Sunday, October 30, 2011

Disiplin Di Bilik Tidur

Disiplin di bilik tidur ni sebenarnya kena mulakan daripada kanak-kanak.. sebab kalau dah besar baru nak ajar tentang semua ni macam susah sikit.. Bayangkan kalau daripada kecik bangun tidur biarkan katil tak bersusun kemas? Bila dah kahwin baru nak cuba buat semua tu memang boleh cuma makan masa sikit la.. dapat pulak pasangan yang sama perangai tak berapa nak disiplin bab jaga kekemasan bilik tidur, memang parah la.. 



So, mungkin boleh cuba 5 tips ringkas seperti di bawah ni:

- Pastikan katil telah dikemas sebaik sahaja bangun daripada tidur atau selewat-lewatnya jam 8 pagi.. Ini sgt penting dilakukan sebelum memulakan kerja2 lain seperti menyapu halaman dan mengemop lantai..

- Pastikan baju yg telah dibasuh dan dilipat disusun dalam almari. Baju hendaklah disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis pakaian tersebut..

- Pastikan baju2 yang ingin dibasuh tidak dikumpul di dalam bilik. Selain bersepah, ia juga akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Sediakan bakul baju untuk pakaian kotor dan letakkan di ruang mendobi dan bukan di dalam bilik..

- Pastikan tuala anda berganti 3 atau 4 hari sekali! Dan untuk orang2 bujang memang amat sukar untuk mengamalkan tips ini. Sila cuba sedaya mungkin. Basuh tuala anda sesudah 3 atau 4 hari dan gunakan tuala baru. Juga pastikan tuala anda tidak bergumpal, kerana ia akan mempercepatkan proses pembentukan tahi lalat.

- Elakkan daripada membawa makanan ke dalam bilik tidur.. jangan sesekali membawa masuk makanan yang mungkin boleh menyebabkan bilik dihurung semut, didatangi lipas atau dicuri masuk oleh tikus! 

Nak lebih banyak tips mengemas dan susun atur rumah? Click link di bawah ni :


"TIPS SUSUN ATUR DAN MENGEMAS RUMAH"


Sebenarnya tips ni mudah diamalkan kalau kita dah biasa.. memang bilik tidur ni ruang peribadi kita tapi ia juga mencerminkan diri kita.. kalau bilik tidur pun berselerak, nak tidur pun tak lena kan? kalau nak lebih info, boleh terjah masuk http://mengemasrumah.blogspot.com/.. ada banyak lagi info yang kita boleh baca dekat sana..


4 comments:

  1. Alhamdulillah... sdg di amalkan.. thanks 4 the gud info..

    ReplyDelete
  2. bagus info tu zana..tapi tak ada maknanya nak buat mcm tu..lipat baju selalu ujung minggu..katil tu....kena tungu hubby bangun lah jawapanya..kalu ari minggu jng harap kul 8.30 tu...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..