Friday, August 19, 2011

Tag - Lagu Raya Kegemaran Saya


 Akak blogger kesayangan aku, Puan Stoberi ada tag aku tentang "Lagu Raya Kegemaran Saya".. 

Memandangkan mood raya makin menebal di dalam jiwa ni, maka aku segera la jawab tag ni.. Puan Stoberi, raya nanti jangan lupa datang rumah zana yer.. jangan lupa jugak duit raya untuk adikmu ini.. hihihi..
 
LIRIK LAGU : SUASANA HARI RAYA OLEH ANUAR ZAIN & ELINA

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )

A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )

A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Dari aku kecik sampai sekarang ni dah berkahwin, aku paling suka lagu nyanyian Anuar & Elina ni.. dengan suara kanak2 diaorang masa nyanyi lagu tu, dengan rentak lagu tu yang meriah, ditambah pulak dengan lirik yang senang nak ingat.. hari raya aku bertambah meriah bila dengar lagu ni ok.. kalau dengar lagu ni, mesti rasa nak joget2 sekali.. hahaha..

Siapa yang rajin, sila buat tag ni yer.. sekurang-kurangnya, ada jugak entry baru kan.. hihihi.. bagitau tajuk lagu yang korang suka & bagi lirik sekali k.. nak lagi best, upload la sekali video lagu tu..
Tapi, aku nak jugak tag beberapa blogger untuk jawab tag ni.. ni paksa rela la kiranya.. huhuhu..

1) Diana aka Bila Ku Kata Cinta
2) Azie aka My Crappy Life
3) Zaza aka Mama Iman Wife Din
4) Mama Irfan aka MAPPIAU
5) Kak Nik aka NickNuar
6) Anum aka Two Souls Become One

7 comments:

  1. hehehehe

    lagu raya pun boleh dijadikan tag ek

    kelassss!

    ReplyDelete
  2. hik hik..so cute la lagu ni. akak paling sker bab
    'hai duit raya lupa nak diberi'


    thanks zana, sudi layan tag akak. Akak ada suprise utk Zana gak. Sila tggu nxt week yer :D

    ReplyDelete
  3. lagu suasana hari raya tu mmg best

    ReplyDelete
  4. bijak2... aku suka gak lagu ni... lagi2 yang remix... best plak dengar...

    ReplyDelete
  5. waaa waaaaa..mmg lagu tu..
    baru je semlm karok ngan adik
    nak ikut jugakkk..
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. hoho..kena tag.

    baiklah, nanti k.nik jawap tag zana ye..

    lagu tu mmg best, comel jek suara anuar zain time tu..verangan2 nyanyi bersama asben, boleh? hahaha

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..