Friday, September 23, 2011

Habuk Di Rumah

 Bila weekend bakal menjelma, maka kita kena siapkan diri untuk mengemas rumah.. masa weekend ni lah kita ada lebih masa untuk mengemas rumah kan.. masalah habuk di rumah kalau tak diselesaikan cepat boleh bawak penyakit.. habuk tu kan banyak bakteria, so kita lebih terdedah untukd apat penyakit terutamanya semput, resdung dan selsema.. so, hari ni jom kita tengok tips mengemas rumah berkaitan habuk.. 


Habuk2 kat rumah, memang boleh buat kita rasa x selesa.. kadang2 kalau terlalu banyak habuk, kesihatan pun boleh terganggu kan.. so demi kebersihan rumah dan kesihatan diri yang lebih baik, apa kata kita cuba tips yang diberikan oleh mengemasrumah.blogspot

Ada beberapa tempat yang sangat memerangkap habuk tetapi sering dilupakan. Sekali sekala apa salahnya kerja lebih sikit untuk membersihkan rumah..betul tak?

1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan.

2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk.
3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin..

4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop.

5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga sering memerangkap habuk. Cara yang extreme, puan-puan kena basuh bunga tu. Tapi leceh pula sebab nanti nak kena gubah semula. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan mengelap setiap kelopak dengan kain lembap atau vakum dengan mini brush yang memang disediakan untuk vakum.

6. Puan-puan mesti suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik. Ha...alas meja tu kalau diperhatikan memang tak nampak, tapi kalau dipegang, mesti rasa macam ada pasir-pasir halus. Habuk tu namanya. Jadi bolehla dibasuh sekali sekala, atau di vakum guna mini brush...

7. Ada di antara kita yang gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang lagi..jadi ketika memvakum, vakum sekali rak buku kita atau lap guna kain yang sederhana lembap.

Bagus kan tips2 ni.. tu yang buat aku suka sangat dengan blog mengemas rumah tu.. blog tu memang terbaik.. rajin2lah korang jenguk blog tu.. memang berguna sangat!



- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

14 comments:

  1. lap habuk kena kain basah ek.. kang kalau kering terbang lak habuk tuh ke tempat lain kann.. :P

    ReplyDelete
  2. Tu la zana, bab mengemas rumah ni yg malas.. buat sepah best !! =P

    ReplyDelete
  3. rumah D hari2 berhabuk.....hhmmm....angin kuat sangat. Tu lom lagi ditambah dengan bulu mocha yg dah berterbangan

    ReplyDelete
  4. cukuplah seminggu, conform habuk dah tebal punyer

    ReplyDelete
  5. tak suker bukak tingkap sbb nnt lagi banyak habuk masuk rumah

    ReplyDelete
  6. Terima kasih... nice info... WuMing juga selalu tolong isteri kemas rumah...

    ReplyDelete
  7. alamak! zwan terbaca plak entry nii.. ni entry untuk puan2 je ek? HEHE


    MySuaraBlog: Cinta Jarak Dekat ke Cinta Jarak Jauh?

    ReplyDelete
  8. x sabar nk kemas rumah sendiri hehehe

    ReplyDelete
  9. sy rajin gak bukak blog mngemasrumah tu.. tapi kalau kemas rumah x berapa rajin sgt.. hehe...

    ReplyDelete
  10. mmg pun..habuk byk sgt la..nak kene upah org sapu satu rumah...wuwuwuwu

    ReplyDelete
  11. TQ info yg berguna....habuk ne masalah wat ita dengan hubby..hubby yg teruk akan bersin2 sampai berpuluh2 kali...walaupun guna vakum...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..