Sunday, February 12, 2012

Tips Membersihkan Barangan Kosmetik

  • Bersihkan barang seperti botol, tiub dan bekas mekap dengan tisu atau kapas yang dicelup air. Anda juga boleh menggunakan cecair permbersih mekap yang tidak berminyak.
  •  
  • Bersihkan habuk pada bekas pembayang mata dan pewarna pipi dengan kapas yang dilembapkan dengan air.
  • Bersihkan penajam pensil mekap (sharpener) dengan kapas selepas setiap kali digunakan. Ini dapat mengelakkan ia daripada berkarat dan tumpul.
  • Bersihkan cermin bedak padat dengan kapas yang dicelup air. Biarkan kering seketika dan sapukan sekali lagi dengan kapas kering.
  • Cuci span atau paf bedak dengan sabun lembut, tekan dengan tuala untuk mengeluarkan air berlebihan dan biarkan ia kering sendiri. Sebaiknya gantikan dengan span atau paf bedak yang baru.
  • Cuci berus pembayang mata, pemerah pipi, berus kening mahupun berus untuk loose powder dengan menggunakan sabun lembut, bilas dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hanya gosokkan berus secara lembut dengan tangan untuk mengelakkan bulu berus dari tercabut.

  • Jika mendapati permukaan mekap berkerak atau berselaput kilat, anda hanya perlu mengikisnya. Selaput ini hanyalah kesan minyak muka. Mekap dibawahnya masih baik dan boleh digunakan.



Hujung2 minggu macam ni, kalau tak ada benda nak buat, boleh la cuba tips ni.. selalunya kita ni asyik ber"make up" jer sampai lupa penjagaan barangan make up tu kan.. so dengan ada tips berguna dari Avon Paradise tu, barangan make up kita akan lebih tahan lama.. selamat mencuba!

Photobucket

5 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..