima tu, boleh la terjah Alamanda untuk beli..
Pada sesiapa yang sukakan minuman berkhasiat dan mementingkan kesihatan tubuh badan, boleh la cuba pati delima ni.. manfaat dari pati delima ni memang banyak, jadi x salah kalau kita mencuba kan..

Nota Cinta : semoga ada berita gembira untuk aku & geng TTC di tahun 2012.. insyaAllah..




Photobucket

21 comments:

  1. Amin... InsyaAllah...

    *nakal ye adiey tu minum curik curik! hihi*

    ReplyDelete
  2. alamanda pun ada yer..nk cari jugalah ni

    ReplyDelete
  3. saya pun minggu lepas jumpa pati nie mulanya tak nak beli tapi akak opis nie suruh cuba..tapi belum minum lagi..

    ReplyDelete
  4. Selain madu dan kurma, delima adalah salah satu perubatan yg baik. Banyak khasiatnya walau bukan tujuan utk hamil...

    ReplyDelete
  5. thank's for info boleh cari2 nanti jus delima ni.. :)

    ReplyDelete
  6. sedap ke kak??sblum ni kte blikn mak kte buah delima ni..tp xprnh rasa la..tu ar,mcm2 khasiat buah delima ni..br tau skrg ni ade pati plak..thanks 4 the info..=) kt kdai mane kak kt alamnda tu?

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, setiap usaha pasti akan membuahkan hasil...

    Moga ade berita gembira juga utk sy... ^___^

    ReplyDelete
  8. sedap ke rasanya zana...anak kak ita si arisya ne aje yg suka makan buah ne...jom sesama cuba hamil...kak ita pun tengah berusaha ne...semoga berjaya zana..

    ReplyDelete
  9. sebelah umah nana tu..awat tak bagitau datang situ..sedap kan pati delima ni...insyaAllah semoga dikurniakan rezeki Amin =)

    ReplyDelete
  10. thanks info ye..nnt sy nak beli :)

    ReplyDelete
  11. dear,mak sy pn ade ckp psl pati delima ni...pe slhnya kte try cra lain plakkan?tp sush jg nk cri pati ni,so mkn buah jela.xde jual on9 ke?klu ade plz bg website..nk g alamnda mcm jauh plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam...
      Berminat boleh SMS/Call/Email saya:
      Handphone : 019-7754275
      Email : sukaisi_hakim@yahoo.com

      Delete
  12. sy baru je beli pati ni last 2 weeks klu x silap..sbb nyer skrg pregnant, katanya khasiat delima byk..so, beli la utk minum hari2..& also utk kasi baby kuat..suggested by mmber, dia pun pregnant jugak..cuma musykil..klu kiter bancuh mcm air pun xpe jugak kan cara makan dia? sbb klu makan pati dia sj..mcm x boleh telan pulak sbb masam sgt..hehe...

    ReplyDelete
  13. Boleh beli kat saya.. saya bagi harga murah jer

    ReplyDelete
  14. boleh hubungi saya untuk dapatkan pati delima gulshan...memang banyak kesan yg positif selepas amalkan pati ni...kawan2 ofis semua beli banyak..syukur...(^,^)
    saya jual RM15 sebotol...boleh dapat harga murah kalau beli banyak...contact no: 013-4197113

    ReplyDelete
  15. bila google pati delima gulsan ni tjumpa plak blog adieyza review pati gulsan ni,terlepas pandang kot sblm ni.nk cuba jgk la nnti :)

    ReplyDelete
  16. Sy jual pati delima area kangar,perlis.,0125549276 ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy duk langkawi...encek boleh pos kn x kesana?

      Delete
  17. insyaallah.. tak rugi amalkan pemakanan sunnah

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..